Friday, 7 September 2012

MARI KITA CINTAKAN TANAHAIR, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU


HUBBUL WATHAN MINAL IMAN”


Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum w.b.t.

“Hubbul Wathan Minal Iman” membawa pengertian, cintakan tanahair sebahagian daripada iman. Pastinya ini menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi untuk menjaga serta mengharmonikan bumi Allah Malaysia yang tercinta ini. 446 tahun usia tanah Melayu pernah dijajah serta insiden pahit 13 Mei 1969 iaitu pergaduhan kaum yang membunuh banyak nyawa biarkanlah ianya berlalu begitu sahaja. Jangan sesekali ada cubaan dari kita untuk mengulanginya hanya kerana fahaman politik yang sempit.

Tanggal 31 Ogos 2012, Malaysia sekali lagi menyambut hari kemerdekaan Negara yang ke 55 tahun. Sambutan tersebut bagi menceritakan kepada generasi baru bahawa kita suatu ketika dahulu pernah menjadi hamba abdi kepada kuasa besar seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun. Sambutan kemerdekaan yang ke 55 tahun tersebut sepatutnya perlu berlaku dalam keadaan manusia mensyukuri nikmat kemerdekaan yang Allah berikan kepada Malaysia.

“JANJI BERSIH” adalah agenda suatu pihak yang menentang kerajaan menyambut hari kemerdekaan dengan cara mereka sendiri. Mengenakan baju yang berwarna kuning serta berarak dan berkumpul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada malam 30 Ogos bagi menantikan detik jam 12.00 malam. Mereka bersorak bagaikan manusia yang hilang akal. Sekali sekala terdengar suara sumbang dari kalangan mereka yang mengutuk serta mencaci pihak berkuasa yang menjaga kawalan keselamatan di sekitarnya. Mungkin ini cara mereka sayangkan bumi Malaysia yang bebas dari penjajah. Tetapi amat memalukan kita sebagai manusia yang berakal.

Tidak cukup dengan mencaci pihak keselamatan, mereka juga memijak serta meletak gambar Najib Razak dibawah bontot sambil menanggalkan seluar yang dipakai. Jemaah 69tidak taksub kepada Najib, tetapi tidak salah kita menghormati Najib Razak sebagai manusia yang juga khalifah Allah seperti kita jua. Nilai murni tidak lagi ada dalam diri pengikut “JANJI BERSIH” pada malam tersebut.

Jemaah 69 juga bimbang keadaan sesetengah pemimpin politik yang berfahaman sekular. Mereka seolah-olah menyokong penuh tindakan pengikut “JANJI BERSIH” yang ingin menukar jalur gemilang kepada Sang Saka Malaysia. Reka bentuk bendera yang mengikut contoh Indonesia dan Singapura dikibarkan oleh mereka sewaktu perarakan “JANJI BERSIH”malam ambang merdeka 55 tahun di Dataran Merdeka. Mereka ini mula rakus dalam berpolitik hingga lahir kesanggupan menukar bendera Malaysia dari Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya. Perbuatan mereka ini Jemaah 69 anggap sebagai tindakan yang mengancam keselamatan Negara Malaysia.

Ratusan laporan polis telah dibuat oleh ramai pihak bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan kepada individu yang memijak gambar Najib Razak serta ingin menukar Jalur Gemilang. Namun Jemaah 69 melihat KDN amat berhati-hati dalam mengambil tindakan. Jemaah 69  tidak menunding jari kepada KDN, kerana mungkin mereka tersepit dengan keadaan situasi gerakan fahaman sekular dan liberal mula tersebar di Malaysia. KDN mungkin bimbang insiden yang lagi teruk akan berlaku jika tindakan keras diambil terhadap mereka ini, pada hemat Jemaah 69.

Justeru, Jemaah 69 ingin mengajak pembaca semua, sempena Hari Malaysia yang bakal kita sambut pada 16 September ini, ayuh bersama-sama... kita nyalakan lampu kenderaan pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang pada tarikh tersebut sebagai tanda kita menolak tindakan pihak “JANJI BERSIH” yang memijak gambar Najib Razak serta ingin menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka MalaysiaMungkin kita tidak terdaya ingin menjatuhkan hukuman pada individu yang biadap tersebut atas faktor menghormati undang-undang negara, tetapi paling tidak nyalaan lampu pada waktu tersebut memberi gambaran jelas dan amaran kepada mereka yang tidak bertanggungjawab bahawa, masih ramai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air bergelar Malaysia. Mohon untuk sebarkan kepada sahabat berdekatan anda maklumat ini.“Hubbul Wathan Minal Iman”

-Jemaah 69 Sayang Keamanan Bumi Allah Malaysia-

sila copy & paste
sumber tokguru86

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...