Tuesday, 9 May 2017
Bila DAP Mahu Bertindak
Pemilik Banglo
Disneyland Sudah Digantung PKR, DAP Bila Hendak Gantung Pemilik Banglo Pinhorn
GADUH sesama sendiri
dalam pakatan pembangkang memang amat sinonim dari dahulu lagi hinggalah
sekarang. Gaduh sebab rebut kerusi, gaduh rebut jawatan dan gaduh rebut harta.
Terbaru, apabila
timbulnya kes rasuah dan salahguna kuasa Ketua AMK Ampang, Adam Rosly, tampil
beberapa pemimpin pro Azmin menentang dan membela anak muda itu.
Presiden PKR mengambil
keputusan gantung Adam Rosly, keputusan ini bangkit kemarahan kem pro Azmin.
Rafizi pula diserang oleh kem Azmin Pergaduhan ini telah mengiyakan wujudnya
dua kem dalam PKR.
Satu pihak cuba untuk
mempertahankan Adam Rosly, dan ia dilihat di bawah pengaruh Timbalan Presiden
Azmin Ali. Manakala satu kem lagi cuba untuk 'membuang' Adam Rosly yakni dari
pihak pro Presiden parti. Semuanya berpunca dari pemilik banglo Disneyland
Ampang tersebut.
Itu cerita dalam PKR.
Sama juga apa yang telah berlaku dalam DAP, iaitu parti yang menguasai Pakatan
Harapan.
Apabila timbulnya isu
banglo Pinhorn milik Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Pulau Pinang, berlaku
juga sengketa yang amat dahsyat dalam parti cauvinis itu. Wujud juga dua kem
iaitu yang mempertahankan tindakan salah guna kuasa Guan Eng itu dan yang
menentang tindakan korupsi tersebut.
Ada suara suara gesa
Guan Eng letak jawatan setelah kes tersebut sudah dibawa ke mahkamah dan Guan
Eng berkemungkinan berhadapan hukuman penjara.
Namun DAP bertindak
kejam. Lim Kit Siang selaku penguasa terbesar dalam parti itu telah mengamalkan
kuasa diktatornya untuk memecat kebanyakan pemimpin parti yang ingkar dengan
haluan 'Legasi Lim'.
Ini menyebabkan ramai
pemimpin DAP peringkat setempat dan negeri tidak mampu bertahan. Lalu mereka
keluar parti sedikit demi sedikit sepertimana yang berlaku di Melaka,
Negeri Sembilan, Kedah, Johor, Sarawak, Sabah dan lain-lain.
Soalnya sekarang, bila
pula DAP mahu menggantung tugas atau dalam bahasa lebih baik memberi cuti
kepada pemilik banglo Pinhorn ini? Sedangkan dia telah terbukti melakukan
kesalahan korupsi yang paling DAP benci.
Adakah DAP sekadar
'memilih bulu' dalam menghukum pemimpin sendiri melakukan salah? Jika kesalahan
itu dilakukan oleh anak penguasa parti, maka ia tidak perlu menerima hukuman
parti?
Sebaliknya, jika
kesalahan itu dilakukan oleh mereka yang tidak kaitan dengan 'Legasi Lim', maka
dengan mudah mereka perlu dihukum?
Apa yang nyata,
pergaduhan dalaman dalam DAP sebenarnya lebih serius dan amat teruk berbanding
parti-parti lain dalam pembangkang. Namun, pemimpin DAP bersikap kejam untuk
menutup segala kelemahan mereka.
'Legasi Lim' tidak
sesekali akan menghiraukan tangisan ahli atau mana-mana pemimpin mereka yang
berada dalam masalah, yang penting bagi mereka adalah kuasa. Dan yang penting
anak bini 'Legasi Lim' patut terus dipertahankan walau pun mereka terbukti
bersalah.
Inilah cerminan parti
yang menguasai Pakatan Harapan. Apapun kita patut terus mencabar 'parti
demokratik' ini supaya bersifat demokrasi dalam parti sendiri. Pecat atau beri
cuti kepada pemilik banglo Pinhorn jika DAP benar benar anti pada rasuah. Bila
DAP mahu bertindak?
