Sunday, 26 October 2014

Rakyat sudah muak! tak sabar mahu lihat Anwar ke 'dalam'




28hb dan 29hb Oktober ini adalah 2 hari yang sangat penting bagi menentukan nasib hidup politik Anwar Ibrahim. 

Dan itu pun jika ianya tidak ditangguh lagi. 


Tarikh-tarikh itu adalah bagi Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan terakhir veteran politik, 
Anwar Ibrahim tentang sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas 
pembantunya, Mohd Saiful Bukhari pada 26 Jun 2008.



Sebelum itu, 3 anggota panel Mahkamah Rayuan telah memutuskan Anwar Ibrahim 
bersalah. Tetapi Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan hukuman penjara itu 
sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dengan jaminan RM10,000 denganseorang penjamin.



Dokumen lengkap kes liwat Anwar Ibrahim adalah 85 mukasurat. Kita boleh baca di sini : 




Di bawah adalah tarikh-tarikh penting di mana kes liwat Anwar Ibrahim ditangguh banyak kali
Dan mereka masih lagi tabur fitnah kononnya sistem kehakiman tidak adil!







Dan di bawah adalah hukuman yang telah dijatuhkan kepada Anwar Ibrahim :

Setelah mempertimbangkan permohonan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, kami kenakan hukuman lima tahun penjara. 

Dengan menjatuhkan hukuman tersebut, kami telah mengambil kira keadaan dalam pelakuan kesalahan itu, betapa seriusnya kesalahan itu dan pertimbangkan mereka dibandingkan dengan kepentingan awam. 

Kami juga telah mengambil kira hukuman maksimum penjara bagi kesalahan ini adalah 20 tahun dan responden juga dikenakan sebatan. 

Namun memandangkan peruntukan s.289 dari kanun tatacara jenayah, responden telah terlepas dari hukuman sebat. Pada pandangan kami, hukuman penjara lima tahun akan menjadi matlamat keadilan dan proporsional dengan kesalahan yang dilakukan.

Anwar Ibrahim terlepas hukuman maksimum 20 tahun dan sebatan. Sebaliknya, dihukum 
penjara 5 tahun.

Kiraan matematik mudah sudah dapat menjangka politik peribadi Anwar Ibrahim akan malap di dalam penjara, jika beliau disabitkan dengan kesalahan meliwat oleh Mahkamah 
Persekutuan. 

Dan tatkala itu, Anwar Ibrahim sudah berumur 72 tahun, satu usia yang sudah tua untuk 
terus berpolitik agresif seperti sekarang. Dan jika dipenjara, terputuslah politiking Anwar 
Ibrahim kecuali khabar-khabar daripada keluarga dan rakan-rakan yang datang menziarah.

Maka timbul satu persoalan besar, apakah Anwar benar-benar sudah bersedia menyerah diri untuk dipenjara jika didapati bersalah? 

Setelah berpuluh-
puluh kali keluar masuk Mahkamah dan tertangguh lebih daripada 2 tahun, apakah Anwar 
akan akur menerima sahaja berada di dalam penjara?

Atau ada pelan lain?

Tambahan pula, rakyat sudah muak dengan politik Anwar dan Pakatan pembangkang..

#Masuk le penjara tu.. biar aman Malaysia ni
#Banyak masa rehat di dalam tu nanti banyak-banyak la beribadat.. bukan berpikir macam mana nak hancurkan negara ni untuk kepentingan sendiri.

Friday, 24 October 2014

PAS vs PASma = HADI vs KHALID = DUA DUA PAS PIS PUS

PASMA MENCABAR PRESIDEN PAS ?



Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad berkata PAS sepatutnya menyokong PasMa dan bukannya melarang ahli-ahli menyertai NGO itu kerana matlamat kedua-dua organisasi itu hampir sama untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional.

“Matlamat utama di sebalik penubuhan PasMa, mengikut kata Presidennya, adalah untuk memastikan PAS kekal bersama PR.

“Sekiranya matlamat ini selari dengan matlamat pimpinan PAS, mengapa perlu menentang PasMa dan melarang ahli dari bersama PasMa?”

