Saya tak berhasrat utk
membuka pekung atau mengungkit segala kisah lalu. Tapi bila Saifudin
Nasution dan Rafizi Ramli mula mengungkit stand mulia PKR di
Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan
situasi antara Selangor- Kedah itu tidak wajar. PKR tidak berada dalam kondisi
yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB Kedah pada masa itu atas banyak
faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati tetapi sikap
sebenar PKR sgt busuk hati dan keji tetapi bertopeng kononnya atas nama
perjuangan rakyat!
Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU12 dulu adalah hari2
membilang kerusi. Allahyarham Ust Azizan, MB Kedah akan bertanya hampir setiap
hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah
kerusi DUN yang PR ada?
Di mana si Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR termasuk Anwar Ibrahim
yang minta PAS supaya mencontohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor
sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?
Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR,
menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan PR supaya jangan tumbang di
tengah jalan.ADUN2 PKR Kedah ketika itu amat keji dgn cubaan melompat,
merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk
menyeberang.
Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK
Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu si
Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution ada di mana? Membisu dan langsung tak
bersuara!
Sorang ADUN yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat,
menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak...lalu jadi senjata
musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya DSAI telah arahkan dia
meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau
lepaskan jawatan Exco sahaja.
DSAI tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika,
menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama
melarikan dia daripada komplot BN yang bersiap utk membawanya ke Putrajaya,
hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya -
memujuk, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan
jawatan, menenangkan anak isterinya, menguruskan hotel persembunyian, makan
minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya,
menguruskan segala makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak
isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung!
PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak
PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki ADUN PKR yang belum melompat...
PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang ADUN PKR yang telah keluar
iklan insolvensi (kebankrapan) diakhbar hampir seratus ribu. MB terpaksa diam
saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah
syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu-
untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran ADUN-ADUNnya?
Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin
meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan
anggota unit keselamatan Amal PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau
pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap. Tugasan ini tidak perlu dilakukan
pun jika ADUN-ADUN PKR tidak membuat onar bertemu utk berunding dengan
broker di Kelab Cinta Sayang! ADUN PKR ini mengugut macam2. Sebulan lebih
mereka ke hulu ke hilir meninggalkan keluarga dan kerja, pimpinan PKR di mana?
PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas
ADUN yang Anwar arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di
India, atas janji mereka kepada pengorbanannya.
Uruskan belanja dan keperluan bulanannya sehingga habis penggal, termasuk
penyediaan tempat tinggal (rumah) dan hutang piutangnya! Bukan sedikit, beratus
ribu! PKR di mana masa itu? Bukanlah dia orang PKR?
Saya tidak bermaksud mengecilkan pengorbanannya, saya salute kesanggupannya,
tapi sayang! PKR di semua peringkat telah mengabaikan nasibnya yang telah
berkorban untuk partinya. Ada sesiapa dari PKR yang pernah bertanya khabar anak
isterinya?
Selama dua bulan lebih dia menjadi pelarian atas kehendak PKR di India, anak
isterinya tinggal di mana? Kamilah yang menguruskannya! Pernahkan si Rafizi
atau
Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar,
bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh
berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka?
Pernahkan penganut Hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba
kepayahan, menempatkan 'tokong' dan bersembahyang di ruang tamu rumah si Rafizi
di depan anak dan isterinya? Si Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas
kencing budak kaum India di rumahnya? Jawapannya..mereka ni peduli pun tidak,
apalagi bertanya!
Apa lagi PKR buat untuk Kedah?
Sepanjang sejarah PR jadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan
bulanan sorang sorang Exco drp PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya...
Pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu. Elaunnya sekitar RM17 ribu,
tuntutan perjalanannya mencecah RM23 ribu! Siapakah yang menutupi keaiban besar
ini?
Lima ADUN PKR yang asal dan seorang yg menang PRK Bukit Selambau, enam semuanya
pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri! Tidakkah ini pelik! Tidak bertolak
ansurkah lagi PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang
mengizin/mengarahkan tolak ansur ini kalau bukan Presiden PAS, tempat tumpah
kesetiaan dan kepatuhan MB Kedah masa itu.
Mungkin tak cukup kerusi Exco, berebut pulak hendakkan jawatan Senator sampai
seorang Ketua Cabang PKR sanggup keluar parti sewaktu PRK Bkt Selambau. Mereka
menuntut macam-macam keistimewaan untuk diri sendiri dan kaumnya yang belum
dapat dipenuhi, MP Padang Serai keluar parti. MP yang jarang pedulikan kawasan,
tidak pernah turut serta dalam program peringkat kawasan dan negeri, tapi
meminta peruntukan itu dan ini, akhirnya melompat jugak...
