BR1M: Kerajaan Mahu Bantu Rakyat Yang Memerlukan Bukan Yang Malas
- BR1M adalah polisi
bantuan menangani kos sara hidup yang pertama kali diperkenalkan di negara ini.
- Negara kita telah
beberapa kali mengalami masalah inflasi pada zaman Tun Mahathir, Tun Abdullah
dan Najib Razak.
- Hanya Najib Razak
memperkenalkan skim bantuan ini bagi membantu golongan sasar iaitu keluarga
yang berpendapatan bawah RM 4,000.00.
- Pemberian BR1M
bukan "sedekah politik" tetapi satu penyusunan sosial rakyat yang
berteraskan wang kerajaan.
- Justeru pemberian
BR1M harus mematuhi garis panduan dan prosedur supaya ia mencapai golongan
sasar. Ia tidak boleh dilakukan secara mudah atau sambil lewa atas alasan tidak
mahu menyusahkan rakyat.
- Jika anda
benar-benar memerlukan bantuan ini maka ikutlah peraturan dan kehendak yang
telah ditetapkan.
- Sejak awal BR1M,
pemohon BR1M perlu mendaftar dan mengisytiharkan pendapatan dengan Lembaga
Hasil Dalam Negeri (LHDN). LHDN ialah pihak yang layak menentukan jumlah
pendapatan anda dan sama ada anda layak menerima BR1M.
- Jika anda atau
pasangan anda mendaftar syarikat dengan SSM dan tidak menghantar penyata
kewangan, maka LHDN tidak dapat mengesahkan pendapatan anda. Jadi
permohonan anda tidak boleh diproses atau terpaksa ditolak
- Jadi jika tiada
perniagaan dan tidak mahu menyediakan laporan penyata kewangan anda, tutup
sahajalah perniagaan tersebut.
- Tidak perlulah
maki-maki kerajaan kononnya tidak prihatin kepada orang miskin. Jika anda boleh
daftar syarikat di SSM, mengapa anda tidak boleh laporkan kewangan anda kepada
SSM seperti mana syarat dalam penubuhan syarikat.
- Paling tidak,
apakah anda boleh daftar syarikat tetapi tidak boleh berusaha menutupnya?
- Ia bukan soal
menyusahkan sesiapa. Tapi jika kita mahu bantuan kenalah ada usaha
sedikit.
- Orang buta pun sanggup
jalan jual tisu, ramai pula yang buka syarikat maki-maki kerajaan kerana mereka
tidak mahu usaha sikit memenuhi prosedur untuk bantuan.
No comments:
Post a Comment