“Oleh kerana matlamat PasMa adalah sebenarnya selari dengan matlamat PAS seperti yang diputuskan dalam muktamar, iaitu istiqamah bersama PR, saya syorkan PAS membantu PasMa dan tidak sebaliknya. Lebih-lebih lagi mereka yang bersama PasMa kesemuanya orang PAS dari dulu lagi,” tulisnya di dalam blog www.khalidsamad.com.

Kenyataan penuh Khalid Samad :

PAS dan PasMa: Perlukah Bertindak Melarang?

Saya mengikuti polemik berhubung PasMa yang berlarutan sekian lama dengan penuh hairan dan perasaan pelik. Perasaan hairan saya adalah mungkin kerana saya tidak memahami ‘isu sebenar’ di sebalik reaksi yang begitu negatif terhadap penubuhan PasMa. Mungkin akan ada yang mengatakan saya terlalu ‘naif’ sehingga tidak menyedari ‘bahaya’nya PasMa. Mungkin juga akan ada yang berkata saya tidak marah kerana saya bersama mereka, seperti yang didakwa oleh pihak yang menyebar apa yang didakwa sebagai senarai AJK PasMa apabila ianya baru didaftarkan. Mengikut senarai itu, saya salah seorang Naib Presiden kalau tidak silap saya!

Biarlah mereka katakan apa yang ingin mereka katakan. Hakikatnya walau apa sekalipun, jenis yang ingin mengata akan terus mengata. Mungkin bagi mereka tiada makna hidup kalau tidak mengata!

Bagi saya, PasMa sebuah NGO yang telah mengisytiharkan dirinya bersama PAS dan PR. Mereka ingin menjatuhkan UMNO/BN dan menyumbang kearah memperkukuhkan PR. Kalau dengan pengisytiharan sejelas itu pun kita masih ragu dan tentang, saya tidak mampu mengatakan apa-apa selain, “saya hairan”.

Sebenarnya kalau mengikut perlembagaan PAS, tiada salah sekiranya ahli menjadi anggota mana-mana NGO. Malahan berkerjasama dengan NGO adalah di antara kegiatan yang dinyatakan dalam perlembagaan PAS. Kecuali sekiranya NGO tersebut mempunyai matlamat yang bercanggah dengan PAS. Tetapi sekiranya NGO tersebut mempunyai matlamat yang sama atau tidak bercanggah, maka tiada masalah ianya menerima sokongan dan penyertaan dari ahli PAS.

ADAKAH MATLAMAT PASMA SELARI DENGAN MATLAMAT PAS?

Sekiranya ada pimpinan yang menentang penubuhan PasMa, jangan marah sekiranya rakyat mendakwa bahawa PAS ingin dibawa keluar dari PR oleh pimpinan tertentu.

Ini adalah kerana matlamat utama di sebalik penubuhan PasMa, mengikut kata Presidennya, adalah untuk menentukan PAS kekal bersama PR. Sekiranya matlamat ini selari dengan matlamat pimpinan PAS, mengapa perlu menentang PasMa dan melarang ahli dari bersama PasMa? Rakyat akan membuat kesimpulan bahawa pimpinan PAS melarang ahli menyertai PasMa dan mengikut programnya kerana matlamat PasMa bercanggah dengan matlamat pimpinan PAS! Dan mereka akan simpulkan bahawa matlamat pimpinan PAS adalah untuk membawa PAS keluar dari PR! Itu sahaja rasional yang mampu menjelaskan tindakan pimpinan yang melarang ahli PAS menyertai PasMa atau programnya.

Oleh itu, oleh kerana matlamat PasMa adalah sebenarnya selari dengan matlamat PAS seperti yang diputuskan dalam muktamar, iaitu Istiqamah bersama PR, saya syorkan PAS membantu PasMa dan tidak sebaliknya. Lebih-lebih lagi mereka yang bersama PasMa kesemuanya orang PAS dari dulu lagi.