Tulisan :
Beruang Biru
BB417, Isnin
8 Mei 2017
Wednesday, 19 April 2017
Penerima BR1M Terima Dekoder TV Digital
51,407 penerima BR1M
dapat dekoder TV Digital
KUANTAN: Seramai
51,407 penerima BR1M di empat daerah di Pahang sudah menerima dekoder percuma
bagi siaran televisyen digital melalui projek Pendigitalan Penyiaran Nasional
yang dikendalikan MYTV Broadcasting Sdn Bhd.
Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk
Shahaniza Shamsuddin, berkata seramai 21,132 penerima di Kuantan; Temerloh
(13,252), Pekan (10,370) dan Bentong (6,636).
"Unit
dekoder percuma ini juga akan diedarkan ke daerah lain seperti Bera, Cameron
Highlands, Jerantut, Lipis, Maran dan Rompin sepanjang tahun ini apabila stesen
pemancar masing-masing mula beroperasi," katanya. Beliau menjawab soalan
Datuk Mohamed Arifin Awang Ismail (BN-Chenor) yang ingin tahu perkembangan
projek Pendigitalan Penyiaran Nasional di Pahang pada sidang Dewan Undangan
Negeri (DUN) Pahang, di sini, hari ini.
Secara keseluruhannya,
Shahaniza berkata, Pahang akan mempunyai enam stesen pemancar TV Digital dan
setakat ini empat daripadanya sudah beroperasi. Beliau berkata, stesen pemancar
di Kuantan terletak di Bukit Pelindung manakala stesen pemancar Gunung Ulu
Kali, Genting Highlands bagi daerah Temerloh dan Bentong.
Stesen pemancar di
Bukit Senggora, Maran untuk liputan di daerah itu, Sri Jaya, Chenor, Chini,
Pekan manakala stesen di Bukit Sembilan, Rompin untuk kawasan Bukit Ibam,
Muadzam Shah, Bandar Tun Razak dan Nenasi.
"Oleh itu,
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selaku badan yang mengawal selia
projek itu sedang dalam proses akhir untuk menetapkan tarikh pelancaran rasmi
bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi," katanya.
Dato' Shahaniza
Shamsuddin Kuala Sentul Di Hati
Credit Berita Harian
Jika benar Rafizi takut Allah..
Jika benar Rafizi
Ramli mendedahkan kes rasuah kerana takutkan balasan Allah, mengapa Ahli
Parlimen Pandan itu tidak mendedahkan DAP menerima RM1.2 bilion untuk
menjatuhkan BN.
Bekas Pegawai Khas Lim
Guan Eng, Razali Abdul Rahman mendedahkan DAP menerima wang itu daripada Israel
untuk menumbangkan BN khususnya UMNO pada PRU13.
DAP berjanji untuk
menjadikan Port Dickson sebagai pangkalan tentera Israel jika mereka
memerintah.
Rafizi berdiam diri
dalam isu rasuah Guan Eng, pembelian SPLASH RM2.8 bilion oleh kerajaan Selangor
dan penyelewengan Tabung Warisan Anak Selangor (YAWAS).
Monday, 17 April 2017
JIKA KITA "MERASA'.....
Wahai rakyat Malaysia, kepada Allah kita bersyukur dan kepada Kerajaan kita berterima kasih
MALAYSIA BERGANTUNG KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI DAN BUKANNYA RIZAB UNTUK HADAPI CABARAN PENINGKATAN NILAI MATAWANG USD
Tahun 2015 dan 2016
telah menyaksikan bahawa matawang Dollar Amerika Syarikat mengukuh berbanding
emas dan matawang-matawang dunia. Terdapat banyak sebab mengapa matawang
berkenaan mengukuh tetapi tiga sebab utama adalah:
• pengukuhan ekonomi
Amerika Syarikat
• pengimbangan
dagangan import dan eksport
• peningkatan kadar
faedah bon U.S Treasury berbanding bon Perbendaharan negara-negara lain
Matawang-matawang
negara ASEAN turut terkesan akibat pengukuhan matawang Dollar berkenaan
termasuk matawang Ringgit. Tetapi para ‘pakar ekonomi’ di Pakatan Harapan
dengan segeranya mengambil peluang atas faktor ekonomi berkenaan untuk menuduh
bahawa matawang Ringgit jatuh disebabkan skandal 1MDB walaupun sedar bahawa
tindakan mereka adalah satu sabotaj kepada negara. Apabila pembangkang menjaja
isu 1MDB, sedikit sebanyak sentiment pelabur turut terkesan.
