Tuesday, 29 September 2015

BEKERJA CARA DAP - PASTI KAYA KAYA KAYA

EXCO-EXCO DAP P PINANG KAYA MENDADAK
 my massa 
Jadryn Loo Hooi Yee – Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Danny Law Heng Kiang, Exco Pelancongan Kerajaan Pulau Pinang kerana mempunyai anak yang berjaya dan terkenal, muda serta tampan.
Apabila saya melihat foto anak Danny Law yang berjaya, Nigel Law, yang turut tersebar di laman sosial, perkara pertama yang saya fikirkan ialah seorang lagi anak Pulau Pinang yang berjaya, Jho Low.
Di ketika Jho Low terkenal kerana berparti dengan selebriti seperti Paris Hilton, Lindsay Lohan seperti tiada esok, Nigel Law tidak jauh berbeza dengan longgokan botol wain Moet & Chandon terpapar.
Ia tersebar di laman sosial mendakwa 100 botol minuman arak wain Moet & Chandon dijamu di sebuah kelab terkemuka di Kuala Lumpur, Providence bagi meraikan harijadi anak Danny Law ini.
Bagaimanapun, saya kurang pasti dengan dakwaan itu namun melihatkan kepada akaun Instagram milik Nigel Law, ia bagai mengesahkan dia menyambut harijadi awal di Providence dengan foto dia dikelilingi gadis jelita dan seksi serta minuman arak Moet.
Kerana ingin tahu lebih lanjut, saya turut memeriksa akaun Facebook Nigel Law. Saya mendapat tahu sama ada dia memiliki sebuah salon rambut untuk kenamaan, Blonde & Brunette Malaysia di Gurney Paragon yang dirasmikan oleh bapanya, Danny Law pada 2013.
Selain itu, juga daripada Facebook Nigel Law, ialah fotonya bercuti dan menginap di hotel mewah, berjamu selera di restoran terkenal di Eropah dan banyak lagi foto dia berparti sakan, sentiasa dengan gelas di tangan.
Dan, memandangkan jam tangan dipakai ahli politik menjadi isu baru-baru ini, saya turut ternampak Nigel Law memakai Rolex Submariner.
Satu lagi foto yang dilihat di akaun Nigel Law yang saya kurang pasti sama ada dia atau orang lain memandu sebuah kereta jenis Bentley namun berdasarkan jam tangan di tangan kiri pemandu itu dan dipakai Nigel Law ketika bercuti di Siem Reap Disember lalu, serupa.
Jangan salah faham, saya bukannya cemburu akan ‘kejayaan’ Nigel Law.
Faktanya, saya kagum namum curiga!
Saya juga banyak bercuti di serata dunia, menjamu selera di restoran yang mendapat pengiktirafan bintang Michelin, menginap di hotel mewah, kapal persiaran dan keretapi seperti kabin penerbangan.
Saya bersyukur makan malam di Hotel J.W Marriot di Kuala Lumpur hampir setiap minggu dengan Chef Wong Wing Yuk secara peribadi menjaga hidangan saya. Saya bertuah dipandu oleh Azman dalam kereta Rolls Royce saya dan beberapa kereta lain. Saya juga selesa dengan koleksi jam tangan Patek Phillipe saya.
Sementara saya boleh memperincikan sumber kepada keselesaan dan kemewahan ini, dan bagaimana saya melalui kesukaran bagi mencapai apa yang saya miliki hari ini seperti rakyat Malaysia lain, saya curiga dengan ‘kejayaan’ Nigel Law.
Parti DAP sering mendakwa kerajaan mereka menguruskan wang rakyat dengan baik dan tidak menyalahgunakan kuasa, sentiasa bersih dan jauh dari rasuah serta mengenepikan pertolongan kepada ahli keluarga dan lain lain.
Mungkin ada satu keajaiban berlaku di sini di mana saya percaya kerajaan negeri dipimpin ketua mereka untuk menguruskan hal ehwal keluarga mereka juga, maka jika ada lebihan boleh diperolehi dan boleh dibelanjakan kemudian nanti sebab saya masih ingat Danny Law memulakan kariernya sebagai pegawai bank sebelum memenangi kerusi Dewan Undangan Batu Lanchang pada 1999. Dia bagaimanapun tewas pada 2004 namun berjaya merampas semula kerusi itu pada 2008 sebelum dilantik sebagai ahli Exco kerajaan negeri Pulau Pinang.
