Sehinggakan Puak Pembangkang ni kata Penasihat Sultan Sulu adalah Exco Pemuda UMNO, Lokman Noor bin Adam. Nahh,ambik kau kena tampar dengan Lokman!!
“Saya
terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang
yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita
hari ini.
Tohmahan
ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan
beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu
Palsu terbongkar.
Izinkan
saya menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan
Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang.
Sabah atau
dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki
oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah
membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North Borneo telah di
panjakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback kemudiannya
telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company.
Malangnya,
bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit
menentang. Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi
mereka.
Sekitar
tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi
Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan
tahta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum kerajaan
Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf Bangsar. Pada tahun
1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong
Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan
tajuk "Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia".
Ini
bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara
yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. Malangnya,
setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang
"imposter" Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang
baru. Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh Sabah.
Isu
Pelantikan Sebagai Penasihat Sultan Sulu ;
Saya akui,
saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk
berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka. Saya juga
akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan
Kerajaan Malaysia. Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada
Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Ketika pertemuan
saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang
kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah
menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula. Inilah antara punca saya
menyertai UMNO pada tahun 2007. Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa
Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas
sukarela yang saya buat untuk beliau. Sepanjang tempoh saya mengenali
beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang
menyerang negara kita.
Apa yang
rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu,
semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah,
membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya.
Bagaimana
secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim
dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu,
pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera
sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak mampu."
Lokman Noor Bin Adam
4hb Mac, 2013
Sumber : MyMassa
*Mane Anuwar Al-Juburi dengan Tian Cuak nak lari???
No comments:
Post a Comment