Apabila dijelaskan
bahawa fenomena pengukuhan Dollar mempengaruhi semua matawang di ASEAN termasuk
Indonesia, para ‘pakar ekonomi’ berkenaan menjadikan Singapura dan Brunei
sebagai contoh di mana matawang kedua-dua negara berkenaan kurang merosot
berbanding Malaysia dan Indonesia. Mereka menyimpulkan bahawa Singapura dan
Brunei kurang terkesan kerana tiada skandal seperti di Malaysia dan
Indonesia.
Sebenarnya kesimpulan
berkenaan adalah salah. Namun, memandangkan mereka sengaja memutarbelitkan
fakta berkaitan kemerosotan ringgit disebabkan faktor ekonomi bagi memenuhi
agenda politik mereka, perkara berkenaan boleh dijangkakan.
Sebenarnya, seperti
Ringgit, Dollar Singapura dan Dollar Brunei yang ditambatkan kepada Dollar
Singapura turut merosot. Namun, Kerajaan Singapura dan Brunei menggunakan
banyak rizab negara mereka untuk menstabilkan matawang mereka.
Bagaimana rizab negara
digunakan untuk menstabilkan matawang?
Rizab negara boleh
digunakan untuk menjual beli instrumen kewangan seperti bon Perbendaharaan
Malaysia dan matawang Ringgit, kedua-duanya diniagakan di pasaran matawang
antarabangsa. Pembelian tersebut akan menyebabkan bekalan kedua-duanya
berkurangan di dalam pasaran tersebut dan membantu menaikkan permintaan.
Peningkatan permintaan tetapi bekalan yang berkurangan membantu menaikkan nilai
matawang ringgit.
Namun, untuk berbuat
demikian, Malaysia perlu menggunakan rizabnya. Perlu dinyatakan bahawa Bank Negara
Malaysia, seperti bank-bank negara ASEAN yang lain, turut menggunakan kaedah
ini tetapi sampai peringkat yang dilakukan oleh Singapura dan Brunei. Lagipun,
Perdana Menteri sedar bahawa langkah mengawal matawang tanpa disokong oleh asas
ekonomi yang kukuh adalah satu tindakan yang terbalik. Oleh itu, beliau memberi
fokus kepada meningkatkan kadar ekonomi dengan harapan peningkatan ekonomi akan
mensejahterakan rakyat dan pada masa yang sama meningkatkan matawang Ringgit.
Dapat dilihat, langkah
berhati-hati Najib memberikan kesan positif terhadap Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) Malaysia. KDNK Malaysia pada tahun 2016 berbanding negara-negara
Asia adalah seperti berikut:
• Malaysia :
+4.50%
• Brunei :
-3.60%
• Indonesia : +4.94%
• Singapura : +2.90%
• Vietnam : +5.10%
• Thailand : +3.00%
• China : +6.80%
• Jepun : +1.60%
• Korea Selatan :
+2.40%
Dapat dilihat bahawa
KDNK yang melambangkan kesejahteraan ekonomi Malaysia telah meningkatkan lebih
tinggi berbanding kebanyakan negara-negara ASEAN walaupun terdapat gerakan
aktif oleh Pakatan Harapan bagi mensabotaj ekonomi negara dengan menggunakan
1MDB sebagai mangsa serangan mereka.
Apa yang pasti, nasib
baik ekonomi Malaysia tidak dipertanggungjawabkan kepada mereka di Pakatan
Harapan. Membiarkan mereka mengendalikan ekonomi negara adalah seperti sama
seperti kata pepatah, “tikus membaiki labu”. Bukan semakin baik ekonomi
Malaysia, bahkan semakin rosak jadinya kelak.
Seks Bawah Umur vs Perkahwinan Remaja
```Apa sudah jadi?```
*Seks Bawah Umur vs
Perkahwinan Remaja*
"Ahli Parlimen
Kulai (DAP), Teo Nie Ching mencadangkan “sweetheart defence”, perbuatan seks
yang dilakukan dengan persetujuan gadis bawah umur tanpa berkahwin oleh
pasangan bawah umur tidak dikenakan tindakan undang-unda
Sebenarnya, isu
kebenaran perkahwinan ini merujuk kepada "statutory rape", iaitu hubungan
seks yang dilakukan dengan persetujuan bersama (dibawah umur), dan bukanlah
rogol (paksaan) seperti yang diketahui umum.