Jadi Danny, bolehkah anda berkongsi dengan kami, cerita mengenai kejayaan anak anda, Nigel Law? Kisah kejayaannya tentu menarik apatah lagi ketika saya mengenali anda semasa di DAP dahulu, anda masih memandu Proton Wira dan tinggal di sebuah pangsapuri kos sederhana di Greenlane.
Anda juga sangat cemburu dengan saya, seorang gadis muda berusia 22, baru pulang dari New Zealand dengan dua ijazah, memandu sebuah Toyota Camry baru dan tinggal di Gurney Drive. Dan saya berterima kasih kepada datuk dan ayah saya, yang berjaya dalam bidang perniagaan mereka.
Anda boleh katakan saya berjaya kerana bapa saya, dan saya akui, saya akan sentiasa berterima kasih kepadanya.
Saya masih ingat pada satu ketika, anda turut meminta saya untuk lebih bersederhana kerana mengatakan terdapat ramai yang cemburu akan saya. Dan selepas saya keluar daripada DAP, anda ada menyebut masih cemburu dengan saya dan kejayaan saya.
Mungkin anda terlupa anda menyatakannya kepada wartawan dan kenalan anda. Saya, saya adalah ketua kepada wang saya, dan saya tiada apa hendak disembunyikan, dan bagaimana agaknya anda hendak menyuruh saya untuk berpura-pura?
Tidakkah anak anda sudah menunjukkan, kekayaan yang diperolehi daripada titik peluh kita mesti dibelanjakan demi keselesaan dan kemewahan dalam hidup, yang sangat tipikal bagi generasi X dan Y?
Aiyaa Danny Law, daripada cemburu pada saya, lebih baik anda berkongsi kisah kejayaan Nigel Law supaya kisahnya boleh dijadikan sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia bagaimana hendak menjadi kaya tanpa mempunyai kaitan dengan Barisan Nasional yang korup sebagaimana dakwaan parti anda.
Rasanya saya boleh menganjurkan satu bengkel dan seminar juga, bagaimana hendak menjadi sangat kaya sebelum usia 30 tanpa pengaruh bapa.
Ia mampu menjana pendapatan daripada penganjuran bengkel seumpama itu pada hari ini, dan saya yakin orang ramai akan beratur panjang daripada Jelutong hinggalah ke Johor Bahru untuk mendapatkan tiket masuk bagi mengetahui kisah luarbiasa Nigel ini.
Atau mungkin boleh masukkan sekali seminar bagaimana menjadi kaya dalam program Lawati Pulau Pinang yang dikendalikan jabatan anda, serta promosi istimewa bagi mendapatkan khidmat merias rambut di Blonde & Brunette? Blonde & Brunette tidak mengenak caj RM1,200 hanya untuk mewarnakan rambut bukan? Atau caj lebih tinggi memandangkan sewa mahal di Gurney Paragon?
Atau Danny Law, adakah anda akan berkata masyarakat tersilap orang? Atau berkata foto Nigel Law yang tersebar di internet bukan anak anda tetapi foto yang sudah dimanipulasi orang Barisan Nasional? Tetapi saya tidak fikir ia foto yang sudah diubah. Ia adalah anak anda. Mungkin anda terlupa yang saya pernah berjumpa Nigel ketika rumah terbuka Tahun Baru Cina.
Dan oh, baru saya treeing anda ada menyebut, Nigel Law Hun Chuen dilahirkan pada 1989!
Maka Danny Law, ahli Exco yang dihormati daripada kerajaan Pulau Pinang yang bersih, adakah anda bersetuju untuk berkongsi kisah kejayaan anak anda, Nigel Law dengan rakyat Malaysia? Parti anda sentiasa mengaku akan ketelusan bukan? – mynation.my/
_______________________________________
Jadryn Loo adalah bekas ahli politik aktif di Pulau Pinang dan kini seorang peguam. Beliau menuntut undang-undang dan sains politik ketika di New Zealand dan turut aktif dengan arena politik di sana ketika pentadbiran Perdana Menterinya, Helen Clark. Beliau adalah seorang yang cepat belajar dan suka membaca dengan pelbagai minat. Politik sebahagian daripada darah dagingnya sejak kecil. Suka mengembara dan mengumpul teko diperbuat daripada tanah berwarna ungu. Beliau menulis pandangannya di http://jadrynloo.blogspot.my

No comments:

Post a Comment