Friday, 18 January 2013

Cerita Pasal Lemak


"Sesungguhnya banyak jaringan keselamatan yang disediakan oleh sektor korporat dan Kerajaan akan lenyap disebabkan persaingan global dalam dunia yang rata, tetapi sebahagian daripada bentuk perlindungan seperti itu masih perlu untuk dikekalkan, malah diperbanyakkan. Seseorang yang mementingkan kesihatan akan mengetahui bahawa, terdapatnya "lemak yang menyihatkan" dan "lemak yang membahayakan" - namun setiap orang pasti memerlukan sejumlah lemak. Begitu jugalah halnya dengan sesetengah negara dalam dunia yang rata. Keselamatan Sosial adalah "lemak yang menyihatkan". Kita perlu menyimpannya. Sistem kebajikan yang tidak menggalakkan orang ramai bekerja adalah "lemak yang membahayakan".
-Terjemahan dari Buku The World Is Flat karya Thomas L. Friedman

Apabila Bawani mula diangkat sebagai wira kerana memperjuangkan PENDIDIKAN TINGGI (YURAN UNIVERSITI) PERCUMA, MyMassa ingin bertanya kepada para penyokong Bawani dan pembangkang:

ADAKAH PENDIDIKAN TINGGI PERCUMA ADALAH LEMAK YANG MENYIHATKAN ATAU LEMAK YANG MEMBAHAYAKAN?

Bagi MyMassa, sistem pendidikan tinggi di Malaysia adalah LEMAK YANG MENYIHATKAN. Pendidikan Tinggi memang percuma jika anda mendapat kelas pertama. Pinjaman PTPTN akan ditukarkan kepada biasiswa.

Tetapi jika sistem pendidikan tinggi percuma tanpa mahasiswa perlu berusaha, yang gagal pun tak perlu membayar yuran, tidakkah ianya menjadi LEMAK YANG MEMBAHAYAKAN?


Baca seterusnya di sini : http://mymassa.blogspot.com/2013/01/lemak-yang-menyihatkan-listen.html


*Besor Sebelah kate : Pembangkang yang dah naik lemak sekrang ni.

No comments:

Post a Comment