Sebelum kita
berbincang lebih lanjut mengenai keberdayaan bagi seseorang yang berkahwin di
bawah umur, kita perlu tahu bahawa fenomena ini bukanlah sesuatu yang unik
kepada Malaysia. Sebanyak 248,000 perkahwinan kanak-kanak dianggarkan berlaku
antara tahun 2000 dan 2010 di Amerika Syarikat.
Negara Amerika
Syarikat hanya diambil sebagai contoh untuk menunjukkan bahawa perkahwinan
kanak-kanak berlaku dan wujud di seluruh dunia.
Azmin Ali - Skandal SPLASH, YAWAS Dan SMUE
Menteri Besar
Selangor, Azmin Ali kini nampak benar sedang terperangkap dalam himpitan
skandal yang dibiarkan lapuk tidak dijawab sedangkan persoalan dan kontroversi
melibatkannya semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Taktik berdiam diri
Azmin akan membuat isu isu ini menjadi nanah dan akhirnya akan meletus juga.
Sampai bila mahu lindung skandal ini dari pengetahuan rakyat?
Pada November 2016,
Azmin mula terpalit kontroversi melibatkan Syarikat Pengeluar Air Selangor
(SPLASH) apabila ia dibayar RM2.975 bilion, sedangkan Kerajaan Negeri Selangor
tidak pernah menawarkan jumlah bayaran sebanyak itu.
Azmin mendakwa
kerajaan negeri ada menawarkan sejumlah wang berkenaan kepada SPLASH. Namun
bekas Menteri Besar, Khalid Ibrahim menidakkan dakwaan Azmin itu.
Khalid mendakwa Azmin
hanya mahu mengalihkan topik perbincangan menghalalkan pentadbirannya membayar
sebanyak RM2.7 bilion kepada SPLASH.
Ia adalah 10 kali
ganda lebih tinggi daripada tawaran asal iaitu RM250.6 juta. Mengapa Rafizi
tidak mahu tanya soal duit SPLASH ini?
“Kami tidak pernah
bercadang pada bila-bila masa untuk membayar RM2.9 bilion untuk ekuiti Splash
seperti yang didakwa oleh Azmin," kata Abdul Khalid.
Selain isu SPLASH,
Azmin terpalit pula dengan kontroversi skandal wang Yayasan Warisan Anak
Selangor (YAWAS). Azmin dituntut memberikan penjelasan yang masih tidak
dibuat sehinggalah hari ini.
Ia berlaku apabila
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu melantik Kamsani Nasir
sebagai Pengurus Besar YAWAS padahal Kamsani berstatus muflis dan
bankrap.
Dikatakan pelantikan
beliau adalah untuk melarikan wang YAWAS sebanyak RM500 juta setahun seperti
mana projek di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diserap kepada anak
syarikat GLC di bawah Kerajaan Negeri Selangor seperti PKNS (Rumah, Kad
Kesihatan), KDEB (Air dan pelupusan sampah), dan YAWAS (Tabung, SMUE, tadika,
kesihatan wanita).
Apabila menggunakan
GLC dan Yayasan ia hanya perlu kuasa MB Selangor.
Bagaimanapun, melantik
individu yang muflis adalah satu kesalahan besar yang mesti dipersoalkan. Bagi
Azmin siapa sahaja boleh dilantik ke jawatan itu asalkan mahu menurut kata dan
taat kepada Menteri Besar. Boleh jadi begitu?
Skandal YAWAS turut
berkait dengan skandal Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang juga dikendalikan oleh
Kerajaan Negeri Selangor.
Seseorang individu
yang muflis tidak boleh dilantik dari menjalankan mana-mana perniagaan atau
menjadi seorang Pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan mana-mana
syarikat kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.
Kamsani sudah
diisytiharkan muflis sejak 2008.
Kemudian muncul pula
kes skandal SMUE yang merupakan program khusus untuk rakyat Selangor atau
mereka yang bermastautin 15 tahun ke atas di negeri Selangor serta berusia 60
tahun ke atas iaitu yang lahir sebelum 1 Februari 1974.
Ia berupa sumbangan
Khairat Kematian berjumlah RM2,500 kepada rakyat negeri Selangor.
Bagaimanapun yang
menjadi pelik ialah ia dikendalikan dan diuruskan oleh kawasan Parlimen di luar
Selangor iaitu di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Antaranya dikendalikan
oleh Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw (DAP), Ahli Parlimen Batu Tian Chua
(PKR), Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (PKR) dan Ahli Parlimen
Seputeh, Teresa Kok (DAP).
