Wednesday, 8 October 2014

PESTA ARAK: SUDAH TAKUTTT TERUS TUKAR IKLAN!





Tidak sampai 24 jam selepas Kosmo! mendedahkan mengenai penganjuran pesta mabuk arak di Selangor, pihak yang terlibat dengan acara Oktoberfest mula takut apabila bertindak menurunkan papan iklan gergasi di Jalan Subang, Seksyen U2, Shah Alam.

Tinjauan semula wartawan Kosmo! di lokasi tersebut mendapati papan iklan gergasi Oktoberfest yang sebelum ini didakwa telah dipasang sejak hujung bulan lalu telah digantikan dengan iklan promosi makanan secara bufet sebuah hotel di Shah Alam.

Timbalan Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad mendakwa, siasatan awal pihaknya mendapati papan iklan gergasi Oktoberfest yang mencetuskan kontroversi itu telah dipasang tanpa kebenaran MBSA.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.





Semalam Kosmo! pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mengecam tindakan kerajaan negeri Selangor membenarkan pesta jualan arak Oktoberfest diadakan di negeri ini sejak bulan lalu tanpa mengira sensitiviti umat Islam.

Menurut mereka, sikap biadab kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat membenarkan promosi pesta anjuran Carlsberg Malaysia itu secara keterlaluan tidak patut berlaku.

Oktoberfest merupakan pesta jualan arak yang menjadi tradisi turun-temurun di Jerman dan cuba dikembangkan di negara ini secara terbuka oleh syarikat pengeluar arak ternama itu.

Lebih menyedihkan, kerajaan negeri Selangor memandang sebelah mata terhadap tindakan penganjur menyewa papan iklan gergasi milik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Jalan Subang, Seksyen U2 untuk mempromosikan iklan festa tersebut sedangkan majoriti penduduk Shah Alam adalah orang Islam.

Presiden Pertubuhan Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDS), Rosdi Long berkata, kebenaran bagi pemasangan papan iklan Oktoberfest di sekitar bandar raya Shah Alam seolah-olah menggalakkan orang Islam di Selangor menyertai aktiviti mempromosi minuman keras terbabit.







1 comment:

  1. Kalau la Oktoberfeast ni dibat masa BN memerintah dulu, nescaya riuhla Khalid Samat kutuk UMNO kaw kaw kata UMNO tak Islam dan macam2 lagi. Tapi bila mereka benarkaN, JAWAPANNYA masyarakat majmuk pulak. PAS oh PAS. Hanya orang bodoh saja yang setia dengan parti PAS

    ReplyDelete