TUDUHAN INGIN JATUHKAN PRESIDEN

Ada juga yang mengeluarkan pandangan bahawa PasMa ditubuhkan untuk menjatuhkan Presiden PAS! Entah dari mana datangnya andaian sebegitu pun saya tidak faham. Sedangkan Presiden PasMa sendiri menafikannya. Atau ada matlamat lain yang sebenarnya? Teori konspirasi lagi? Ini pun satu perkara yang tidak mampu saya katakan apa-apa kecuali “saya hairan”.

Adakah mungkin sebuah NGO mampu menjatuhkan Presiden PAS? Sedangkan yang memilih Presiden adalah perwakilan parti berkenaan di muktamarnya. NGO tidak hadir dan tidak ada perwakilan NGO yang mengundi. Oleh itu tidak mungkin PasMa mampu menjatuhkan Presiden PAS.

Mungkin yang dimaksudkan ialah PasMa akan menyediakan saluran supaya Presiden PAS dikritik dan ditegur sehingga ahli PAS akan menolak kepimpinan beliau. Kalau itulah yang dimaksudkan, maka apa yang perlu dikhuatiri? Semestinya apa jua hujjah yang dikemukakan boleh dipatahkan oleh pimpinan PAS. Perlukah takut kepada usaha yang dilakukan secara terbuka? Lebih lebih lagi apabila pimpinan PAS turut dijemput hadir bersama dalam program PasMa.

Walaubagaimanapun, yang saya lebih takut dan khuatir ialah usaha secara diam-diam yang berjalan tanpa pengetahuan mereka yang dikritik dan diserang.

Kalau sekiranya PasMa ingin menyediakan platform supaya Presiden dan pimpinan PAS yang lain dikritik dan ditegur secara terbuka, saya syorkan supaya semua pimpinan melibatkan diri dalam program PasMa apabila dijemput. Pada ketika itu boleh diberikan penjelasan dan mempertahankan Presiden dan tindakan yang telah diambil. Sekiranya kritikan dan teguran itu bernas, maka diterima dan bawa ke perhatian pimpinan untuk memperbaiki dan perbetulkan bersama. Bagi saya, teguran dan kritikan terbuka tidak perlu ditakuti. Yang perlu ditakuti adalah pujian yang melampau-lampau yang menjadikan diri leka dan tidak sedar apabila melakukan kesilapan.

Begitu juga dengan kritikan dan teguran yang dilakukan secara senyap dan tanpa peluang membela diri. Ini akan menyebabkan amalan fitnah memfitnah, penanaman sikap benci-membenci, label-melabel dan berpuak-puak berlaku. Orang yang diserang dan dikritik pula tidak diberi peluang membela diri atau memberi penjelasan sebaliknya.

MENCABAR PRESIDEN

Ada yang kata akhirnya hasil usaha PasMa, kemungkinan akan ada yang mencabar Presiden di muktamar akan datang. Apa masalahnya? Terpulanglah pada ahli sekiranya ada yang ingin melakukannya. Ianya tidak salah dari segi perlembagaan dan adat berorganisasi. Kalau tiada PasMa sekalipun tidak mustahil ianya boleh berlaku.

Saya yakin Presiden boleh menghadapi siapa jua pencabarnya. Ada yang anggap sebaliknya? Ada yang anggap perwakilan akan sokong pihak yang mencabar? Mengapa?

KETERBUKAAN PAS TERHADAP KRITIKAN

Setahu saya selama ini PAS mempunyai dasar terbuka berhubung kritikan dan teguran. Kritikan dianggap sebagai salah satu sumber maklumat untuk PAS memperbaiki diri. Dan sememangnya PAS mengakui banyak lagi yang perlu diperbaiki. Maka kalau ada usaha untuk membuka ruang seluas mungkin untuk menyalurkan kritikan ahli dan rakyat terhadap PAS, maka PAS akan sambut usaha itu dengan baik. Ini sikap PAS yang saya kenali selama ini. Tidak tahulah kalau sudah berubah.