Banyak skandal masih
belum dijawab oleh Azmin dan semua pihak sudah terlalu lama menunggu penjelasan
diberikan oleh beliau tapi beliau sendiri berdendam apabila mahu menuntut
semula bayaran pampasan RM2.7 juta yang diberikan kepada bekas kakitangan
Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor.
Mahkamah Tinggi pada
Khamis lepas memutuskan bayaran berkenaan adalah sah.
Hakim Datuk Wan Ahmad
Farid Wan Salleh mendapati bayaran itu dibuat mengikut peraturan berdasarkan
Enakmen MBI 1994.
Sehubungan itu,
mahkamah menolak tuntutan MBI, anak syarikat kerajaan Selangor yang difailkan pada
11 Mei 2015, meminta tujuh bekas kakitangan itu memulangkan kembali pampasan
RM2.7 juta yang dibayar menerusi Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2014.
Azmin Ali kini
bergelumang dengan skandal ini. Azmin pilih jalan diamkan diri, tidak jawab.
Sama macam isu tanah Wetlands, DEIG dan kos pintu gerbang Selangor.
RM2.7 billion duit
SPLASH bukannya jumlah yang kecil. RM500 setahun duit SMUE juga besar nilainya.
Memang tepatlah bila ADUN Batang Kali, Datuk Mat Nazari semalam meminta agar
siasatan SPRM terhadap Azmin dibuka semula.
Ini bukan kali pertama
Azmi buat diam pasal kes dan skandal, sejak 1995 lagi bila Azmin memiliki
kekayaan yang luar biasa, Azmin memilih untuk buat diam sampailah
sekarang.
Mungkin kajian oleh
Zaaba Institute Leadership (ZIL) bahawa Azmin akan kalah di tangan PAS dan
hilang kerusi MB ada logiknya. Punca utama Azmin akan kalah adalah kerana
skandal dan isu isu tertunggak yang didiamkan ini.
Tulisan :
Beruang Biru
BB361, Selasa
4 April 2017
Friday, 31 March 2017
TUDUHAN RAFIZI
Rafizi cuba menyerang kerjasama Petronas & Saudi Aramco. Rafizi telah membuat 2 tuduhan ;
(i) TUDUHAN PERTAMA RAFIZI :
Petronas tak memerlukan rakan kongsi atau menerima rakan kongsi apabila sesuatu projek telah dimulakan.
• Kenyataan ini adalah salah! Petronas membawa masuk rakan kongsi dalam sesuatu projek megikut peringkat tertentu sama ada sebelum, semasa atau selepas projek dimulakan. Rafizi sepatutnya tau kerana ini adalah norma yang telah diamalkan Petronas selama ini.
• Gumusut-Kakap dimiliki Shell Sabah sebanyak 33% bersama-sama dengan rakan kongsi yang terdiri daripada syarikat seperti ConocoPhillips Sabah (33%), Petronas Carigali (20%) & Murphy Oil (14%).
• Projek Mega Petronas di Canada di miliki majoriti oleh Petonas bersama rakan kongsi minoriti iaitu Sinopec, JAPEX, Indian Oil Corporation & PetroleumBRUNEI.
• Kesemua syarikat menilai untuk kemasukan rakan kongsi baru dalam projek tersebut bergantung kepada apa sumbangan yang boleh diberikan oleh rakan kongsi baru tersebut.
• Bagi kes projek RAPID pula, Petronas telah menjemput Saudi Aramco untuk menjadi rakan kongsi dalam projek tersebut sejak 2 tahun lalu kerana kerjasama dengan Aramco akan memastikan pembekalan minyak terjamin & juga meyakinkan pelabur-pelabur untuk melabur dalam Projek di Pengerang.
(ii) TUDUHAN KE-2 RAFIZI:
Projek tersebut telah dikira & sepatutnya memberikan pulangan yang tak cukup kepada syarikat Aramco untuk melabur ke dalam projek RAPID. Jadi, Petronas perlu menaikkan harga minyak yang ingin di beli daripada syarikat Aramco untuk meyakinkan Aramco supaya melabur ke dalam projek Petronas.
• Rafizi ternyata tak faham bahawa pelabur yang ingin melabur dalam projek berharga juta/bilion perlu ambil kira
risiko negara & risiko politik dalam kiraan pulangan hasil daripada pelaburan dalam sesuatu projek.
