Monday, 15 December 2014

DAP terang-terangan benci PAS!!!

 DAP tolak hudud Pas
"Tidak akan melaksanakan undang-undang Islam itu jika berjaya memerintah negara!!"


Perjuangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud semakin sukar apabila DAP menegaskan pakatan pembangkang tidak akan melaksanakan undang-undang Islam itu jika berjaya memerintah negara selepas pilihan raya umum akan datang.

Pendirian DAP itu juga diper­ku­kuhkan melalui satu resolusi menolak pelaksanaan hukum hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan yang diluluskan sebulat suara oleh 938 perwakilan semasa Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Petaling Jaya hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, penolakan hukum hu­dud perlu dimuktamadkan kerana itu adalah aspirasi pengundi dalam memberi sokongan kepada pembangkang untuk merampas Putrajaya.

“Untuk menang Pilihan Raya Umum ke-14, kita mesti ada pendirian tegas, kedudukan jelas bahawa pakatan pembangkang yang memerintah di Putrajaya tidak akan melaksanakan undang-undang hudud.

“Itu mesti jelas sama sekali, kerana itulah aspirasi pengundi-pengundi sederhana bukan pengundi ekstrem,” katanya ketika ucapan perasmian di persidangan itu.

Yang turut hadir, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali. Bagaimanapun, Pas hanya diwakili Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Hatta Ramli.

Ketiadaan pemimpin kanan Pas dalam persidangan itu menimbulkan persoalan tentang hubungan kedua-dua parti yang semakin tegang dan telah berlarutan sejak enam bulan lalu berikutan krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...