Showing posts with label MH17. Show all posts
Showing posts with label MH17. Show all posts

Wednesday, 10 September 2014

LAPORAN AWAL MH17


LAPORAN PENUH: KLIK DI SINI

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, disahkan telah ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Armsterdam ke Kuala Lumpur berdasarkan laporan awal berhubung insiden itu yang disiarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda (DSB), hari ini.

Menurut laporan DSB, pesawat MAS yang membawa 298 penumpang itu berkecai di udara selepas ditembusi sejumlah besar objek berkelajuan tinggi dari luar pesawat berkenaan ketika melintasi ruang udara timur Ukraine.

Laporan tersebut sekali gus dilihat mengukuhkan lagi dakwaan sebelum ini bahawa pesawat Boeing 777 berkenaan, terkena serpihan akibat tembakan peluru berpandu.

Berdasarkan siasatan ke atas serpihan pesawat MH17, DSB mendapati banyak kesan tembusan 'objek' dari luar pesawat dan menyebabkan kerosakan struktur pesawat sebelum berkecai di udara.

"Kesan tembakan ini juga menjelaskan punca komunikasi perakam kokpit dengan pusat kawalan trafik terputus secara tiba-tiba, serentak dengan kehilangan pesawat itu daripada radar.

"Pesawat MH17 disahkan berkecai di ruang udara berdasarkan penemuan serpihan yang berselerak di wilayah Donetsk," tambah laporan itu.

SUMBER: UTUSAN



Tuesday, 2 September 2014

Lagi 9 jenazah tiba




ANGGOTA pengiring Tentera Diraja Malaysia yang lengkap berseragam putih mengiringi keranda jenazah ke kenderaan jenazah dengan penuh adat istiadat ketenteraan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini. - Foto Effendy Rashid

Pesawat komersial MH19 yang membawa sembilan 9 jenazah mangsa nahas MH17 tiba di pekarangan Kompleks Bunga Raya jam 8.30 pagi selepas selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 6.37 pagi tadi.

Ketibaan sembilan jenazah - tujuh rakyat Malaysia dan dua warga Belanda itu - akan disambut dalam satu Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17.

Sembilan jenazah itu termasuk:
  • Dua juruterbang pesawat MH17 iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussin dan Kapten Eugene Choo Jin Leong.
  • Subashni J Retnam, Kaelamayajay Goes, Paul Goes, Sanjid Singh Sadhu (anak kapal - abu mayat), Mohammad Firdaus Abdul Rahim (bantu juru terbang), Loh Yan Hwa (abu mayat) dan Fun Shun Po (abu mayat)

Lima jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan dan tempat persemadian menggunakan kenderaan jenazah manakala empat jenazah lagi akan diterbangkan menggunakan dua buah helikopter EC725.

Dua jenazah akan diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang manakala masing-masing satu jenazah ke Bukit Mertajam dan Teluk Intan.


Bagi penerbangan ke Bukit Mertajam, jenazah terlebih dahulu dibawa ke Taman Skyline, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dengan kenderaan jenazah sebelum diterbangkan ke Bukit Mertajam.

Friday, 22 August 2014

MH17: Perjalanan akhir....

Al-fatihah dan salam takziah kepada semua mangsa MH17..

Gambar-gambar di sekitar Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh

Suasana sedih dan pilu di rasai oleh segenap lapisan masyarakat yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa MH17

Pesawat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Hercules C130 tiba tepat pada jam 12.12 tengah hari.






 orang ramai yang sudah mula memenuhi ruang menunggu sejak dari awal pagi





salah satu daripada keluarga mangsa

Penghormatan terakhir buat mangsa MH17




22 Ogos 2014

Hari yang bersejarah buat Malaysia di mana hari ini diisytiharkan sebagai hari berkabung negara bagi menyambut kepulangan jenazah mangsa MH17. Masa bertafakur selama seminit di antara pukul 10.45 pagi hingga 11.15 pada hari ini di seluruh negara.

Sepanjang masa tafakur itu, orang ramai dan pemandu kenderaan dinasihatkan supaya berhenti selama satu minit sebagai tanda penghormatan kepada jenazah-jenazah mangsa.

Al-fatihah dan salam takziah diucapkan..



Thursday, 21 August 2014

22 August 2014: A minute’s silence

The Government has released the names of the 20 Malaysian victims on board downed Malaysia Airlines (MAS) flight MH17 whose remains will arrive in Kuala Lumpur on Friday.











Antara video raptai menyambut ketibaan jenazah

#di sebalik tragedi yang berlaku, MAS tetap di hati rakyat Malaysia..
#ayuh bangun dan terus kibarkan sayapmu MAS..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...