Adakah si Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah
orang-orangnya? Adakah si Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas
karenah yang dibuat oleh ADUN-ADUN PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak
pernah walaupun sekali..!
SAIFUDIN DAN RAFIZI TERPAKSA MAKAN TAHI SENDIRI, TAK MAMPU MENJAWAB
Belanja program parti
PKR pun minta daripada PAS, termasuk belanja kontinjen PKR Kedah ke PRN
Sarawak. MB terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR
melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya, atas alasan PKR tiada
belanja nak uruskan parti. Bila lulus dengan harga yang sama dengan pihak lain
(RM16 ribu sehektar), diulang lagi memohon pengurangan harga pula. PAS Kedah
tidak pernah mengambil kesempatan jenis ini! PKR tidak malu pun untuk
mengulang meminta.
Ahli2 Majlis PBT PKR hampir sama ramai dengan PAS walaupun kerusi mereka hanya
lima berbanding PAS yg ada 16 kerusi, MKK pun begitu juga... Belum saya
ceritakan gelagat Ahli Majlis PKR yang berniaga dan melindungi perniagaan
sendiri atas kapasiti mereka di PBT. Tak diberi muka maka pelbagai ugutan yg
mereka keluarkan. Siapakah mereka kalau bukan pimpinan PKR?
Ustaz Azizan terpaksa menebal muka mempertahankan pencalonan Darjah Kebesaran
(Dato') untuk orang-orang besar PKR dihadapan Tuanku Sultan memandangkan belum
ada jasa untuk disenaraikan. Hanya ada jawatan dalam parti yang jarang diambil
kira oleh pihak istana.Saya boleh senaraikan penerimanya kalau mahu, termasuk
yang kononnya bercakap pandai itu. Mereka meminta secara direct tanpa ada
perasaan bersalah dan malu..Siapa mereka ini kalau bukan pemimpin-pemimpin
Cabang PKR??
Bintang-bintang dan pingat yang lebih kecil tak perlulah disebutkan.
Berebut-rebut dan merajuk kalau tak dapat, marah kalau orangnya tak lekat,
mahunya pada pingat dan kebesaran bagai semut menghurung gula! Sungguh memual
dan memalukan perangainya para pemimpin PKR ini!
PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah
ini. Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung,
terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS seperti menjadi
hamba. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan
PR dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam...
Dengan karenah yang berbagai-bagai itu, patut saja mereka tidak ikut campur
dalam krisis yang dicetuskan oleh seorang ADUN PAS dan sekelompok pengikutnya
tentang kedudukan MB!
Kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba
bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu.
Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!
Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati
mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB
Kedah masa tu?
Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota
dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan
semuanya?
Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor
karenah ADUN dan MP PKR yang melompat. Ia membangkitkan kebencian dan meluat.
Walaupun menang di kerusi mereka apabila mengemukakan semua muka baru,
bekas-bekas ADUN yang tidak dicalonkan melepaskan semua jawatan dalam
parti. Pengundi Melayu yang menyimpan geram dan meluat dengan gelagat PKR
menghukum calon-calon PR di kawasan-kawasan Melayu, PAS lah yang menanggung
akibatnya! Ada hati nak mengungkit? Tak malu?
Hari ini tokoh yang mengarahkan PAS Kedah terus bersabar, mengarahkan MB Kedah
terus bertolak ansur untuk memelihara kukuh Pakatan Rakyat di Kedah pada waktu
lalu sedang diberi kata dua, di suruh menjawab itu dan ini hanya kerana dia
menyatakan keputusan partinya. Saya menanggung perit yang tersimpan selama ini
hanya kerana susuk ini yang mengarahkan MB meraikan saja kelemahan, menutup
kekurangan dan menampung apa yang kurang pada mereka. Itulah dakwah politik
kita masa itu. Itulah toleransi Presiden PAS yang dipatuhi oleh Almarhum Ustaz
Azizan.
Tak ada sedikit rasa malukah dengan kebaikannya selama ini mengarahkan segala
kelemahan dan kekurangan malah kesialan kamu diraikan saja malah ditutup? Bila
lemah meruntun bila rasa kuat mula jalan pun mulalah mendongak!
Sedar dirilah wahai PKR dan DAP!
Sanusi
Mantan
Setiausaha Politik
Almarhum
Ust Azizan
No comments:
Post a Comment