Tuesday, 19 August 2014

KRISIS MB SELANGOR: APA HIKMAH PADA KITA...?



Kekadang geleng kepala melihat kemelut parti tongang terbalik...keluarga 69 PKR dan Pakatan Rakyat.

Mereka bersorak sorai meraikan pusingan  U-Turn pihak PAS menolak Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. 

Masih belum habis mabuk ketum mereka, hatta di masjid dan surau mereka bukan beriktikaf, berzikir dan beribadah tapi berbalah mengenai krisis MB Selangor.

Memang krisis MB Selangor ini melekakan kita dengan politik dunia...

Mungkin hilang nikmat malam lailatul qadar dan puasa Ramadhan yang lalu...

Hilang simpati pada mangsa dan keluarga tragedi MH17...

Hilang simpati dan keprihatinan kita pada nasib Gaza yang ditindas oleh rakan Anwar di Israel...

Bahkan hilang nikmat Hari Raya...pertemuan keluarga menjadi perbincangan politik malah adakalanya membawa masam muka bila hal-hal keluarga dilupakan berbanding cerita politik.

Ada yang kata meloponglah UMNO dan BN untuk memulakan gagasan kerajaan perpaduan PAS-UMNO di Selangor.


Ada yang kata, PAS berjaya dipermainkan oleh Anwar dan DAP.

Tapi yang paling menarik ramai juga yang kata Tan Sri Khalid adalah Menteri Besar yang tiada tandingannya hingga UMNO Selangor pun tiada siapa yang boleh nak banding dan lawan... 

Namun kuasa dan perancangan Allah itu yang terbaik. Khalid akhirnya 'dibunuh' karier politiknya oleh partinya sendiri...bukan oleh UMNO atau BN kerana Khalid lebih mementingkan rakyat berbanding sikap nepotisme dan kronisme Anwar.   


Tak perlu UMNO dan BN bersusah payah membenam Khalid. Namun sebagai umat Islam kita bersimpati dengan nasib Khalid yang teraniaya itu.

Khalid doeulu-doeulu ditatang... kini ditendang!

Akibat Khalid diterajang dan menjadi ADUN Bebas, maka PKR dan PAS pun berpecah belah. Semuanya akibat dibuat sendiri oleh tangan Anwar. UMNO tengok jer...

Kerana Khalid juga dipecat dari PKR, maka kerusi parlimen pembangkang menyusut dari 88 kepada 87 sahaja. Sebelum ini mereka kalah di PRK Parlimen Teluk Intan. 

DAP dah kena, PKR pun terkena akibat sendiri gatai tangan. PAS pun akan kena macam nasib mereka di Kedah dulu...

Adakah Khalid akan dibayar Anwar untuk u-turn bagi mengekalkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak di tangan PKR...Wallahualam!  hehehe...



No comments:

Post a Comment