Wednesday 16 January 2013

Pembangkang Tak Berhenti Ceramah Sewaktu Penyokongnya Menemui Ajal di Lokasi Ceramah



Al-Fatihah kepada seorang pendengar ceramah Pembangkang di Pengkalan Pegoh yang mati di lokasi ceramah politik Pembangkang, malam tadi akibat serangan jantung..

Mengikut cerita penuh daripada sahabat teman, Sekupang Dua, mangsa, Allahyarham Mohammad Puaad bin Ariffin menemui ajal di tempat kejadian.
Namun apa yang menyedihkan apabila ceramah tetap diteruskan lagi ketika arwah masih bergelut dengan nyawanya ketika itu. Apalah salahnya ceramah diberhentikan seketika dan memaklumkan kepada hadirin mengenai nasib yang menimpa arwah.

Arwah sedang diberikan bantuan.



Semasa kejadian, giliran V.Sivakumar yang tengah gila microphone bercerita mengenai isu tanah anugerah di Relai, Gua Musang, Kelantan oleh Pok Nik Ajis kepada pemimpin DAP - Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming sebanyak 10,256 ekar. Depa laa ni (Pembangkang) tengah menggelabah dok buat kononnya 'road tour' nak menafikan isu nie.

Pada teman, kalau la dah berkobar-kobar sangat nak berceramah pun, berhentilah sekejap untuk selesaikan masalah pendengar yang meninggal tu..ni kalau dah penyokong sendiri pun Pemimpin Pembangkang tak nak hormat, ini kan pulak berangan nak perintah Perak?? pigi dahh... 

Ada jugak pendengar / hadirin yang taksub sangat, siap ada yang cakap, "Takpelah, dia mati dalam JIHAD sebab sama-sama hadir dalam ceramah kiter" ..

Tapi teman pelik jugak sebab masa tu takde pulak Unit Anal Pas kutip derma kilat (guna plastik je) untuk disedekahkan kepada waris arwah. Yang kat KL masa #HKR112 haritu buat pulak?? Heran betul..

Sampaikan masa dah habis ceramah pun, hadirin / orang semua balik seperti macam takde ape yang berlaku kat situ..

Wallahua'lamm..

Pada teman, yang mati tetap mati. tapi yang hidup ni buatlah bertaubat banyak-banyak. Jangan asyik sangat nak berpolitik. Mari sama-sama kita sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada arwah.

"...Sesungguhnya Ajal dan Maut itu di tangan Allah S.W.T. ..."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...