Sikap PAS sebegini jauh berbeza dengan sikap UMNO/BN yang sememangnya diketahui umum tidak suka pada kritikan dan akan berusaha menutup segala ruang kritikan daripada didengari rakyat. Itulah sebabnya digunakan media dan segala cara yang mampu bagi menutup semua ruang kritikan. Pada masa yang sama, digunakan juga Akta Rahsia Rasmi. ISA pada dahulunya dan Akta Hasutan masa ini. Jelas bahawa UMNO/BN hanya ingin mendengar puji-pujian.

Tetapi kebelakangan ini UMNO/BN mula bersikap lebih terbuka. Tetapi mungkin keterbukaan mereka adalah atas sebab terpaksa. Maka dimansuhkan ISA walaupun diguna pula Akta Hasutan. Dibenarkan pula majlis ceramah dan perhimpunan aman. FRU jarang pula kelihatan. Mungkin juga terpaksa menzahirkan sikap terbuka atas sebab kesedaran rakyat.

Dalam keadaan UMNO/BN berubah menjadi lebih ke hadapan, janganlah pula PAS berubah ke belakang. Dari terbuka ‘dipaksa’ bersikap tertutup, bagaikan takut pada bayangan sendiri. Jangan pula yang akan beranggap PAS tidak menghormati hak kebebasan bersuara. Mengharamkan itu dan ini sedangkan segala hujjah yang dikemukakan oleh yang hadir di program PasMa boleh dipatahkan dengan hujjah juga. Ruangnya diberi. Bukan ‘dipatahkan’ dengan pendekatan kuku besi melalui pengharaman!

KESIMPULAN

Kalau PAS bertindak secara melarang ahli menyertai dan hadir program PasMa, maka akan dikatakan mengenai PAS, “sama sahaja PAS dan UMNO, bila berkuasa akan diharamkan rakyat mendengar pandangan yang berbeza yang mengkritik kepimpinan mereka”. Biar rakyat bebas mendengar serta bersuara dan pada masa yang sama PAS perlu yakin dengan kekuatan hujjah yang ada. Kalau tersilap, bersedia pula untuk membetulkan diri.

Tidakkah Umar semasa menjadi khalifah memuji pemuda yang berjanji akan membetulkannya dengan pedang sekiranya dia terseleweng? Ingatlah, jawatan pemimpin bukan untuk dipuji. Ianya amanah yang berat yang menyebabkan penyandangnya berterima kasih kepada yang sanggup membantunya. Samada dengan menjalankan tugas di bawah arahannya atau menegurnya apabila dilihat tersilap. Sedangkan Rasulullah (SAW) sendiri bersedia menerima teguran dan pandangan, inikan pula ummat Baginda.

WaLlahu ‘Alam

KHALID SAMAD

Thursday, 23 October 2014

RAKYAT SELANGOR SUDAH BOSAN JANGAN HERET RAKYAT LAGI

AZMIN TIDAK BENAR RAKYAT DIPERBODOH TURUN KE JALANAN

Pengarah Komunikasi Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA), Syukri Razak berkata Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali pernah meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak mengheret rakyat turun ke jalanan semata-mata untuk membela isu peribadinya.

“YB Azmin Ali mungkin dia lupa pada PRU 13 tahun lepas, selepas kekalahan Pakatan Rakyat, dia sendiri pernah mengingatkan kepada rakyat atau memberi satu teguran sinis kepada Datuk Seri Anwar supaya jangan lagi susahkan rakyat, jangan lagi heret rakyat ke jalan raya..”katanya kepada KiniTV.

Syukri berkata demikian sebagai menjawab kenyataan ringkas Azmin yang berkata ‘jangan sekat hak rakyat berhimpun’ apabila ditanya wartawan tentang saranan LENSA.

“LENSA mengeluarkan surat atas satu maksud sarkastik (sindiran) supaya rakyat kembali menilai kenapa perlu rakyat turun dalam perhimpunan ‘Rakyat Hakim Negara’..

