Monday, 11 March 2013

Kawasan Keselamatan Khas

Photo: 5 Daerah Diisytihar Kawasan Keselamatan Khas Sabah

Kerajaan mengisytiharkan lima daerah di pantai timur Sabah, sebagai Kawasan Keselamatan Khas Sabah. Ia bertujuan menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan berkenaan.

 DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
"Saya ingin beri keyakinan pada rakyat Sabah bahawa dalam soal keselamatan dan kedaulatan Sabah, kerajaan akan lakukan apa saja untuk jamin keamanan dan keselamatan dan kedaulatan Sabah. 

Untuk menyokong apa yang saya nyatakan sebagai pendirian kerajaan Malaysia, saya ingin umumkan kewujudan kawasan special security area, akan meliputi kawasan dari Kudat ke Tawau dan merangkumi Sandakan, Semporna, Lahad Datu dan Kudat, cadangan ini dipersetujui jemaah menteri dan hari ini saya umumkan hasrat kerajaan untuk wujudkan area ni dan akan ditempatkan di Lahad Datu".

Beliau menjelaskan, langkah itu bertujuan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan akan melakukan apa sahaja demi menjamin keamanan dan kedaulatan Sabah.

Ini adalah kali kedua kawasan seumpama itu diwujudkan, selepas kawasan kawalan keselamatan Rajang, Rascom, di Sarawak pada tahun 1972.

Pembentukan Rascom diisytiharkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, bagi menghapus ancaman pengganas komunis.

Photo: Semporna - Polis terus memburu suspek yang dipercayai terlibat secara langsung dengan pengganas Sulu dan turut disyaki menyalurkan maklumat keselamatan kepada mereka.Photo: UTK sangat terlatih dalam suasana OBUAPhoto: Semerah Padi masih belum aman sepenuhnya .... Jalak Lenteng mungkin ada dimana2 ...

No comments:

Post a Comment