• Para pelabur meggunakan kaedah seperti 'Risk Adjusted Return On Capitol (RAROC)' atau 'discounted cash flow analysis using weighted average cost of capital (WACC)'. Kedua-dua kaedah ini mengambil kira risiko negara & risiko politik. Kalau risiko kedua-duanya tinggi, maka kiraan pulangan akan menjadi rendah.
• Bagi kes projek RAPID & Pengerang, Aramco sudah semestinya mengambil kira risiko bahawa DAP telah berjaya mensabotaj pelaburan sebanyak RM35 bilion dari Taiwan di Pengerang sebelum ini.
• Lebih teruk lagi, Aramco juga mengambil kira risiko mengenai hasrat PKR untuk membatalkan projek Pengerang jika mereka menang PRU-14.
• Selain itu, khabar angin bahawa Malaysia akan bankrupt juga menjadi propaganda negatif terhadap orang luar.
Kesemua ini adalah suatu isu besar yang menyumbang kepada risiko negara & risiko politik yang membuatkan pelabur kurang yakin untuk melabur.
Jika Datuk Rahman Dahlan berjaya meyakinkan mereka bahawa risiko negara & politik tidak tinggi & Pakatan hanyalah parti yang tiada harapan untuk menang serta ingin membatalkan projek Pengerang, pulangan yang septutnya di terima oleh Aramco pasti akan meningkat selepas menolak segala risiko palsu yang berjaya di wujudkan oleh Parti Pakatan.
Monday, 27 March 2017
Inilah Tun Mahathir - Pembangkang
PRU 14 semakin dekat dan kita boleh lihat pelbagai pemimpin terutama dari parti pembangkang terus memunculkan diri. Sebelum ini, tidak pernah tahu apa kerja mereka dan dimana pembangkang ini berada. Mereka seolah - olah tuli dan menutup mata atas apa kebaikan yang Kerajaan telah lakukan sebaliknya mengadu domba dan meyebarkan fitnah. Itu semua kerana kuasa.
1. Rasionalisasi subsidi diperkenalkan oleh kerajaan yang antara tujuannya adalah untuk : (i) . Untuk menampung pembiayaan projek pembangunan kerajaan (ii). Rasionalisasi subsidi juga perlu disusun semula agar mereka yang benar - benar layak sahaja yang menikmatinya. (iii). Menangani penyelewengan dan ketirisan, penyeludupan dan salahguna kuasa (iv). Menstabilkan dan mengimbangi perbelanjaan negara.
Penyokong Mahathir patut lebih cakna bahawa Rasionalisasi subsidi yang diamalkan pada zaman Tun adalah subsidi pukal (subsidi menyeluruh) - subsidi yang turut dinikmati oleh rakyat mewah, berpendapatan tinggi dan rakyat asing. Tun mungkin gemar dengan pemberian subsidi pukal ini yang barangkali mampu mengenyangkan kroni - kroninya. Ya, kita memang tahu, zaman Tun adalah zaman dimana hanya kroni - kroni sahaja yang memegang jawatan - jawatan dalam kerajaan.
2. Ini Johor. Parti Bersatu atau pembangkang yang lain tidak perlu khuatir dengan cara Johor menyelesaikan masalah rasuah yang melanda Negeri Johor. Ini azam dan ikrar YAB Menteri Besar Johor yang dengan tenang menyerahkan segala siasatan kepada Pihak Berkuasa. Walaupun yang disiasat itu merupakan Exco yang selama ini menjadi kepercayaan beliau. Ya, rasuah perlu dibersihkan, dan Kerajaan Johor dengan rela menyerahkan pelaku - pelaku rasuah kepada pihak berkuasa tanpa ada halangan.
Johor tetap tidak akan menjadi seperti Selangor dan Pulau Pinang yang mana Kerajaan Negeri mereka berada di dalam tangan Pembangkang. Lim Guan Eng yang terpalit dengan skandal rasuah masih lagi memegang jawatan Ketua Menteri. Di mana salakan - salakan pihak pembangkang? Begitu juga dengan skandal rumah urut di Selangor. Mengapa Azmin Ali membisu dan tidak mahu bertanggungjawab? Teresa Kok menghina Islam pun dibiarkan senyap oleh parti Liberal yang didokongi oleh PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.