“Apakah Azmin Ali sewaktu dia mengeluarkan kenyataan pada tahun lepas, apakah dia juga bermaksud sindiran atau dia benar-benar membawa maksud ‘rakyat jangan lagi disusahkan’. Apakah dia benar-benar membawa maksud ‘rakyat sudah benar-benar letih’..”kata Syukri yang menafikan kenyataan LENSA sebelum ini bermaksud menyekat kebebasan rakyat berhimpun.

Menurutnya, rakyat bebas untuk berhimpun tetapi ia mesti ada sebab yang jelas untuk berbuat demikian.

Pada 8 Mei 2013, apabila PKR menganjurkan perhimpunan “Blackout 505″ di Stadium Kelana Jaya, Azmin telah mengeluarkan kenyataan menyindir tindakan Ketua Umum PKR itu agar bermuhasabah serta mengakui kelemahan sendiri atas kegagalan pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Gagal ke Putrajaya, salah siapa? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat.” antara kenyataan Azmin dalam akaun Twitter miliknya yang dilihat seperti ditujukan kepada Anwar.

Katanya lagi, laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri dan jangan mengheret rakyat jika diri sendiri gagal.

Kenyataan Azmin itu merupakan tamparan terhadap Anwar yang pada waktu sama malam itu Ketua Umum PKR sedang berucap di hadapan ribuan penyokong pakatan pembangkang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, bagi membantah keputusan PRU 13.

Dalam tweetnya lagi, Azmin turut meminta keputusan rakyat dalam pilihan raya lalu diterima.

“Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.

“Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat.”

SEBUT CINA MESTI DIHUKUM, AKU LEPAS

BETUL KATA ANWAR IBRAHIM, SIAPA SEBUT CINA PENDATANG MESTI "DIHUKUM BERAT" !!!

Anwar mahu kerajaan bertindak isu pendatang



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk mereka yang melabel rakyat Malaysia lain sebagai "pendatang" dan berkata kenyataan sebegitu dihukum berat di negara lain.

Anwar menceritakan kisah seorang senator di Amerika Syarikat yang dipaksa untuk meletakkan jawatan kerana mempersoalkan kedudukan rakyat Amerika keturunan Afrika.

"Ini masa untuk kita memandang ke hadapan dan memberi ruang kepada anak-anak kita untuk merasa mereka benar-benar merasa sebagai sebahagian negara ini, untuk dihormati, dan tidak dipersoalkan kerana ia melukakan perasaan orang lain.

"Ini masalahnya, mengapa bawa isu pendatang? Apa isunya?" kata Anwar ketika ditemui wartawan di majlis rumah terbuka Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy hari ini.

SENDIRI MAU HINGAT :- TONTON DISINI

Anwar turut mendesak Putrajaya untuk lebih tegas dan tidak hanya bercakap mengenai kepelbagaian kaum dan menolak ekstrimisme tetapi tidak bertindak ke atas mereka yang berbuat demikian.

Beliau berkata para ektrimis itu, sebenarnya menyokong kerajaan.

Sabtu lalu, seorang perwakilan Gerakan dalam mesyuarat agung tahunannya mengingatkan pemimpin Umno untuk tidak menggunakan kenyataan “pendatang” kepada bangsa lain.

Ini kerana, kata perwakilan Johor Tan Lai Soon (atas), orang Melayu juga sebenarnya pendatang di negara ini.(mkini)





Tuesday, 21 October 2014

GEMPAR: WAKIL RAKYAT PAKATAN CURI DANA SKIM USIA EMAS

SALAH SEORANG WAKIL RAKYAT PAKATAN CURI DANA SKIM USIA EMAS, DIA WARGA EMAS KER?


Kemusykilan berkaitan dana
Skim Mesra Usia Emas – Fasa II yang salurkan kepada ahli-ahli parlimen Wilayah Persekutuan


Tujuan saya membuat laporan ini adalah supaya pihak polis menyiasat beberapa persoalan yang timbul berkaitan dana tersebut yang disalurkan kepada ahli-ahli parlimen tertentu di daerah-daerah Hulu Langat, Gombak dan Petaling:

i) Bolehkan dana negeri Selangor di salurkan kepada ahli-ahli parlimen di Wilayah Persekutuan?Disertakan bersama Surat dari Perbendaharaan Negeri Selangor bertarikh 13 Disember 2013 kepada pengurus cawangan Ambank En Teoh Chook Keat yang memohon membuka akaun bagi skim Mesra Usia Emas (SMUE) di atas nama ahli-ahli parlimen Wilayah Persekutuan iaitu MP Cheras Tan Kok Wai, MP kepong Tan Seng Giaw, MP Batu Tian Chua, MP Wangsa Maju Dr Tan Kee Kwong, MP Bandar Tun Razak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, MP Seputeh Teresa Kok, dan MP Segambut Lim Lip Eng.

