Siaran
rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual terbitan TV3, rancangan ‘Soal Jawab’
yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa daripada parti PAS
sebagai tetamu undangan pada 6 Februari 2013 yang lalu seperti tidak disangka berjaya
melakarkan sejarah tersendiri menerusi pertumbuhan kadar tontonan yang tinggi
dalam Siri Rancangan Temubual televisyen di Malaysia pada tahun 2013 setakat ini.
Rancangan
yang dibuat secara rakaman dari studio Media Prima, telah berjaya mewujudkan
satu ‘benchmark’ tertinggi bagi rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual bukan
saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi siri Rancangan Temubual di Malaysia,
apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.3 juta (25.9 TVR)
atau 72.6% (sumber: A.C. Nielsen Audience Measurement).
Secara
purata, rancangan berbentuk temubual atau bual bicara hanya mencatatkan rekod
300,000 penonton sahaja. Namun atas faktor kekuatan tetamu undangan pada 6
Februari lalu, iaitu Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang baru sahaja digugurkan
daripada Majlis Syura Ulama PAS oleh pimpinan tertinggi PAS pada 14 Januari
2013, jumlah penonton yang menonton rancangan tersebut meningkat mendadak sebanyak
4 juta kepada 4.3 juta penonton.
Secara
kesimpulannya, kadar tontonan keseluruhan rancangan Soal Jawab pada 6 Februari lalu
telah mencipta rekod baru dengan tontonan sebanyak 4 juta penonton, iaitu
hampir ‘sebaris’ dengan jumlah penonton Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 27 yang telah
diadakan pada 6 Januari 2013 lalu iaitu sebanyak 6 juta penonton.
Fenomena
ini dilihat sebagai satu keadaan di mana medium televisyen di Malaysia telah dibuka
luas untuk pemimpin politik berbicara mengenai kempen-kempen menjelang
Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama lagi. Kemunculan tetamu undangan pada hari
tersebut tidak perlu disangkal lagi kerana kemunculannya amat dinantikan oleh penganalisis
dan pengikut politik tanahair yang sarat dengan isu semasa dan sensitif, seperti
isu perpaduan kaum Melayu Islam di Malaysia, isu penggunaan Kalimah Allah, isu keakraban
beliau bersama Perdana Menteri Malaysia dan isu kemasukan beliau ke dalam UMNO.
Bukan sahaja melalui kaca televisyen, pendedahan oleh Yang Berhormat Ustaz
Nasharuddin pada malam itu juga dipancarkan menerusi laman web rasmi TV3 dan di
laman web tonton.com.my .
Jumlah audience yang menonton secara online
pula mencecah 95,312, juga menjadikannya satu rekod baru tontonan Siri Rancangan
Temubual melalui online di Malaysia. Ditambah dengan adanya kemudahan internet
mudah alih dan smartphone, tontonan secara ‘live streaming’ mencapai angka
tertingginya pada permulaan rancangan tersebut, iaitu tepat pada jam 10.03
malam dengan 18,598 hits berbanding hanya 6,109 pada penghujung rancangan. Malaysia
mencatatkan tontonan online tertinggi sebanyak sebanyak 98,435 tontonan,
diikuti negara-negara lain seperti United Kingdom (4,542), Arab Saudi (3,431),
Amerika Syarikat (3,068), Australia (2,956), Singapura (2,158), Indonesia
(1,132) dan Brunei (1,009).
Bacaan
tontonan yang dibuat ini tidak termasuk dengan jumlah siaran yang telah
direkodkan oleh pengguna stesen televisyen berbayar Astro melalui dekoder Astro
dan tontonan rakaman yang telah dimuatnaik ke laman web di internet,
terutamanya Youtube dan blog-blog yang berunsurkan politik.
Rancangan
Soal Jawab pada 6 Februari lalu telah membawa satu dimensi baru dalam
penyiarannya yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai
tetamu undangan yang datangnya dari pihak pembangkang di Malaysia. Siaran
bertemakan "Nasharuddin - Berjuang Dalam Kontroversi" ditayangkan selama satu jam tersebut dilihat memberi satu impak negatif kepada barisan parti
pembangkang, khususnya menjelang Pilihanraya Umum ke 13, apabila banyak pendedahan
dibuat oleh tetamu tersebut yang menjawab kepada segala persoalan isu-isu
semasa tanahair. Keberanian beliau selaku wakil parti politik daripada pihak
pembangkang yang secara berani menerima jemputan bagi ditemubual oleh TV3
dengan membincangkan masalah dalaman parti secara terbuka di kaca televisyen, yang
ditonton oleh masyarakat di seluruh dunia. (Dipetik dari sumber).
*Siapalah puak PAS yang berani mengaku dah tengok TV3 masa tu. Pok Nik Ajis, Eddy Awang, Mat Saboon, Mustapa Ali nak ngaku ke??? haakktuuiihh!!!
*Siapalah puak PAS yang berani mengaku dah tengok TV3 masa tu. Pok Nik Ajis, Eddy Awang, Mat Saboon, Mustapa Ali nak ngaku ke??? haakktuuiihh!!!
Salam Perjuangan, Mohon tuan pautkan blog sy www.aktiviskepayangjr.blogspot.com dgn blog tuan.. blog tuan sudah sy pautkan tq
ReplyDeleteSalam, terima kasih...blog tuan telah dipaut.
ReplyDelete