Krisis MB
Selangor: RM50 Juta Kos Adakan Pilihan Raya Negeri - SPR
PETALING JAYA: Kos
untuk mengadakan pilihan raya negeri di Selangor menelan belanja sebanyak RM50
juta, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd
Yusof.
Beliau berkata parti politik yang terlibat dengan krisis Menteri Besar Selangor
harus cuba mengelakkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan kerana ia
menyebabkan pembaziran masa dan wang.
"Tiada ragu-ragu, SPR sedang bersiap sedia dan tiada pilihan untuk
mengadakan pilihan raya negeri sekiranya terpaksa berbuat demikian.
"Bagaimanapun, adalah tidak masuk akal untuk mengadakan pilihan raya hanya
selepas 15 bulan pilihan raya umum ke-13 diadakan," katanya kepada The
Star Online ketika dihubungi pada Sabtu.
Terdapat 56 kerusi DUN kerana Selangor merupakan salah sebuah negeri yang
terbesar, kata Aziz.
Beliau berkata dana yang dibelanjakan untuk mengadakan pilihan raya negeri itu
sepatutnya dibelanjakan kepada perkara yang lebih berfaedah untuk kepentingan
rakyat.
"Kita perlu membayar pekerja SPR dan membelanjakan wang untuk menyewa. Ia
melibatkan kerja yang banyak dan menggangu banyak pihak yang
berkepentingan," katanya.
Beliau berkata adalah tidak adil untuk pentadbiran kerajaan negeri 'bermain
dengan perasaan pengundi' yang menjangkakan wakil rakyat yang mereka pilih
dapat berkhidmat selama lima tahun selepas pilihan raya umum Mei tahun lalu.
"Pakatan Rakyat harus mentadbir negeri Selangor seperti yang dijanjikan
selepas mereka memenangi pilihan raya umum. Inilah jangkaan pengundian,"
katanya.
Bagaimanapun, Aziz berkata SPR bersedia pada bila-bila masa, kerana pilihan
raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas DUN dibubarkan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berada dalam keadaan
tertekan apabila beliau didesak supaya melepaskan jawatannya untuk memberi
laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Sekiranya Khalid dipecat atau dipaksa untuk meletakkan jawatan, pilihan raya
negeri tidak dapat dielakkan kerana MB boleh memohon perkenan Sultan untuk
membubarkan DUN.
Pada ketika ini Pakatan Rakyat mempunyai 44 kerusi di Selangor, sementara
Barisan Nasional memiliki 12 kerusi.
*PEMBAZIRAN YANG SANGAT
TIDAK PERLU HANYA UNTUK MEMENUHI TUNTUTAN MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR NI.. DEMI
KEPENTINGAN PERIBADI, DIA SANGGUP BUAT APA SAJA.