Kemusykilan timbul apabila dana yang dituju kepada MP Pandan Rafizi Ramli di minta disalurkan kepada akaun yang dibuka di atas nama Muhammad Firdaus Bin Hashim.

Atas kapasiti apa dana di salur kepada seseorang yang bukan seorang wakil rakyat? Dan mengapakah akaun proxy dibuka bagi pihak YB Rafizi?

ii) Di minta pihak berkuasa siasat aliran wang dari akaun-akaun Ambank berikut yang dibuka khas untuk menyalurkan dana Skim Mesra Usia Emas :

a) Nombor akaun 8881000095855 (MP Seputeh Teresa Kok)
b) Nombor akaun 8881000012992 (MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar)
c) Nombor akaun 8881000252390 (MP Kepong Tan Seng Giaw @ Tan Chun Tin)
d) Nombor Akaun 8881000253337 (MP Wangsa Maju Dr Tan Kee Kwong

iii)Tujuan saya memohon aliran dana ini disiasat adalah kerana difahamkan akaun dana Skim Mesra Warga Emas yang dipegang Dr Tan Kee Kwong kemungkinan besar telah disalahgunakan.Persoalan ini timbul berikutan surat Firma Guaman Bon Advocates yang dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bertarikh 14 Ogos 2014 yang mempertikaikan tindakan Dr Tan Kee Kwong, yang juga merupakan pengerusi lembaga disiplin PKR, memecat Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR dan sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat secara tidak sah.

Menurut Firma Guaman Bon Advocates Dr Tan Kee Kwong yang menerajui Lembaga Disiplin PKR telah melanggar perlembagaan PKR kerana Tan Sri Khalid dibuang dari PKR tanpa mengikut peraturan parti.

Ini menimbulkan persoalan kenapakah Dr Tan Kee Wong tergesa-gesa memecat Tan Sri Khalid Ibrahim daripada parti PKR. Adakah kerana ingin menutup sebarang salahlaku melibatkan dana Skim Mesra Usia Emas seperti yang dicadangkan oleh Firma Guaman Bon Advocates?

iv) Difahamkan juga terdapat keraguan di dalam jumlah keluaran wang dari Akaun Ambank bernombor 8881000253337  yang dibuka khas untuk dana Skim Mesra Usia Emas (yang di pegang oleh MP Wangsa Maju Dr Tan Kee Kwong) kerana jumlah yang dikeluarkan tidak bersamaan dengan peruntukan RM2,500 yang ditetapkan di bawah skim tersebut untuk diberikan sbg khairat kematian warga emas.

(Disertakan bersama Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil 4 tahun 2013 yang jelas menyatakan apabila ahli meninggal dunia, penama yang berdaftar boleh menuntut sumbangan khairat kematian atau manfaat sebanyak RM2,500).

Difahamkan jumlah yang tidak bersamaan dengan RM2500 di keluarkan daripada akaun tersebut pada masa-masa tertentu dari mesin-mesin ATM dari pelbagai lokasi termasuk Klang, Penang, Sentul, Setapak, Wangsa Maju, Kajang, dan Kota Kinabalu.

Demi kepentingan rakyat, tolong siasat sama ada penerima-penerima bantuan ini berada di lokasi-lokasi berlainan selaras dengan lokasi mesin-mesin ATM dimana wang dikeluarkan, atau adakah wang tersebut digunakan untuk kegunaan yang berlainan daripada tujuan asal.

