PAS DULU DAN KINI
Besor perasan sekarang ni YB Nasarudin dah mula vokal dan berani bercakap mengenai isu utama, terutamanya apabila melibatkan akidah dan pegangan syariat umat Islam. Semak punya semak, rupa-rupanya telah ada pertemuan sulit antara YB Nasarudin dengan bekas ahli kuat DAP. Maka tersentaklah YB dengan segala macam pendedahan yang selama ini disembunyi oleh pihak kapir DAP yang terang-terang nak menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian dan berikrar untuk melantik PM seorang yang beragama Kristian....Besor puji pendirian dan langkah YB Nasarudin yang lantang mengkritik hala tuju PAS sekarang yang tidak berpaksikan syariat Islam yang bersengkongkol dengan pihak kapir DAP untuk menentang kerajaan yang sedia maklum dalam perlembangaan telah mempraktikkan Agama Islam sebagai Agama Rasmi negara..menentang kerajaan sedia ada bererti menentang Islam sebenarnya dah apatah lagi berpakatan dengan kapir DAP.
Besor hilang punca macammana nak sedarkan jemaah surau/ masjid yang selama ini digunakan PAS untuk menghasut dan membenci kerajaan. Pendakwah ke haper dalam surau/ masjid menabur fitnah. Kalau pembaca ada idea, bagilah kat Besor supaya dapat kita sama-sama selesaikan isu ini.
Kepada ahli PAS, bacalah dengan hati yang terbuka dan berlapang dada..demi melihat kebenaran dan kembali bertaut demi perpaduan UMMAH dan AGAMA ISLAM
LUDAH
KELANGIT JATUH ATAS MUKA SENDIRI
1. Kata PAS : UMNO
menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA.
“Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang
1983)
KEMUDIANNYA.,PAS
berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam
pilihan...raya ke-11 & 12.
2. Kata PAS: “Haram orang
Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang
kafir menjadi pemimpin”.
KEMUDIANNYA.. Dalam pilihanraya
ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan
DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.
3. PAS kata: “Kerajaan BN
adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab
malam beroperasi”
KEMUDIANNYA.. Selepas PAS
dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang
arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carlsberg di Shah Alam dan Kelab
The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.
4. PAS kata kepada Pak
Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta,
badawi di Malaysia jaga? Babi? ”
KEMUDIANNYA.. Kerajaan
Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan
mencanggihkan ladang ?! Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan
Babi’.
5 PAS kata: Tun Dr.
Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan
berbagai lagi.
KEMUDIANNYA.. Bila Tun
Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda
PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS
kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat
memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr.
Mahathir bukan Pak Lah”.
6. Masa Anwar Ibrahim
duduk dalam UMNO, PAS kata : “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama,
berpura-pura…”
KEMUDIANNYA.. Bila Anwar
kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi
rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.
7. Masa Anwar dituduh
dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan
tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata
semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.
KEMUDIANNYA.. Bila PAS
ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan
berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan
Nahi Mungkar..”
8. PAS kata: “Sesiapa
yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”
KEMUDIANNYA.. PAS Kedah
yang baru memerintah kata : “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua
benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan
macam Kelantan.
9. PAS kata:
“Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi
sesat atau kufur”.
KEMUDIANNYA.. PAS
berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang,
sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam
sebagai dasar.
10. PAS kata: “Kerajaan
yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata:
“Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang
kafir”.
KEMUDIANNYA.. PAS Kedah
kata : “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Datuk Seri
Azizan Razak, MB Kedah)
11. PAS kata: “UMNO
mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.
KEMUDIANNYA.. PAS
Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.
12. PAS kata: UMNO
mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam
surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.
KEMUDIANNYA.. Harakah
benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya
kerana Raja Petra menghentam kerajaan.
13. Amanat Hadi kata:
Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang
Islam memerintah.
KEMUDIANNYA.. PAS
perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan
Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah
jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?
14. PAS kata : UMNO tak
amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara
KEMUDIANNYA.. PAS telah
lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua
maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?
15. PAS kata: “Tidak
boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”
KEMUDIANNYA.. PAS
kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (YB
Lim Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP,
lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.
16. PAS kata: “UMNO tak
layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang
sepatutnya”
KEMUDIANNYA.. PAS
sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang
disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul
Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS? Mungkin lepas ini
PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar
bin Abdul Aziz.
17. PAS kata: “UMNO tidak
mahu cegah mungkar masa memerintah”
KEMUDIANNYA.. PAS hanya
mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Pulau
Pinang,Selangor dan Kedah.
18. PAS kata: “Tidak
boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama
di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan
Ulama PAS, Harun Taib).
KEMUDIANNYA.. PAS meredai
kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan
begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?
9. Semasa berkerjasama
dengan Parti Semangat 46 : PAS memuji-muji Tengku Razaleigh, Rais Yatim dengan
pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis
mereka.
KEMUDIANNYA.. PAS kutuk
depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan
berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas
ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?
20. PAS kata: Tidak boleh
berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu
boleh batal Islam!
KEMUDIANNYA.. PAS
menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan
Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf,
itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)
21. PAS kata haram
menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.
KEMUDIANNYA.. PAS tak
marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang
dalam PRU ke-12.
jangan biarkan kapir DAP dan sekutu-kutunya memecahkan kita umat Islam yang berpegang kepada ajaran Rasulullah S.A.W...semoga memberi manfaat kepada kita semua...
aku rasa le puak2 pas ni nyokong umno,tp malu nak mengaku sebabnye dema2 ni dah berbaiah kat celah bedah tuuuu...
ReplyDeletebetoi tu aku tau la,pasai kat kg aku diaorg segan nak psg bendera bulan kat depan umah diaorg,kat jamban umah tak tau la plak aku
ReplyDelete