Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak menolak kemungkinan Pakatan Rakyat akan berpecah sekiranya isu hukum hudud menjadi semakin besar.
“Jika hudud menjadi isu besar, Pakatan mungkin mengikut langkah
seperti Barisan Alternatif,” katanya.
Barisan Alternatif (BA)
adalah gabungan parti pembangkang untuk mencabar Barisan Nasional (BN) yang
ditubuhkan pada 1999, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim merengkok di penjara
Sungai Buloh.
Ketika itu, parti-parti
pembangkang yang bergabung di bawah BA adalah Parti Islam Se-Malaysia (PAS),
Parti Tindakan Rakyat (DAP), Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti
Rakyat Malaysia (PRM).
Ketika itu PAS
berkempen untuk melaksanakan Negara Islam menyebabkan dua pemimpin utama DAP,
Kit Siang dan Karpal Singh tewas di kerusi parlimen yang ditandingi mereka.
Lalu, pada 21 September
2001, DAP mengumumkan keluar dari BA.
Pada tahun 2008, BA
dijenamakan semula menjadi Pakatan Rakyat (PR).
Kit Siang
dilaporkan Roketkini membayangkan
masa depan PR semakin celaru selepas Pilihanraya Umum ke-13.
“Genap setahun juga
menyaksikan kemungkinan berbahaya akan perpecahan Pakatan. Ini tidak boleh
dipandang ringan.
“Majoriti besar yang
mengundi Pakatan dalam pilihanraya lalu menginginkan pertukaran kerajaan dan
dasar negara, bukan undang-undang hudud. Lagi pula, sesiapa yang tidak
menyokong hudud bukanlah anti-Islam, tetapi kerana Perlembagaan Persekutuan
memnyediakan Malaysia sebagai negara sekular yang demokratik,” katanya.
Katanya lagi, Pakatan
tentunya tidak akan dapat terus menafikan majoriti dua pertiga BN, malah akan
kalah teruk jika hudud menjadi agenda mereka pada pilihanraya umum lalu.
“Rakyat ingin Pakatan
terus bertambah kuat dan mencapai peralihan di peringkat persekutuan pada PRU
ke-14 nanti. Namun jika hudud menjadi isu utama, Pakatan akan menerima
nasib sama seperti Barisan Alternatif.
No comments:
Post a Comment