Biarpun baru enam
bulan dilancarkan, *Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Baling* seakan-akan sudah
goyah apabila ada dalam kalangan ahli kawasan itu hari ini mengisytiharkan
keluar parti berkuatkuasa serta merta.
Difahamkan tindakan
tersebut berpunca rasa tidak puas hati 13 ahli PPBM berkenaan berhubung
pelantikan jawatankuasa baharu PPBM kawasan itu pada Februari lepas.
Salah seorang ahlinya,
Ali Ahmad, 57, yang juga merupakan bekas Pengerusi PPBM Baling berkata,
mereka terkilan apabila jawatankuasa penggerak PPBM yang ditubuhkan pada
Oktober tahun lalu dinafikan hak mereka.
Dakwanya, kira-kira
500 daripada 800 ahli PPBM kawasan tersebut akan mengikut jejak mereka tidak
lama lagi.
“Jawatankuasa kami
dinafikan hak untuk menerima watikah perlantikan penajaan dari pucuk pimpinan
sedangkan segala gerak gempur, sesi dialog dan ceramah serta merekrut keahlian
kami jayakan berpandukan misi dan visi parti.
“Kami merasa amat
berkecil hati apabila watikah yang sepatutnya menjadi milik kami diserahkan
kepada seorang yang tidak pernah terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung dalam gerak kerja parti sejak awal penubuhannya di sini,” kata Ali
ketika sidang akhbar pengumuman keluar parti PPBM di Dewan Baling Inn, hari
ini.
No comments:
Post a Comment