Anwar belum puas hati senarai calon
Anwar Ibrahim tidak akan bertolak ansur mengenai kelayakan pimpinan PKR yang akan bertanding terutama untuk barisan pemuda dan wanita. Kelayakan seseorang calon merupakan faktor utama yang akan memastikan kemenangan parti itu dengan memantapkan kewibawaan calon-calon yang dipilih.
Bagaimanapun, senarai pimpinan wanita dan pemuda yang dikemukakan setakat ini masih tidak mencapai sasaran seperti yang dijanjikannya sebelum ini.
“Senarai setakat ini menunjukkan kuota pemilihan calon pemuda tidak sampai 10 peratus dan begitu juga dengan wanita. Kita telah menjanjikan sebelum ini kuota wanita adalah 30 peratus.
“Tidak adil mengetepikan anak-anak muda dengan hanya menempatkan calon lama sahaja. Suara anak muda inilah yang akan mewakili semua kaum kerana parti kita didominasi golongan muda berbanding parti lain,” katanya.
Beliau berucap demikian ketika me-rasmikan penutupan Konvensyen Keadilan Perak dengan tema Memacu Keadilan dan Kedaulatan Rakyat di Dewan Chin Woo pada 23 Jun 2012
Anwar telah mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekiranya dibuat pada Julai ini.
“Kita tidak menolak pilihan raya ini akan diadakan seminggu sebelum Ramadan. Sekiranya ia tidak berlaku, ia suatu bonus kepada kita kerana kita telah bersedia.
“Jangan terkejut sekiranya Sabah akan memberi kejutan pada pilihan raya nanti dengan menempelak kekuatan Umno dan BN di negeri itu,” katanya.
Katanya, pimpinan PKR harus mengambil peluang meletakkan calon yang setia kepada parti selain mempunyai integriti dan berwibawa dalam kepimpinan.
TAK HABIS HABIS NAK MESONGKAN KEPADA HOTAK PENYONGKONG KONGKEK KUAT DEPA NIE..SAMPAI BILA ANWAR NAK KELENTONG HANYA DIA YANG TAU..YANG PASTI PENGIKUT KONGKEKUAT DEPA AKAN TERUS MENYANJUNG TINGGI PEMIMPIN BERKATA BOHONG INI..
No comments:
Post a Comment