SHAHIDAN KASSIM JAMIN 100% PENGURUSAN BENCANA NEGARA CEMERLANG DI BAWAH APBN!
Kuala Lumpur : 30 0ktober 2015 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri melahirkan keyakinan 100% bahawa agensi baru Pengurusan Bencana (APBN) dan JPAM berupaya menguruskan bencana lebih cemerlang tahun ini di peringkat komuniti, daerah dan Negeri.
APBN katanya telah menganalisa kelemahan-kelemahan pengurusan bencana di Pantai Timur yang berlaku pada tahun 2014. Katanya lagi, APBN dan JPAM berupaya menangani magnitud bencana LEBIH BESAR berbanding 2014 .
"Saya berada selama 45 hari semasa kejadian banjir tersebut dan berdasarkan pengalaman saya , saya mendapati peringkat komuniti memainkan peranan penting dalam menguruskan bencana , oleh yang demikian saya telah mengarahkan APBN dan JPAM untuk memperkasakan Pengurusan bencana di peringkat komuniti , daerah dan negeri. " -Shahidan Kassim.
APBN katanya lagi telah menjalankan banyak program peringkat komuniti bagi memperkasakan komuniti meskipun APBN baru ditubuhkan pada 1 Oktober 2015.
APBN akan memastikan setiap pengurusan daerah menepati rating "gold standard" untuk pengurusan bencana.
Shahidan Kassim selaku Menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal bencana negara sejak sebelum Pantai Timur dilanda banjir yang besar pada 2014 juga menyatakan bahawa beliau mempunyai keyakinan yang tinggi APBN dan JPAM berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang untuk berhadapan dengan kejadian bencana yang besar.