Showing posts with label PAS PERAK. Show all posts
Showing posts with label PAS PERAK. Show all posts

Tuesday, 16 September 2014

BOTOL MINERAL LAGI BANYAK DARI AHLI MUKTAMAR DEWAN PEMUDA

4 FOTO, BEBERAPA PERWAKILAN PEMUDA PAS KELUAR DEWAN KETIKA MAT SABU SELAKU TIMBALAN PRESIDEN PAS MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS PUSAT.





Kira-kira 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar dewan tersebut ketika Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyampaikan ucapannya.

Mereka memakai jaket warna hitam bertulis 'kami bersama Presiden dan Majlis Syura.'

Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak sehaluan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama PAS berhubung isu menteri besar Selangor.

Kebanyakan mereka dipercayai perwakilan dari Pahang, Terengganu dan Selangor.

Mereka bertindak keluar meninggalkan dewan sebaik sahaja Mat Sabu memulakan ucapan perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS pusat.

Beberapa di antara mereka yang keluar itu enggan memberi komen.

Friday, 4 April 2014

HUKUM HUDUD KE PARLIMEN - PAS SELANGOR PUJI LANGKAH PAS KELANTAN

PAS SELANGOR SOKONG LAKSANA HUDUD HASIL KERJASAMA MB DENGAN PM


PAS Selangor menyokong langkah kerajaan Kelantan untuk membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke Parlimen dalam masa terdekat.
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, PAS Selangor turut menyambut baik hasrat kerajaan Persekutuan mahu membantu hasrat kerajaan Kelantan tersebut.
“PAS Selangor berharap pembentangan rang undang-undang ini akan mendapat laluan baik untuk diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat bagi memberi kuasa kepada kerajaan Kelantan melaksanakan enakmen tersebut.
“PAS Selangor yakin kerajaan Kelantan jika diberi peluang menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, maka negeri Kelantan akan menjadi contoh terbaik negeri yang dapat menyelesaikan masalah gejala sosial dan mendapat keberkatan Allah S.W.T,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Beliau mengulas pengumuman Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bahawa kerajaan negeri akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) berhubung hukum hudud.
Rang undang-undang itu akan dibawa ke sidang Parlimen bagi mendapatkan kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.
Kata Ahmad, sebahagian besar jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera, dan membunuh di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan sebagaimana diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code).
Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini bagaimanapun menegaskan, DAP bertegas membantah rancangan kerajaan Kelantan tersebut dengan mendakwa hukum hudud tidak sesuai diamalkan pada zaman sekarang.

Monday, 25 November 2013

Cetusan Rasa Pemuda PAS...


 



PAS BARUA DAP



SHAH ALAM 23 Nov. - Seorang perwakilan hari ini menarik perhatian Muktamar Tahunan Pas Ke- 59 apabila beliau membangkitkan isu berhubung Pas sebagai barua DAP dan pembonceng kepada pakatan pembangkang.

Ketika membangkitkan isu itu wakil Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad mendesak barisan kepimpinan parti wajar menangani kedua-dua isu tersebut dengan segera.

Jika perkara itu tidak dilakukan beliau berkata, ahli-ahli Pas berhak menukar kepimpinan yang sedia ada.

"Kedua-dua isu ini sangat kritikal dan sangat besar kesannya. Oleh itu jika Pas gagal selesaikannya menjelang Pilihan Raya ke 14 (PRU-14) kita akan gagal ke Putrajaya, " katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Stadium Malawati di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan Kamaruzaman turut mengingatkan kepada semua perwakilan bahawa Pas tidak boleh meninggalkan asas perjuangannya iaitu menegakkan syariat Islam.

"Jangan kita lupakan perjuangan menegakkan Islam hanya semata-mata kita mahu ke Putrajaya. Jangan kita tinggalkan syariat Islam di pintu pagar ke Putrajaya.

"Kita sebenarnya amat bertanggungjawab dalam menegakkan Islam di tengah-tengah masyarakat. Kita juga bertanggungjawab menunjukkan keadilan Islam kepada setiap rakyat," ujarnya.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa Pas bukan sebuah parti yang berjuang atas sebab isu tetapi berdasarkan kepada perintah agama.

Sementara itu, wakil Pulau Pinang, Mohd. Nor Haron berkata, segala jasa dan pengorbanan Pas Pulau Pinang telah diketepikan begitu sahaja oleh rakan pakatan pembangkang sebaik sahaja negeri itu dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Malah tegas beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP telah meletakkan Pas sebagai rakan kongsi utama pakatan dalam kedudukan lebih rendah dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Mohd. Nor, pihaknya tidak berhasrat membawa perkara itu kepada media namun segala saluran rasmi yang digunakan langsung tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.

"Pas hanya diberi kerusi sebagai ahli majlis PBT (pihak berkuasa tempatan) tetapi empat kerusi diberikan NGO, adakah ini batu nisan yang hendak diberikan kepada Pas?," katanya.

Tegasnya, sebagai rakan kongsi utama pakatan, Pas sewajarnya diberi peranan besar sebagai pembuat dasar bersama tetapi yang berlaku adalah sikap 'double standard' kerajaan negeri dan berlakunya campur tangan.

"Tetapi bila hendak hampir PRU-13, mereka berjumpa kita terangkan manifesto, tetapi bila berdepan dengan kemenangan, kita disingkirkan, apakah Pas telah menjadi musuh lagi besar daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...