SUMBER: KLIK

Friday, 10 October 2014

#Bajet2015: Jangan lupa saksikan live streaming Bajet 2015


Jangan lupa untuk sama-sama menyaksikan pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat hari ini. Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Mohd Najib berkata kerajaan kini dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi sasaran defisit fiskal, termasuk mengurangkan angkanya kepada 3.5 peratus menjelang akhir tahun dan tiga peratus menjelang akhir 2015.

PM juga menegaskan mengenai pentingnya langkah berterusan untuk mengurangkan defisit kerajaan bagi memastikan negara mencapai bajet seimbang menjelang 2020.

Beliau juga berkata Bajet 2015 merupakan belanjawan "pro-rakyat" yang meliputi langkah bagi mengurangkan beban kos hidup.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Bajet kali ini membawa berita gembira kepada seluruh rakyat Malaysia.


Tarikh        : 10 Oktober 2014 (Jumaat)
Masa         : 4.00 petang
Tempat     : Parlimen Malaysia

Boleh tonton di link yang disediakan:



Thursday, 9 October 2014

PAS SEMAKIN HANCUSSSSS

PAS KINI DI AMBANG KEHANCURAN!


Pas kini dilihat semakin  parah dan berdarah apabila perpecahan yang secara terang-terangan dilakukan oleh ahli2 mereka sendiri..bukan saja ditikam ahli sendiri malahan sekutu-kutu mereka iaitu PKR dan DAP.. tikam belakang, tepi, kiri, kanan, itu semua mainan mereka.kalau masuk hospital la, Pas ni dah kategori hidup bergantung pada mesin je..bila-bila je boleh
.
.
.
.



Perpecahan kepada banyak team, team anwarinas, team ug, team majlis syura ulamak, team ustaz muda yang masing-masing mempunyai ideologi  tersendiri dan tidak selari dengan perjuangan Pas masa kini. 

Pasma pula seakan virus menular dalam kepimpinan Pas Pusat dan virus ini muka menular ke Kelantan. Ada bekas exco kanan Pas mula membuka ruang untuk Pasma bergerak bebas di Kelantan dan ada usaha untuk menggulingkan Presiden Pas serta menjatuhkan kerajaan  Pas Kelantan.

Husam Musa pula seolah tidak peduli dengan Pas Kelantan apabila tidak di lantik exco dalam kerajaan negeri Kelantan, malah mengambil peluang menghentam kerajaan pas kelantan dalam sidang dun. Husam dibiar keseorangan seoalah dipulau dan tindakan ini menyebabkan Husam hanya membaling batu dan menyembunyikan tangan dan membuat exco yang ada sekarang kalut dan rimas serta meluat dengan bekas anak emas Mursyidul Am Pas ini.


Gerakan membalun Nik Abduh Nik Aziz Ahli Parlimen Pasir Mas pula di lakukan dengan menaikkkan sepanduk-sepanduk keji dan hina dalam mengecam MP Pasir Mas tersebut. Mereka seolah menyesal mengundi Nik Abduh pada Pru 13 baru-baru ini.

Perpecahan demi perpecahan berlaku menyebabkan pengundi muda mula muak dan tidak tahu halatuju parti yang sebenar. 

Hudud hanya tinggal slogan sahaja, di PRK Pengkalan Kubor Hudud hanya di baju untuk di jual kepada penyokong, tidak ada usaha untuk merealisasikan hudud. 

Royalti pula menggila dengan tindakan karut marut dengan membuat replika mayat, menanam mayat, dan pelbagai lagi cara keji dan hina dalam kempen menuntut royalti, sedangkan perkara ini sedang dibincang di Mahkamah. 

sebab itu jangan suka mendoakan keburukan orang lain. doa sebegitu tak diangkat ke langit sebaliknya terpantul ke muka sendiri.


Pas diambang kejatuhan yang teruk .
Aktivis Pas 


Wednesday, 8 October 2014

PESTA ARAK: SUDAH TAKUTTT TERUS TUKAR IKLAN!





