Showing posts with label prk pengkalan kubor. Show all posts
Showing posts with label prk pengkalan kubor. Show all posts
Friday, 26 September 2014
Thursday, 25 September 2014
PRK PENGKALAN KUBOR: PERATUSAN MENGUNDI MENGIKUT JAM
Berikut
peratusan mengundi mengikut jam:
Jumlah pengundi biasa: 23,929
Jumlah pengundi awal: 109
Pukul 8 - 9 pagi: 12 peratus (2,869 pengundi)
Pukul 9 - 10 pagi: 27 peratus (6,818 pengundi)
Pukul 10 - 11 pagi: 43 peratus (10,367 pengundi)
Pukul 11 - 12 tengah hari: 54 peratus (12,945 pengundi)
Pukul 12 - 1 petang: 60 peratus (14,578 pengundi)
Pukul 1 - 2 petang: 64 peratus (15,443 pengundi)
Pukul 2 - 3 petang: 69 peratus (16,530 pengundi)
Jumlah pengundi biasa: 23,929
Jumlah pengundi awal: 109
Pukul 8 - 9 pagi: 12 peratus (2,869 pengundi)
Pukul 9 - 10 pagi: 27 peratus (6,818 pengundi)
Pukul 10 - 11 pagi: 43 peratus (10,367 pengundi)
Pukul 11 - 12 tengah hari: 54 peratus (12,945 pengundi)
Pukul 12 - 1 petang: 60 peratus (14,578 pengundi)
Pukul 1 - 2 petang: 64 peratus (15,443 pengundi)
Pukul 2 - 3 petang: 69 peratus (16,530 pengundi)
PRK PENGKALAN KUBOR: MARI KELUAR MENGUNDI
9.30am – TIDAK RASMI. Jumlah keluar mengundi ialah
4,433 atau 18.88%.
9.15am – TIDAK RASMI. Jumlah keluar mengundi di
PDM Kampung Ketil 505 @ 15.79%, PDM Kedai Genting 187 @12.27%, Kg Telok Jering
159 @ 24.77%, PDM Kg Bendang Pak Yong 422 @ 15.20%, PDM Jubakar Darat 283 @
28.59%, PDM Bunohan 384 @ 26.82%, PDM Telaga Bata 313 @ 19.30%, PDM Simpangan
244 @ 15.85%, PDM Kg Geting 629 @18.75% dan PDM Kg Tebing 370 @ 24.36%.
9.10am – PDM Kg Geting jumlah keluar mengundi 629
@ 18.75%. Sehingga kini tidak rasmi peratusan jumlah keluar mengundi ialah
9.89%.
9.05am – TIDAK RASMI. Jumlah keluar mengundi di
PDM Kg Tebing sehingga jam 9.00am ialah 350 @ 23.04%. PDM Tujoh 448 @ 17.79%.
PDM Ketil 505 @ 17.79% dan PDM Pengkalan Kubor 340 @ 14.12%.
9.00am – Calon PAS,Wan Rosdi Wan Ibrahim menbuang
undi di Sekolah Kebangsaan Pak Yong, PDM Kg Bendang Pak Yong.
sumber
Wednesday, 24 September 2014
PRK PENGKALAN KUBOR: HJ MAT RAZI PILIHAN YANG TEPAT
JELAS DAN TERANG MANA CALON YANG TERBAIKKKK...
BANDING DENGAN YANG INI..JAWAB SOALAN PUN DAH TERGAGAP-GAGAP, ASYIK ULANG JAWAPAN YANG SAMA.. HARUUU...
HASILNYA: INILAH RESPON RAKYAT PADA PAS
Monday, 22 September 2014
PRK PENGKALAN KUBOR: BUAT PILIHAN YANG TEPAT
Kita jangan cakap banyak lagi ..biar gambar pula berbicara.
semoga semua dapat menilai apa yang baik dan buruk.
yang baik sudah terbentang luas, jangan pula menafikan dengan mata hati anda.
GELAGAT CALON PAS
KECEMERLANGAN CALON BN
-IKHLAS DALAM PERJUANGAN-
MARILAH BERSAMA-SAMA KITA MENERUSKAN KHIDMAT CEMERLANG
ALLAHYARHAM DATUK NOOR ZAHIDI OMAR
Friday, 19 September 2014
PRK PENGKALAN KUBOR: UISSSHH HAROOOOMMM
BOLEH PULOOPP???
