Showing posts with label kes liwat. Show all posts
Showing posts with label kes liwat. Show all posts

Thursday, 6 November 2014

Tian Chua semakin gila!





Tian Chua mengajak anak-anak Melayu-Islam supaya turun di jalanan memberontak dan menjatuhkan sebuah kerajaan umat Islam jika pemerintah ini menjatuhkan hukuman ke atas pesalah liwat.

Dulu Tian Chua pernah menuduh kerajaan Malaysia melakukan sandiwara politik dengan sengaja mewujudkan insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu.


Tian Chua si kapir harbi ini juga pernah berikrar menjatuhkan PM Najib dengan cara apa sekalipun.

Kapir harbi ini konsisten dengan matlamatnya walau dengan cara apa sekalipun.

Apakah dengan menghuru-harakan Malaysia dengan bantuan wang-wang haram pihak asing hingga menghancurkan Malaysia itu boleh membebaskan dan menyelamatkan ale uto Anwar Ibrahim?

Adakah Tian Chua dan segala perosak yakin andaikata BN dijatuhkan dengan cara haram ini pihak polis, tentera, penyokong-penyokong BN, alim ulama anti liwat dan anti pluralisme akan berdiam diri menikus tak akan balas dendam?

Wei Tian Chua... lu jangan yakin sangat!

Apakah kita tidak mahu belajar sejarah kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir, Muammar Ghadaffi di Libya dan kemusnahan negara Syria hingga mewujudkan gerila militan IS?

Amankah negara-negara tersebut kini?

Hutang semakin bertambah.

Penggangguran kian meningkat.

Kehidupan rakyat bertambah susah.

Akhirnya pihak asing menguasai sumber ekonomi negara tersebut

Tetapi pemimpin pemberontak hidup mewah dan menggila.

Gila kuasa, gila seks, sibuk kumpul kekayaan dari harta rampasan perang.

Mungkin itu matlamat si Tian Chua....negara musnah regim baru muncul dia akan hidup senang lenang.


Sunday, 26 October 2014

Rakyat sudah muak! tak sabar mahu lihat Anwar ke 'dalam'




28hb dan 29hb Oktober ini adalah 2 hari yang sangat penting bagi menentukan nasib hidup politik Anwar Ibrahim. 

Dan itu pun jika ianya tidak ditangguh lagi. 


Tarikh-tarikh itu adalah bagi Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan terakhir veteran politik, 
Anwar Ibrahim tentang sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas 
pembantunya, Mohd Saiful Bukhari pada 26 Jun 2008.



Sebelum itu, 3 anggota panel Mahkamah Rayuan telah memutuskan Anwar Ibrahim 
bersalah. Tetapi Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan hukuman penjara itu 
sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dengan jaminan RM10,000 denganseorang penjamin.



Dokumen lengkap kes liwat Anwar Ibrahim adalah 85 mukasurat. Kita boleh baca di sini : 




Di bawah adalah tarikh-tarikh penting di mana kes liwat Anwar Ibrahim ditangguh banyak kali
Dan mereka masih lagi tabur fitnah kononnya sistem kehakiman tidak adil!







Dan di bawah adalah hukuman yang telah dijatuhkan kepada Anwar Ibrahim :

Setelah mempertimbangkan permohonan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, kami kenakan hukuman lima tahun penjara. 

Dengan menjatuhkan hukuman tersebut, kami telah mengambil kira keadaan dalam pelakuan kesalahan itu, betapa seriusnya kesalahan itu dan pertimbangkan mereka dibandingkan dengan kepentingan awam. 

Kami juga telah mengambil kira hukuman maksimum penjara bagi kesalahan ini adalah 20 tahun dan responden juga dikenakan sebatan. 

Namun memandangkan peruntukan s.289 dari kanun tatacara jenayah, responden telah terlepas dari hukuman sebat. Pada pandangan kami, hukuman penjara lima tahun akan menjadi matlamat keadilan dan proporsional dengan kesalahan yang dilakukan.

Anwar Ibrahim terlepas hukuman maksimum 20 tahun dan sebatan. Sebaliknya, dihukum 
penjara 5 tahun.

Kiraan matematik mudah sudah dapat menjangka politik peribadi Anwar Ibrahim akan malap di dalam penjara, jika beliau disabitkan dengan kesalahan meliwat oleh Mahkamah 
Persekutuan. 

Dan tatkala itu, Anwar Ibrahim sudah berumur 72 tahun, satu usia yang sudah tua untuk 
terus berpolitik agresif seperti sekarang. Dan jika dipenjara, terputuslah politiking Anwar 
Ibrahim kecuali khabar-khabar daripada keluarga dan rakan-rakan yang datang menziarah.

Maka timbul satu persoalan besar, apakah Anwar benar-benar sudah bersedia menyerah diri untuk dipenjara jika didapati bersalah? 

Setelah berpuluh-
puluh kali keluar masuk Mahkamah dan tertangguh lebih daripada 2 tahun, apakah Anwar 
akan akur menerima sahaja berada di dalam penjara?

Atau ada pelan lain?

Tambahan pula, rakyat sudah muak dengan politik Anwar dan Pakatan pembangkang..

#Masuk le penjara tu.. biar aman Malaysia ni
#Banyak masa rehat di dalam tu nanti banyak-banyak la beribadat.. bukan berpikir macam mana nak hancurkan negara ni untuk kepentingan sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...