Islam
dan Kebangsaan: Nik Aziz semakin meracau
Mungkin demam panasnya semakin tinggi tempias bahang PRU
13. Dalam ceramahnya yang terbaru Tok Guru PAS ini mendakwa sembahyang orang UMNO tak ada pahala
pula.
"UMNO tolak Islam,tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam."
"Kalau nak
boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano
(bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi
Muhammad SAW tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena
(macam mana) pahala kat orang tolak Islam,"
Sepatutnya ‘ahli-ahli
akedemik’ yang ‘cerdik’ dalam PAS sudah lama "sekolahkan" Nik Aziz supaya jangan
bercakap sesuatu yang beliau tidak faham. Tahukah dia erti ‘kebangsaan’ yang
jadi modal dia menghentam UMNO? Memang
patutlah rakan baik beliau (semasa dalam PAS),
Mohd. Nor Idris menempelaknya semasa PR Galas dulu “Nik Aziz, mu tobat
dulu sebelum mu mapoh…”
Mengikut Kamus Dewan: Kebangsaan 1. yg berkaitan dgn negara secara keseluruhan, nasional: Semangat 2. dipilih utk melambangkan keperibadian sesebuah negara spt bahasa,
pakaian, dsb: pakaian ~; bunga ~; bahasa ~; 3. yg dicipta khas utk dinyanyikan
sbg menyatakan taat setia kpd negara: lagu ~; Kamus Dewan Edisi Keempat
Semangat kebangsaan - semangat cinta terhadap bangsa dan
negara dan sanggup berjuang utknya.
Sebenarnya telah terbukti UMNO mengangkat kedua-duanya
sekali, Islam dan Kebangsaan. Jika dilihat kepada Perkara 3.3 asas dan tujuan UMNO
ditubuhkan adalah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam dan ayat
dalam perlembagaan UMNO ini langsung tidak terdapat dalam perlembagaan Pas yang
mengatakan mereka memperjuangkan Islam.
Nik Aziz tak faham yang Kebangsaan dan Islam perlu seimbang. Hubbul
watan minal iman bukankah bermaksud sayangkan tanah air sebahagian dari
iman?
Tanpa semangat kebangsaan, semangat cinta terhadap bangsa
dan negara dan sanggup berjuang adakah
kita akan dapat meneruskan amal ibadat dengan selesa? Sejarah penindasan terhadap umat Islam telah
berlaku di seluruh dunia dan sesiapa yang tidak mengetahui sejarah akan
melakukan kesilapan yang berulang-ulang . Contoh terakhir adalah yang berlaku
di Myanmar. Oleh kerana masyarakat Islam tidak berkuasa menentukan hak sebagai
penganut Islam, mereka ditindas oleh penganut agama lain. Sebab atau alasannya
sangat mudah, kerana mereka tidak berkuasa langsung di Myanmar.
Dalam banyak sejarah kebangsaan atau nasionalisme,
sejarah penubuhan negara Pakistan mungkin boleh membuka mata kita. Nasionalis
seperti *Choudhry Rahmat Ali telah merintis penubuhan Pakistan untuk
umat Islam yang berselerak di India yang akhirnya dapat bersatu di negara ini
dan memperkasakan syiar Islam. Jika mereka masih di bawah kuasa kerajaan India bolehkah
mereka menegakkan syiar Islam? Apakah
Nik Aziz lupa tentang penghinaan kepada umat islam di India apabila Masjid
Babri dibakar?
Realiti kehidupan tidak dapat menolak kepentingan
duniawi. Rasulullah SAW pernah bersabda: Beramallah seperti akan mati esok hari
dan bekerjalah seperti akan hidup seribu tahun lagi. Dan seribu tahun hidup membawa maksud tersirat
bahawa manusia tertakluk kepada hukum fitrah manusia: perlu makan minum,
pakaian dan tempat tinggal dalam suasana
yang sejahtera. Soalannya: adakah kita boleh hidup sejahtera tanpa negara
sendiri yang kita menentukan hala tujunya?
*Choudhry Rahmat Ali (Urdu: چودھری رحمت علی) (16
November 1895 – February 1951) was a Pakistani Muslim nationalist who was one of the earliest
proponents of the creation of the state ofPakistan. He is credited with
creating the name "Pakistan" for a separate Muslim homeland in South
Asia and is generally known as the founder of the movement for its creation. He
is best known as the author of a famous 1933 pamphlet titled "Now or
Never; Are We to Live or Perish Forever", also known as the Pakistan
Declaration. The pamphlet started with a famous statement: "At this solemn
hour in the history of India, when British and Indian statesmen are laying the
foundations of a Federal Constitution for that land, we address this appeal to
you, in the name of our common heritage, on behalf of our thirty million Muslim
brethren who live in PAKSTAN – by which we mean the five Northern units of
India, Viz: Punjab, North-West Frontier Province (Afghan Province), Kashmir,
Sind and Baluchistan."
Dalam penyelidikan yang dijalankan, Arkib Negara telah menemui dokumen
yang ditandatangani oleh seorang yang bernama Encik Mohamed bin Hamzah
dihantar kepada 'Clerk of Councils' , The Council Chamber, Kuala Lumpur,
memajukan cadangan rekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu. Salinan
lakaran Bendera Persekutuan Tanah Melayu juga telah diperolehi dari
koleksi fail Jabatan Kerja Raya, Johor yang ditandatangani oleh
Allahyarham Mohamed bin Hamzah. Tandatangan yang terdapat di dalam surat
di atas dan tandatangan pada lakaran bendera adalah sama.
Berdasarkan kepada penemuan ini, besar kemungkinan bahawa pencipta bendera Persekutuan Tanah Melayu itu ialah Allahyarham Mohamed bin Hamzah.
Kini kita perhatikan pula lihat pula prinsip-prinsip rukun negara yang mungkin segelintir dari kita tidak mengetahui secara lengkap dan menyeluruh :-
a)Kepercayaan kepada Tuhan
- agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.
- rakyat yang beragama mudah diurus.
- perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.
b)Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
- semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.
- Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri.
- Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.
- penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.
c)Keluhuran Perlembagaan
- perlembagaan merupakan undang-undang utama
- perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul
- rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya
d)Kedaulatan Undang-Undang
- rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.
- rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.
- rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.
e)Kesopanan Dan Kesusilaan
- rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila.
- ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.
- amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.Kita lihat pula apa yang dikatakan oleh mantan MB Perak di dalam sidang DUNApa punya sengal la si Nizar lambai aka sang kelembai nii...patut la 11 bulan je jadi MB Perak...Kita tonton pulak video kat bawah ni...Nizar ni jadi MB pun pasai sifat ihsan dari Sultan Perak kalau tak...jadi batang kayu le kau..
No comments:
Post a Comment