Dua point penting yang ingin bangkitkan di sini ialah:
Pendirian kerajaan Islam ala pas yang tidak
tetap
Dahulu Pas pernah mengharamkan Peserta wanita menyertai musabaqah Al Quran atas
dasar suara adalah aurat. Sekarang ni bukan takat mengaji, menyanyi lagu yg
mendayu dayu itu sudah pasti. Tak kira lagi pak lebai kepiah terangkat sebab
asyik masyuk mendengar kemerduan suara ostajah ostajah di atas.
(Tidakdinyatakan pula konsert untuk wanita sahaja. Siap jemput hadir
beramai-ramai lagi)
Pas pernah menyalak meroyan sakan kalau Umno guna sekolah kerajaan
untuk program parti
Namun dengan muka kulit biawak, dengan baik hati
pengurusan sekolah (ini kena siasat siapa dalangnya) yang membenarkan konsert
pas ini diadakan dalam sekolah menengah yg sudah tentunya milik kerajaan Pusat.
(Rujuk logo pangkah parti pas di poster di atas)
Inilah 2 bukti kemunafikan Pas yg terserlah! Ada machai Pas ingin menyanggah!
Silalah!!
Thursday, 18 September 2014
PRK PENGKALAN KUBOR: ORANG BODOH MEMANG SUKA MENGHASUT
Adun
Meranti Datuk Nasurudin Daud dalam ceramahnya di Simpangan Pengkalan Kubur
telah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan apabila menyatakan bahawa Kerajaan
Malaysia menyalurkan bayaran Royalti kepada Kerajaan Thailand melalui urusniaga
minyak dan gas , yang kemudianya digunakan untuk membunuh umat islam di
thailand untuk mencetuskan kebencian rakyat kepada kerajaan, sekaligus boleh
membuatkan suasana tegang dalam hubungan antarabangsa Malaysia Thailand, dan
adalah suatu fitnah besar bila menyatakan royalti dibayar kepada Thailand,
kerana terdapat persetujuan bersama di kawasan carigali minyak di JDA dan ia
dikawalselia oleh MTJDA bawah perundangan Akta MTJD dan Petronas disitu hanya
bertindak sebagai kontraktor sahaja..." - 15/09/2014
Walaupun
beberapa amaran telah diberikan oleh PAS sendiri kepada Tok Pa dan BN agar
tidak membangkitkan isu Royalti dalam kempen PRK Pengkalan Kubor, namun jika
puak mereka sendiri yang engkar, ia tidak menjadi masalah. Bahkan, bukan sahaja
penipuan royalti ini terus dilakukan tanpa rasa bersalah, ADUN Meranti boleh
pula mempergunakannya sehingga ke peringkat menghasut.
Walhal
sebenarnya Isu ROYALTI ini secara JELAS dan dengan MUDAH dapat diperjelaskan
hanya dengan satu gambar di bawah ini:
Kami
cukup pelik mengapa golongan Anwarinas PAS ini sanggup melakukan apa sahaja
demi untuk satu undi. Mereka jelas sekali tidak mengambil kira yang ianya boleh
menjejaskan ketenteraman dan keselamatan Negara serta rakyat secara
keseluruhannya. Jelas sekali golongan ini begitu dahagakan kuasa walaupun
terpaksa menggadaikan maruah negara sendiri.
Kami
sedar yang PAS sanggup bekerjasama dengan SYAITAN demi untuk menumbangkan UMNO,
namun pengundi PRK Pengkalan Kubor pasti lebih bijaksana untuk menilai sendiri
bagaimanakah jenis pemimpin yang calon mereka sedang bersekongkol dan
bertahalluf siyasi kini.
Adakah
kita semua sudah bersedia untuk duduk di bawah pemimpin yang hanya pentingkan
kuasa dan bencikan NEGARA sendiri?!!
SUMBER: KLIK
Thursday, 11 September 2014
MAT RAZI CALON BN- PRK PENGKALAN KUBOR
Barisan
Nasional (BN) menamakan bekas penolong pegawai pendidikan daerah Tumpat,
Mat
Razi Mat Ail sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri
(DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini.
