Monday, 13 March 2017

JARI PALSU LAGI?

FITNAH BESAR PKR MENJELANG PRU 14 : KONONNYA ADA JARI PALSU DARI CHINA DI BAWA MASUK KE MALAYSIA.

Akhbar keadilan minggu ini sudah mengeluarkan siri provokasi dan rekacipta fitnah menjelang PRU 14.

Dilaporkan dalam akhbar mereka, jari palsu dari china di bawa masuk untuk PRU ke 14.

Jika berdasarkan sistem pilihanraya di Malaysia, pengenalan mencelup jari ke dalam dakwat hitam sudah diimplementasikan perlaksanaannya pada PRU 13 yang lepas.

Halaan tajuk besar akhbar keadilan ini sebenarnya cuba mencipta persepsi kononnya bakal berlaku pengundian berulang kali oleh 'pemilik jari-jari' yang berkenaan kerana jari itu adalah baru dan tidak bertanda dakwat hitam.

Berdasarkan foto yang digunakan oleh akhbar tersebut, sebenarnya jikalau diselidiki punca foto itu, ianya menyamai satu artikel terbitan ABC news yang disiarkan pada tarikh 7 jun 2013.

Apa pun gambar jari itu sebenarnya PKR telah cedok dari sebuah laman web luar negara klik sini.


Artikel mengenai jari palsu di Jepun ini menyentuh mengenai siri-siri kes pemotongan jari oleh kumpulan Yakuza terhadap bekas ahli mereka yang melanggar peraturan Yakuza.

Konsep potong jari ini digelar ' yubitsume ' yang akan memotong setiap jari ahli Yakuza jika berlaku pengulangan kesilapan/keingkaran terhadap kumpulan mereka.
Kepada akhbar keadilan, anda perlulah lebih tenang dan jujur dalam menyampaikan berita.

Kaedah mencipta persepsi dan fitnah yang menghala provokasi tidak sepatutnya berlaku dalam sistem pilihanraya malaysia yang amat adil dilaksanakan oleh SPR.

Jika pilihanraya tidak adil sepertimana SPR difitnah, takkanlah pada PRU 2008 dan 2013 pembangkang terus menang di Selangor dan Pulau Pinang ??


No comments:

Post a Comment