Thursday, 2 October 2014

HARGA MINYAK & PETROL NAIK, KITA PULA JANGAN NAIK MINYAK


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengumumkan harga petrol RON 95 dan Diesel akan naik sebanyak 20 sen mulai 12.01 pagi ini (2 Oktober 2014).

Dengan kenaikan ini maka harga petrol RON 95 akan menjadi RM2.30 seliter berbanding RM2.10 se liter sebelum ini. Harga sebenar RON 95 jika tanpa subsidi adalah RM2.58. 

Maknanya Kerajaan Malaysia masih memberi subsidi pada RON 95 sebanyak RM0.28 se liter.

Manakala harga diesel naik dari RM2.00 kepada RM2.20 se liter. Harga sebenar diesel ikut pasaran semasa adalah RM2.52. Maknanya kerajaan masih memberikan subsidi RM0.32 seliter


Harga bagi RON 97 pula kekal RM2.75 per liter harga September 2014 setelah mengalami penurunan harga dari RM2.87 pada April 2014. 

Harga RON 97 diapungkan tanpa subsidi dan mengikut harga pasaran semasa dunia.

Sebelum ini kenaikan harga RON 95 dan Diesel berlaku pada 3 September 2013 yang menyaksikan perubahan harga RON 95 dari RM1.90 kepada RM2.10 se liter dan diesel dari RM1.80 kepada RM2.00 se liter.     

Meskipun terpaksa mengurangkan dana subsidi yang menyebabkan harga petrol dan diesel naik, namun kerajaan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion untuk subsidi RON 95, Diesel dan gas LPG tahun ini.

Ini dilakukan agar harga bahan-bahan api ini diikat kekal pada harga yang ditetapkan oleh kerajaan dan tidak berubah oleh kenaikan semasa global.


Menjerit melalak macamana sekalipun harga bahan api tetap naik. Tetapi kitalah yang kena berubah sikap berhemat dalam berbelanja seharian, berjimat cermat jangan membazir.

Di negara lain macam Indonesia, Filipina, Thailand, Jepun, Korea, Taiwan bahkan Amerika sekalipun rakyatnya marah sebab harga minyak naik dan mereka tukar kerajaan, namun harga tetap naik tak turun-turun. 

Akhirnya rakyat dah penat berdemo, mereka menjadi lebih berdaya saing dan lebih kreatif.

Pembangkang mungkin janji akan turunkan harga minyak...tetapi banyak mana subsidi negara akan disalurkan pada bahan-bahan api ini?   

Maka berderulah kenderaan beratur isi minyak di pam stesen nak rebut harga lama...tapi isi penuh tangki sekalipun adakah hari-hari lain tak akan isi minyak?  

Tokey minyak tersenyum stok lama habis...esok stok baru harga baru tetap ada orang membeli.

Tokey-tokey Cinabeng DAP tersenyum riang boleh naik harga barang kasi rakyat marah sama kerajaan.

Di sempadan para penyeludup tetap nak seludup minyak subsidi kita kerana harganya masih murah berbanding di negara-negara mereka.

Hari makin berlalu, walaupun beberapa kali kerajaan kurangkan subsidi yang menyebabkan harga minyak naik, namun hidup tetap mesti diteruskan.

Yang terus menerus turun dan tak berhenti turun adalah hujan dan salji...

Mungkin ada khabar berita yang baik semasa perbentangan Bajet 2015 pada 10.10.2014 nanti...Insya Allah.

SUMBER: KLIK



No comments:

Post a Comment