PEMBOHONGAN KELUARGA LIM MEMPERTAHANKAN KUASA DALAM DAP
Seperti
yang saya tuliskan semalam, hari ini saya kembali dengan kisah penipuan Dinasti
Lim dalam DAP. Mulai hari ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana
Dinasti Lim memanipulasi perlembagaan DAP untuk memastikan
mereka terus berkuasa.
Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan
Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP
Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan
oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis
Malaya dipegang oleh Chin Peng.
Berikut
adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan
dia dan disnatinya terus berkuasa.
Parti
DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang diamalkan
parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.
Cawangan-cawangan
parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan.
i) Cawangan sijil A
ii)
Cawangan sijil B
Penentuan
samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa
Setiausaha Agung.
Ahli-ahli
cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi
untuk memilih CEC.
Ahli-ahli
cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati
sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi.
Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk
membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak
menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk
menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut
mempunyai sijil A. Setiausaha Agung
berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila
masa sahaja mengikut keperluannya.
Cara
kedua bagaimana Lim Kit Siang memanipulasi Perlembagaan DAP untuk memastikan
dia dan dinastinya terus berkuasa.
Perlembagaan
DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak
mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak
letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib
Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain. Mereka
hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.
Apabila
keputusan 20 yang terpilih sebagai anggota
CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk
menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha
Agung dan jawatan lain. Tidak ada undi sulit. Mereka diminta memilih secara
terbuka di depan keluarga Lim. Apabila berhadapan dengan situasi begini semua
anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa
memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang
yang paling berkuasa dalam DAP.
Jika
ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya
dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye, Wee
Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP.
Hampir
50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut
memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi
pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP.
Kit
Siang tahu dia sekarang sudah dihujung usia dan penggal ini adalah penggal
terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP
terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai
Setiausaha DAP Pulau Pinang. Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak
sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP
kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC
tahun 2012. Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga
membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang.
Akibat
kebodohan Lim Guang Eng itu, kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir
bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali
sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan
dinastinya dalam DAP.
Siapa
Lima Harimau dan kenapa Lim Kit Siang perlu sembelih mereka ?
Berjumpa dalam episod yang akan datang.
No comments:
Post a Comment