Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts
Friday, 26 September 2014
Thursday, 25 September 2014
PRK PENGKALAN KUBOR: MARI KELUAR MENGUNDI
9.30am – TIDAK RASMI. Jumlah keluar mengundi ialah
4,433 atau 18.88%.
9.15am – TIDAK RASMI. Jumlah keluar mengundi di
PDM Kampung Ketil 505 @ 15.79%, PDM Kedai Genting 187 @12.27%, Kg Telok Jering
159 @ 24.77%, PDM Kg Bendang Pak Yong 422 @ 15.20%, PDM Jubakar Darat 283 @
28.59%, PDM Bunohan 384 @ 26.82%, PDM Telaga Bata 313 @ 19.30%, PDM Simpangan
244 @ 15.85%, PDM Kg Geting 629 @18.75% dan PDM Kg Tebing 370 @ 24.36%.
9.10am – PDM Kg Geting jumlah keluar mengundi 629
@ 18.75%. Sehingga kini tidak rasmi peratusan jumlah keluar mengundi ialah
9.89%.
9.05am – TIDAK RASMI. Jumlah keluar mengundi di
PDM Kg Tebing sehingga jam 9.00am ialah 350 @ 23.04%. PDM Tujoh 448 @ 17.79%.
PDM Ketil 505 @ 17.79% dan PDM Pengkalan Kubor 340 @ 14.12%.
9.00am – Calon PAS,Wan Rosdi Wan Ibrahim menbuang
undi di Sekolah Kebangsaan Pak Yong, PDM Kg Bendang Pak Yong.
sumber
Wednesday, 24 September 2014
PRK PENGKALAN KUBOR: HJ MAT RAZI PILIHAN YANG TEPAT
JELAS DAN TERANG MANA CALON YANG TERBAIKKKK...
BANDING DENGAN YANG INI..JAWAB SOALAN PUN DAH TERGAGAP-GAGAP, ASYIK ULANG JAWAPAN YANG SAMA.. HARUUU...
HASILNYA: INILAH RESPON RAKYAT PADA PAS
Thursday, 11 September 2014
MAT RAZI CALON BN- PRK PENGKALAN KUBOR
Barisan
Nasional (BN) menamakan bekas penolong pegawai pendidikan daerah Tumpat,
Mat
Razi Mat Ail sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri
(DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini.
Pengumuman
itu dibuat Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis
pengumuman calon BN PRK DUN N.01 Pengkalan Kubor.
Muhyiddin
berkata Mat Razi, 48, yang juga Anggota Jawatankuasa Umno Tumpat dipilih kerana
beliau anak tempatan yang mempunyai banyak pengalaman dan jasa terhadap
penduduk di kawasan DUN itu.
"Beliau
anak tempatan di Pengkalan Kubor yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan
kepujian dalam pengkhususan Bahasa Melayu dan Sejarah.
"Ustaz
Mat Razi juga adalah pengasas sebuah pondok di Tumpat yang kita rasakan dekat
di hati rakyat," katanya ketika membuat pengumuman di hadapan kira-kira
5,000 hadirin di Pusat Operasi BN PRK DUN Pengkalan Kubor.
Turut
hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Setiausaha Agung BN
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa
Mohamed dan Pemangku Ketua Umno Bahagian Tumpat Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz.
Muhyiddin
berkata keputusan memilih Mat Razi diputuskan hari ini oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN.
"Semua
calon yang dikemukakan dibuat tapisan ketat dan dari sudut undang-undang pun
layak... sebab itu pengerusi parti memilih Ustaz Mat Razi," katanya.
Beliau
berkata pemilihan Mat Razi dilakukan secara perundingan dan bukan dibuat sewenang-wenangnya.
"Ia
(calon) mestilah baik budi pekerti dan bukan sahaja itu, calon mestilah juga
baik dalam perjawatan," katanya.
Muhyiddin
kemudian meletakkan tengkolok di kepala Mat Razi sebagai simbolik pemilihannya
sebagai calon BN sambil disambut sorakan `Gelombang Merah' oleh ribuan
penyokong BN.
Selepas
itu, Muhyiddin mengumumkan Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa
dan industri sebagai pengarah Jentera BN bagi PRK DUN Pengkalan Kubor.
Beliau
berkata BN mengutamakan langkah mengatur strategi dengan terperinci bagi
memastikan kemenangan BN.
"Masalah
tempatan mungkin tidak banyak isu kerana Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar
menyelesaikan dengan baik malah lebih hebat daripada wakil rakyat pembangkang
di Kelantan," katanya.
Beliau
berkata apa yang dilakukan BN ialah menyambung legasi perjuangan Allahyarham
Noor Zahidi di DUN itu.
Muhyiddin
juga meminta semua pihak dalam BN supaya memastikan perpaduan yang utuh dalam
kalangan anggota di semua peringkat kerana ia penting untuk BN mengekalkan kemenangan
di DUN itu.
PRK
DUN itu diadakan berikutan kematian Noor Zahidi, 57, akibat kanser hati pada 20
Ogos lepas.
Pada
pilihan raya umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan
calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Suruhanjaya
Pilihan Raya amenetapkan 13 September ini sebagai tarikh penamaan calon
manakala hari pengundian pada 25 September. – Bernama, 10 September, 2014.
Thursday, 13 March 2014
Wednesday, 3 April 2013
Tarikh Mengundi PRU13 Pada 27 Haribulan?? Dah Ditetapkan Sejak 1955??
3 APRIL 2013 (RABU)
PARLIMEN BUBAR
6 APRIL 2013 (SABTU)
PELANCARAN MANIFESTO PILIHAN RAYA
8 APRIL 2013 (ISNIN)
SPR BERMESYUARAT
14 APRIL 2013 (AHAD)
PENAMAAN CALON
27 APRIL 2013 (SABTU)
TARIKH PENGUNDIAN
27 haribulan tu dah ditetapkan sejak PRU pertama pada tahun 1955 ??? Kalo kome idak percaye, tengok video ni.
>>SUMBER<<
*Ia mungkin satu 'kebetulan' yang InsyaAllah akan membawa kepada satu 'kemenangan' mutlak kepada BARISAN NASIONAL. AMINN..
*Ia mungkin satu 'kebetulan' yang InsyaAllah akan membawa kepada satu 'kemenangan' mutlak kepada BARISAN NASIONAL. AMINN..
Subscribe to:
Posts (Atom)











.jpg)