Adakah mereka tahu di zaman Tun Mahathir juga berlaku banyak penyelewangan dan rasuah? Mujurlah SPRM dibentuk pada tahun 2009. Sebelum dikenali dengan nama SPRM, BPR merupakan sebuah jabatan yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang sudah tentu dikawal oleh Perdana Menteri ketika itu. Siapa? Tun Mahathir yang disanjungi.
Ketika itu juga, tidak ada media sosial dan media alternatif untuk rakyat mendapakan berita terkini. Rakyat terkurung dalam berita utama yang juga sudah tentu dikawal oleh seseorang yang dikenali dengan nama Mahafiraun pada zaman pemerintahan beliau. Siapa? Tun Mahathir yang disayangi.
3. Semestinya tidak ramai yang tahu fakta ini akibat ketaksuban mereka kepada Tun Mahathir. Hutang negara pada 1990 (9 tahun pemerintahan Tun M) ialah 80.74% daripada KDNK Malaysia. Pada tahun 1986 hutang negara pada paras 104% berbanding KDNK Malaysia.
Hutang negara pada tahun 2016 (8 tahun Najib Razak menjadi PM) ialah pada kadar 54% daripada KDNK Malaysia. Kelebihan Dato’ Seri Najib Razak adalah dia berkelulusan Ekonomi manakala Tun Mahathir hanyalah sebagai seorang doktor. Kita mengetahui jasa Tun Mahathir tetapi tidak terlalu taksub dan mengagung - agungkan beliau, seolah - olah beliau merupakan tuhan ekonomi.
Akhir sekali, janganlah kerana taksub kepada Tun Mahathir, makanya kita pun memuja beliau seolah - olah beliau maksum tidak berdosa. Apa jadi dengan tuduhan beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim? Bagaimana pula dengan tuduhan ‘Bapa Rasis' kepada Lim Kit Siang yang telah beliau lontarkan? Masih ingat dengan peristiwa MEMALI?
JADI MANUSIA BIARLAH BERADAB DAN MEMAKMURKAN MASYARAKAT. BUKAN DENGAN FITNAH.
Thursday, 23 March 2017
Pentadbiran PM Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan terbaik dalam sejarah PM Malaysia
KUALA LUMPUR –
Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan yang terbaik
dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia, kata bekas Setiauasaha Publisiti DAP
Selangor, Tan Tuan Tat.
Menurut beliau,
pencapaian Najib mentadbir negara adalah jauh lebih baik berbanding sewaktu
zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sungguhpun terdapat banyak tuduhan yang
dilemparkan oleh pembangkang.
“Saya tahu ramai tak
gemarkan Najib pada waktu ini, tetapi sebagai pembangkang selama 18 tahun,
Perdana Menteri sekarang adalah Perdana Menteri terbaik.Perdana Menteri mana
yang pernah mencatatkan pasaran saham setinggi sekarang?
“Bila kita bercakap
mengenai ekonomi, Malaysia antara yang terbaik di dunia sekarang. Tambahan lagi
penarafan oleh syarikat penilaian Moody’s dan S&P, Malaysia dibawah
pemerintahan Najib mendapat penarafan A-.
“Itu sudah cukup baik.
Berbanding zaman Mahathir cuma taraf B. Orang ramai tak sedar perkara ini,”
katanya kepada Malaysian Digest.
Tegasnya, rakyat tidak
seharusnya memberi ruang kepada pembangkang yang diteraju oleh Penasihat DAP
Lim Kit Siang mentadbir negara dan terus memberi mandat kepada Barisan Nasional
(BN) mentadbir Malaysia.
“Saya bersama
pembangkang selama 18 tahun, dan saya tidak suka cara mereka berpolitik. Sebab
itu saya meletakkan jawatan dari DAP. Setelah saya meletakkan jawatan, mereka
kata saya dipecat.
“DAP adalah parti
pertama di alam semesta yang memecat individu yang sudah meletakkan jawatan,”
ujarnya.
Menyentuh pencapaian
ekonomi Malaysia dibawah pemerintahan Najib, Tuan Tat menjelaskan pelbagai
inisiatif telah dilancarkan oleh Perdana Menteri dan Malaysia akan terus maju
sekiranya pembangkang tidak merosakkan imej negara diperingkat antarabangsa.
“Jika pembangkang
turut membantu dalam melonjakkan nama Malaysia diperingkat antarabangsa
daripada ke luar negara dan memburukkan imej negara, ekonomi Malaysia akan
terus maju.
