Wednesday, 4 July 2012

Anwar dah bertaubat....

Teman terbaca satu artikel di Malaysikini hari ini.Artikel itu menyatakan Anwar ingin bersara jika PR gagal memerintah pada PRU13 kali ini.Teman rasa ini adalah salah satu lagi sandiwara yang ingin dimainkan oleh Anwar,pada teman sandiwara ini tidak lain dari untuk menangih simpati dari orang-orang yang berada di atas pagar yang masih tercari-cari arah tujuan siapa yang harus dipilih.Kita mesti faham yang permainan politik Anwar ini sungguh kotor dan jijik sehinggakan sahabat-sahabat rapat beliau pun melarikan diri daripada beliau.Lihatlah senario negara sekarang,dahulu tiada sebarang rusuhan atau demonstrasi secara besar-besaran,tetapi sekarang kita boleh lihat bagaimana demo bersih 1,2 dan 3 berlansung,demo yang diadakan bukanlah bersifat aman tetapi lebih kepada provokasi untuk mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat kepada pihak polis serta ingin melumpuhkan sistem penguatkuasaan negara kita.Selain menyerang sistem perundangan negara melalui bar council yang lebih memihak kepada pembangkang,Anwar juga sering merekayasa cerita yang tidak ada seperti isu Scropene yang diputar belitkan oleh SUHAKAM yang jelas pada kita memihak pada pembangkang untuk memburukkan negara kita di luar negara yang kononnya di dalam negara kita ini rasuah berleluasa.Anwar di dalam ceramah-ceramah beliau seringkali mengungkap kata-kata yang mengatakan UMNO/BN zalim dan menindas rakyat.Tapi pada hakikatnya rakyat dan negara kita makin maju dan aman,rakyat dapat menikmati segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kecuali di negeri-negeri yang yang diperintah PR.Dari hari ke hari sistem pendidikan di negara kita ditambah baik dan kadar buta huruf dikalangan rakyat hampir sifar jika dibandingkan dengan negara-negara lain.Disini boleh kita rumuskan bahawa Anwar menggunakan perkataan 'RAKYAT' untuk melobi rakyat supaya beliau dapat menggapai cita-cita beliau untuk menjadi 'PERDANA MENTERI',tidak kira secara haram atau halal.Inilah manusia yang bernama ANWAR IBRAHIM penuh tipu muslihat......menggunakan segala medium yang ada untuk bergelar 'PERDANA MENTERI' maka rakyat Malaysia harus berhati-hati dengan Anwar dan konco-konconya....


1 comment:

  1. Anwar saja cakap camtu nak test market tengok dia tu laku lagi ke tak TAPi aku rasa sama aje dengan Tok Guru Nik Ajis yg janji nak letak jawatan MB kelantan dan undur diri daripada politik jika PM ketika itu TUN Dr.Mahathir meletak jawatan TAPI apa sebenor nye berlaku.... sampai lani dok menongkat langit. Aku rasa si Anwar nih pun 5x2 / 2x5 cam spesis nik ajis lah gak... betol tak?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...