Tidak sampai 24 jam selepas Kosmo! mendedahkan mengenai penganjuran pesta mabuk arak di Selangor, pihak yang terlibat dengan acara Oktoberfest mula takut apabila bertindak menurunkan papan iklan gergasi di Jalan Subang, Seksyen U2, Shah Alam.

Tinjauan semula wartawan Kosmo! di lokasi tersebut mendapati papan iklan gergasi Oktoberfest yang sebelum ini didakwa telah dipasang sejak hujung bulan lalu telah digantikan dengan iklan promosi makanan secara bufet sebuah hotel di Shah Alam.

Timbalan Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad mendakwa, siasatan awal pihaknya mendapati papan iklan gergasi Oktoberfest yang mencetuskan kontroversi itu telah dipasang tanpa kebenaran MBSA.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.





Semalam Kosmo! pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mengecam tindakan kerajaan negeri Selangor membenarkan pesta jualan arak Oktoberfest diadakan di negeri ini sejak bulan lalu tanpa mengira sensitiviti umat Islam.

Menurut mereka, sikap biadab kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat membenarkan promosi pesta anjuran Carlsberg Malaysia itu secara keterlaluan tidak patut berlaku.

Oktoberfest merupakan pesta jualan arak yang menjadi tradisi turun-temurun di Jerman dan cuba dikembangkan di negara ini secara terbuka oleh syarikat pengeluar arak ternama itu.

Lebih menyedihkan, kerajaan negeri Selangor memandang sebelah mata terhadap tindakan penganjur menyewa papan iklan gergasi milik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Jalan Subang, Seksyen U2 untuk mempromosikan iklan festa tersebut sedangkan majoriti penduduk Shah Alam adalah orang Islam.

Presiden Pertubuhan Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDS), Rosdi Long berkata, kebenaran bagi pemasangan papan iklan Oktoberfest di sekitar bandar raya Shah Alam seolah-olah menggalakkan orang Islam di Selangor menyertai aktiviti mempromosi minuman keras terbabit.







Tuesday, 7 October 2014

CABAR PAS KELUAR PR -MESEJ ANWAR MELALUI LENSA

Satu cabaran paling berani dikemukakan Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya ia terus mewujudkan konflik dalaman sesama parti berkenaan.

Cabaran itu dikemukakan dalam memorandum 3 halaman yang dikemukakan kepada Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur, 30 September.

Telah didedahkan sebelum ini, perkaitan LENSA, SMM, PASMA dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selanjutnya, sila baca,”Ulama Mula Beri Perhatian Penetrasi Anwar Terhadap Kader-Kader PAS.”

Facebook ‘Kami Semua Fadil‘ berkata perdebatan Ustaz Fadil dengan Pengarah Eksekutif LENSA, Safwan Anang telah membuka satu rahsia tentang ‘tangan ghaib’ di belakang NGO itu.

“Pengorbanan besar Us Fadil ialah mempertaruhkan nama baik dan reputasinya di Shah Alam untuk mempertahankan PAS dari serangan konspirasi yang melibatkan LENSA, PASMA dan tangan tangan ghaib di belakang mereka.

“Tindakan Us Fadil telah membongkarkan siapa LENSA dan hubungamnya dengan pemimpin pemimpin tertentu. Sekarang semua orang mengenali siapa sebenar Safwan Anang dan rakan rakan beliau.

“Safwan Anang boleh mengadakan perjumpaan tertutup bersama Anwar Ibrahim dan beberapa kerat Pimpinan PAS. Namun, kepelikan pula tidak dapat menyuarakan pendapatnya.

“Amat malang, Safwan Anang membawa suara suara ahli wacana, forum LENSA kpd PAS dan TGHH. Malah dalam memo 3 helai tersebut, terang terang menyalahkan TGHH, Nik Abduh, Us Nasaruddin Tantawi, Dr Zuhdi dan menyembunyikan kesalahan oramg lain seperti hanipa maidin, lim guang eng, khalid samad, saari sungip, hasnul baharuddin.

“Jadi, suara siapa Safwan Anang dan LENSA wakili?
“Mudahnya…. suara yang mahu menjatuhkan TGHH,” dakwanya.