Showing posts with label KELANTAN. Show all posts
Showing posts with label KELANTAN. Show all posts

Friday, 30 October 2015

BILA MENTERI DAH BERKATA - KERJA KENA JALAN - 45 HARI 45 MALAM

Image result for shahidan kassim

SHAHIDAN KASSIM JAMIN 100% PENGURUSAN BENCANA NEGARA CEMERLANG DI BAWAH APBN!
 
Kuala Lumpur : 30 0ktober 2015 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri melahirkan keyakinan 100% bahawa agensi baru Pengurusan Bencana (APBN) dan JPAM berupaya menguruskan bencana lebih cemerlang tahun ini di peringkat komuniti, daerah dan Negeri. 

APBN katanya telah menganalisa kelemahan-kelemahan pengurusan bencana di Pantai Timur yang berlaku pada tahun 2014. Katanya lagi, APBN dan JPAM berupaya menangani magnitud bencana LEBIH BESAR berbanding 2014 . 
 
"Saya berada selama 45 hari semasa kejadian banjir tersebut dan berdasarkan pengalaman saya , saya mendapati peringkat komuniti memainkan peranan penting dalam menguruskan bencana , oleh yang demikian saya telah mengarahkan APBN dan JPAM untuk memperkasakan Pengurusan bencana di peringkat komuniti , daerah dan negeri. " -Shahidan Kassim. 

APBN katanya lagi telah menjalankan banyak program peringkat komuniti bagi memperkasakan komuniti meskipun APBN baru ditubuhkan pada 1 Oktober 2015. 

APBN akan memastikan setiap pengurusan daerah menepati rating "gold standard" untuk pengurusan bencana. 

Shahidan Kassim selaku Menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal bencana negara sejak sebelum Pantai Timur dilanda banjir yang besar pada 2014 juga menyatakan bahawa beliau mempunyai keyakinan yang tinggi APBN dan JPAM berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang untuk berhadapan dengan kejadian bencana yang besar. 

Thursday, 12 February 2015

Mursyidul Am PAS: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia




ﺇِﻧَّﺎ ﻟِﻠّﻪِ ﻭَﺇِﻧَّـﺎ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﺭَﺍﺟِﻌﻮﻥَ
Al-fatihah
ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢِ •
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞





Suasana di depan kediaman Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebentar tadi
SUMBER: pas pusat



KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.

Hidup beliau sangat sederhana meski bergelar Menteri Besar selama 23 tahun. Umum mengetahui, Allahyarham dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung.

Anak Allahyarham, Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan pada petang tadi memaklumkan tahap kesihatan ayahnya menurun selepas menjalani rawatan pada ulsernya, pada Rabu dan doktor ketika itu sedang berusaha untuk menstabilkan keadaannya.

"Doakan semoga ayahanda sihat kembali," tulisnya dalam kenyataan itu.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian pada 1 Januari lepas kerana mengidap kanser prostat.

Wednesday, 24 September 2014

PRK PENGKALAN KUBOR: HJ MAT RAZI PILIHAN YANG TEPAT

JELAS DAN TERANG MANA CALON YANG TERBAIKKKK... 







BANDING DENGAN YANG INI..JAWAB SOALAN PUN DAH TERGAGAP-GAGAP, ASYIK ULANG JAWAPAN YANG SAMA.. HARUUU...




HASILNYA: INILAH RESPON RAKYAT PADA PAS





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...