Pengumuman
itu dibuat Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis
pengumuman calon BN PRK DUN N.01 Pengkalan Kubor.
Muhyiddin
berkata Mat Razi, 48, yang juga Anggota Jawatankuasa Umno Tumpat dipilih kerana
beliau anak tempatan yang mempunyai banyak pengalaman dan jasa terhadap
penduduk di kawasan DUN itu.
"Beliau
anak tempatan di Pengkalan Kubor yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan
kepujian dalam pengkhususan Bahasa Melayu dan Sejarah.
"Ustaz
Mat Razi juga adalah pengasas sebuah pondok di Tumpat yang kita rasakan dekat
di hati rakyat," katanya ketika membuat pengumuman di hadapan kira-kira
5,000 hadirin di Pusat Operasi BN PRK DUN Pengkalan Kubor.
Turut
hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Setiausaha Agung BN
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa
Mohamed dan Pemangku Ketua Umno Bahagian Tumpat Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz.
Muhyiddin
berkata keputusan memilih Mat Razi diputuskan hari ini oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN.
"Semua
calon yang dikemukakan dibuat tapisan ketat dan dari sudut undang-undang pun
layak... sebab itu pengerusi parti memilih Ustaz Mat Razi," katanya.
Beliau
berkata pemilihan Mat Razi dilakukan secara perundingan dan bukan dibuat sewenang-wenangnya.
"Ia
(calon) mestilah baik budi pekerti dan bukan sahaja itu, calon mestilah juga
baik dalam perjawatan," katanya.
Muhyiddin
kemudian meletakkan tengkolok di kepala Mat Razi sebagai simbolik pemilihannya
sebagai calon BN sambil disambut sorakan `Gelombang Merah' oleh ribuan
penyokong BN.
Selepas
itu, Muhyiddin mengumumkan Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa
dan industri sebagai pengarah Jentera BN bagi PRK DUN Pengkalan Kubor.
Beliau
berkata BN mengutamakan langkah mengatur strategi dengan terperinci bagi
memastikan kemenangan BN.
"Masalah
tempatan mungkin tidak banyak isu kerana Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar
menyelesaikan dengan baik malah lebih hebat daripada wakil rakyat pembangkang
di Kelantan," katanya.
Beliau
berkata apa yang dilakukan BN ialah menyambung legasi perjuangan Allahyarham
Noor Zahidi di DUN itu.
Muhyiddin
juga meminta semua pihak dalam BN supaya memastikan perpaduan yang utuh dalam
kalangan anggota di semua peringkat kerana ia penting untuk BN mengekalkan kemenangan
di DUN itu.
PRK
DUN itu diadakan berikutan kematian Noor Zahidi, 57, akibat kanser hati pada 20
Ogos lepas.
Pada
pilihan raya umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan
calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Suruhanjaya
Pilihan Raya amenetapkan 13 September ini sebagai tarikh penamaan calon
manakala hari pengundian pada 25 September. – Bernama, 10 September, 2014.
Tuesday, 2 September 2014
PRK PENGKALAN KUBOR
Arahan dan gerak kerja PAS.
# Pada 29 Ogos 2014, PAS Kelantan arahkan PAS Kaw. Tumpat untuk dipanjangkan kepada Ketua Unit Peti Undi (UPU) DUN Pengkalan Kubor supaya buat culaan bagi DUN tersebut.
#Culaan PRU13 lalu hendaklah dijadikan sebagai panduan.
#Setiap petugas hendaklah adakan pungutan suara pengundi tentang bakal calon popular dari PAS.
#Calon dari PKR tidak diberi tumpuan kerana tiada kemampuan/ kekuatan dan dikhuatiri berlaku sabotaj dari PKR terhadap PAS.
#Petugas PAS hendaklah buat persiapan seperti Bilik Gerakan dan lain-lain keperluan untuk hadapi PRK DUN berkuatkuasa serta merta.
sumber: klik di sini
Subscribe to:
Posts (Atom)











.jpg)







.png)















.png)