Wednesday, 13 August 2014

ANWAR MENGAMOK MENUNJUK-NUNJUK KHALID




Wakil PAS tidak hadir dalam mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat (PR) di ibu pejabat PKR malam semalam bagi membincangkan krisis menteri besar Selangor.

Menurut Mstar mesyuarat itu diadakan berikutan keputusan mengejutkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memecat enam exco kerajaan negeri seperti yang diumumkan petang Selasa.

“Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah pemimpin terawal hadir ke Ibu Pejabat PKR, kira-kira pukul 7.55 malam.

“Pemimpin lain yang menyusul termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali,” lapor portal itu.

Difahamkan satu sidang media akan diadakan pada pukul 8.30 malam tetapi sehingga kini mesyuarat masih lagi berlangsung.

Dalam sidang media selepas itu, Anwar yang kelihatan tidak ceria meminta empat Exco PAS supaya memboikot mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (exco) yang dijadualkan esok untuk membuktikan kesetiaan parti itu terhadap PR.

“Jika PAS setia bersama pakatan pembangkang, mereka harus menunjukkan sikap protes atau memboikot mesyuarat Exco pagi esok,” katanya pada sidang media tergempar itu yang dihadiri Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan lima daripada enam Exco yang dipecat, lapor MalaysiaGazette.

The Malaysian Insider pula memetik kenyataan Guan Eng yang mengkrtik Khalid berkaitan dengan pemecatan 6 Exco Selangor itu.

“Apabila surat pemecatan ini dihantar, DAP dan PKR tidak boleh menerima pemecatan ini kerana ia tidak adil dan boleh dipertikaikan daripada segi undang-undang,” katanya.

Menurutnya, tindakan Khalid itu tidak beretika serta tidak menghormati prinsip dan semangat demokrasi.

“Pemecatan ini adalah tidak beretika dan tidak menghormati prinsip serta semangat demokrasi.

“Ia membelakangi mandat rakyat yang diberi kepada Pakatan,” katanya.

Selain itu, Guan Eng turut mengungkit Khalid diangkat menjadi menteri besar Selangor sebelum ini hasil sokongan tiga parti komponen dalam PR.

“Khalid perlu ingat beliau jadi MB daripada Pakatan, beliau bukan MB sebab namanya Khalid kerana mewakili Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Siang tadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan medianya berkata PR sepatutnya mendahului apa yang akan berlaku dalam tempoh 24 jam akan datang dan bukannya menunggu keputusan mesyuarat PAS pada pada 17 Ogos ini.

“Pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang mesti bertindak pantas dan tepat serta tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan krisis Menteri Besar Selangor kerana masa adalah amat penting.

“Jangan biarkan apa yang bakal berlaku dalam masa 24 jam ini mendahului mesyuarat AJK Pas Pusat pada 17 Ogos sekali gus menentukan kelangsungan pakatan pembangkang,” katanya

Kit Siang tidak menolak kemungkinan berlakunya pembubaran Pakatan adalah disebabkan oleh kenyataan tertentu yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ini adalah sebabnya Muhyiddin sangat pantas mengisytiharkan sokongan tidak bersyarat 12 Adun Umno-Barisan Nasional kepada Khalid untuk kekal sebagai menteri besar,” katanya

Muhyiddin pada Isnin telah bahawa wakil rakyat Barisan Nasional Selangor akan menyokong Khalid sekiranya usul tidak percaya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.

Kit Siang berkata, kempen itu akan mendapat kekuatan dengan sokongan terbuka sesetengah pihak untuk mewujudkan “kerajaan perpaduan” UMNO-PAS.

“Kempen ini mula mendapat kekuatan dengan sokongan terbuka setengah pihak yang menyokong ‘kerajaan perpaduan’ walaupun berselindung disebalik terminologi konsensus nasional” katanya.

Gesaan sama turut dibuat oleh anaknya, Guan Eng dalam kenyataan media hari ini yang mendesak PAS agar tidak menangguhkan keputusannya dan harus mengisytiharkan sama ada parti itu bersama PR atau bersama UMNO untuk mendukung Khalid.

Katanya, dengan terus menangguhkan menyatakan pendiriannya, ia seolah-olah tidak mengambil kira tanggungjawab terhadap mandat rakyat Selangor yang memberikan PAS sebanyak 15 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum lalu.

Guan Eng berkata jika PAS menyebelahi Khalid dan bukannya Presiden PKR, Wan Azizah , tindakan itu akan mendorong ke arah perpecahan Pakatan.

“Jika PAS enggan merestui pertukaran menteri besar Selangor, dengan menggantikan Khalid dengan pilihan PKR Wan Azizah, ia akan segera memecahkan dan menamatkan Pakatan, di Selangor dan di peringkat nasional,” katanya, dilaporkan Malaysiakini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan Bernama berkata partinya belum berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ahad ini.

Kenyataan itu dibuat oleh Setiausaha Khas kepada Presiden PAS Zaihan Mohd Daud dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Semalam, Malaysiakini turut melaporkan Anwar terkedu sejurus selepas Khalid memberitahu bahawa Sultan Selangor berpuas hati dengan penjelasannya bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Dalam reaksi segeranya di Twitter, Anwar menjawab tweet sebuah portal berita yang melaporkan perkembangan itu, hanya dengan menulis dua tanda soal “??”.

Menjawab soalan sultan, Khalid menjelaskan, di sebalik pemecatannya daripada PKR, beliau masih memperoleh kepercayaan majoriti anggota dewan negeri.

Justeru, kata Khalid, sultan berpuas hati dengan penjelasan yang dipersembahkan dan selanjutnya memperkenannya terus memegang jawatan menteri besar.




No comments:

Post a Comment