“Mengenai kejatuhan
nilai mata wang, bukannya disebabkan masalah dalaman Malaysia. Ini adalah
masalah dunia. Singapura juga mengalami masalah sama. Jadi apa yang mereka
(pembangkang) katakan ekonomi Malaysia lembab?” soalnya.
Justeru kata beliau,
rakyat perlu membuka minda dan berpandangan lebih luas dalam menilai segala
tomahan dan dakwaan pembangkang terhadap kerajaan.
“Kita tak boleh
benarkan si bodoh (pembangkang) ini mentadbir negara.
“Apa yang pembangkang
tuduh terhadap kerajaan, rakyat harus berfikir samaada dakwaan berkenaan
rasional ataupun tidak.
“Pada pandangan saya, pembangkang
cemburu dengan kejayaan yang dicapai pentadbiran Perdana Menteri,” katanya
lagi. – Malaysian Digest
Presiden Bola Sepak Malaysia - TMJ
Tunku Mahkota Johor,
Tunku Ismail Sultan Ibrahim diisytihar menang tanpa bertanding bagi jawatan
presiden Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas lawannya, Tan Sri Annuar Musa
mengumumkan keputusan menarik diri daripada merebut kerusi panas itu.
Dalam sidang media
yang diadakan hari ini, Annuar berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil
kira komitmen TMJ terhadap sukan bola sepak Malaysia dan perkenan Sultan Johor.
"Saya buat
ketetapan untuk beri penghormatan pada calon satu lagi, TMJ agar baginda diberi
kemenangan tanpa bertanding dan diisytihar presiden FAM yang baru.
Selamat tinggal Azmin Ali
Ramai penganalisis
politik bebas termasuk saya menjangkakan bahawa Azmin Ali bakal kecundang di
Parlimen dan juga Dun di Selangor pada Pru 14 akan datang. Ini adalah penggal
terakhir beliau menjadi Menteri Besar Selangor dari PKR selepas merampas
jawatan tersebut melalui fitnah 91 muka surat yang turut didalangi pemimpin
PKR.
Ditambah pula krisis
dalaman PKR, salahlaku dan salahguna kuasa beberapa pimpinan PKR Selangor
dibawah pentadbiran Azmin Ali dan juga sentimen penolakan rakyat Selangor
terhadap PKR.
Muktamar Agong Tahunan
Pas yang sedang berlansung turut mengusulkan agar kerjasama dengan PKR
diputuskan. Ini merupakan tampatan hebat terhadap PKR. Jika usul ini diluluskan
dan PAS memutuskan hubungan dengan PKR maka talian hayat PKR akan musnah dan PKR
akan terkubur dalam PRU 14.
Krisis dalaman dari
dua kem ( Kem Anwar/ Wan Azizah dan Kem Azmin ) dalam PKR yang sering
bertelagah merebut jawatan dan habuan juga antara faktor yang turut menyumbang
kepada kejatuhan Azmin Ali dan PKR di Selangor.
Melihat kepada dua
statistik dibawah ramai penganalisis meramalkan Azmin Ali akan kecundang di
Parlimen Gombak dan juga di DUN Bukit Antarabangsa kerana akar umbi dan
penyokong PAS tidak akan mengundi Azmin Ali.
Parlimen Gombak
Azmin Ali (PKR)-54,287
Datuk Dr Rahman Ismail
(BN)-50,093
Datuk Paduka Said
Nazar (Bebas)-474
Majoriti : PKR menang
dengan majoriti 4734
Undi Rosak : 1353
Jumlah Kertas Undi
Keluar : 107,162
Bukit Antarabangsa
Jumlah Pengundi:
34,467
Mohamad Nadzim Bin
Ibrahim (BN) - 12,458
Azmin Ali ( PKR) -
16,502
MAJORITI: 4,044
Jumlah undi: 29,264 |
Peratus mengundi: 84.90% | Undi rosak: 304
Krisis terbaru akibat
keceluparan Azmin Ali semakin meruncing apabila dengan angkuhnya Azmin memerli
PAS dan Nik Abduh didalam twitter miliknya yang berbunyi " ADA TOK LEBAI
NAK TAWAN SELANGOR. KAWASAN SENDIRI PUN KALAH TERSUNGKUR" telah menaikkan
lagi kebencian ahli dan penyokong PAS serta mendapat kecaman pengguna media
seluruh negara.
Selamat tinggal Azmin
Ali.
Ikhlas dari
Dato' Rahman
Penganalisis Politik
Bebas.
Copy.