Tuesday, 29 January 2013
Bior Betol! Pemimpin Pembangkang PATI?
Sarapan pagi hari ini, MyMassa hidangkan poster Pemimpin-Pemimpin Pembangkang yang harus dihadapkan ke RCI!
1) Badrul Amin : Baca disini http://mymassa.blogspot.com/2011/08/gempar-siapa-pemimpin-pembangkang-yang.html
2) Lahirul Latigu : Baca disini http://mymassa.blogspot.com/2013/01/rci-ketua-pemuda-pas-sabah-pendatang.html
3) Zairil Khir Johari :Baca disini http://mymassa.blogspot.com/2013/01/panas-pemimpin-dap-mangsa-pertama-rci.html
Pencacai Pakatan, jangan cuba nak spin plak. Kalau nak bangkang pun cuba bagi fakta. Jangan jadi macam lembu dicucuk hidung. Asyik angguk-angguk saja!
Credit to MyMassa
AHLI GUSTI DULU DULU
BINTANG GUSTI WWE 90AN - DULU VS SEKARANG (13 GAMBAR)
Banyak wrestler yang terkenal era 90-an sudah bersara. Ramai yang bersara kerana kecederaan teruk. Lex Luger contohnya bersara selepas serangan angin ahmar. Razor Ramon juga mengalami serangan jantung kerana penyalahgunaan steroids, dadah dan alkohol. The Giant Kamala diserang diabetes dan kehilangan dua belah kaki. Banyak lah cerita horro!
Monday, 28 January 2013
JOM BUBAR PARLIMEN 2013
Bubar Parlimen 22 Februari 2013 Ini? Barisan Nasional Terus Mendahului. Rakyat Malaysia Sudah Bersedia Menerima Pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak
Bubar Parlimen 2013 : Tahun Baru Cina bakal menjelang tidak lama lagi yang mana selepas daripada itu sehingga 28 April 2013 (mandat Datuk Seri Najib & kerajaan sekarang tamat), tiada lagi perayaan besar dalam tempoh tersebut. Dan sedang elok untuk diadakan PRU ke 13. Bahang pilihanraya umum sudah dirasai dan mula memasuki pusingan akhir sebelum semboyan dimainkan.
Dengan mengambil kira perkara di bawah ini, tarikh bubar parlimen 2013 dan tarikh penting untuk rakyat Malaysia menentukan halatuju negara untuk 5 tahun yang akan datang telah mula dipertimbangkan :
- Sesetengah ibubapa dan pelajar sekolah “beratur panjang” bagi mendapatkan bantuan RM100 yang sedang rancak diagihkan ketika ini (Seperti DI SINI)
- Rebat telefon pintar masih terus berjalan
- Pemberian BR1M yang akan bermula dijangka awal bulan Februari 2013 (Tarikhnya DI SINI)
- Dan…cuti sekolah Mac 2013 ini
- Hari terakhir untuk bubar Parlimen ialah 28 April 2013
- Penggal DUN Negeri Sembilan berakhir pada 27 Mac 2013
Bubar Parlimen 2013 : Tarikh-tarikh Penting
Berdasarkan maklumat yang tersebar ketika ini, dan kami rasa ada yang sudah sedia maklum dan ianya bukan sekadar cakap-cakap yang berlegar di kedai kopi sahaja. Beberapa tarikh-tarikh penting berkenaan Pilihanraya Umum telah pun dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk dipertimbangkan :
- Bubar parlimen : 22 Februari 2013 (Jumaat)
- Penamaan calon : 16 Mac 2013 (Sabtu)
- Hari mengundi Piliahnraya Umum ke 13 : 30 Mac 2013 (Sabtu)
Jadi mana-mana yang ada program-program penting telah pun sepanjang tempoh di atas, boleh susunkan semula daripada sekarang ini. Manakala kalangan penganalisis politik pula menjangkakan tarikh terdekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bubar Parlimen adalah sekitar 17 hingga 28 Februari 2013 ini. Jadi sememangnya tarikh bubar parlimen 2013 tidak akan lari daripada tempoh tersebut.
Tiada siapa pun akan mengatakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7. Pakatan masih lagi bertelagah dalam isu ini dan sekaligus menjadi buah peluru kepada DAP jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Najib Razak & Barisan Nasional Terus Mendapat Sokongan Rakyat..
- Barisan Nasional akan menerajui kerajaan dengan majoriti besar bersama-sama kemenangan di negeri Kedah, Selangor dan Perak
- Anwar Ibrahim akan bersara terus daripada politik negara dan bergelar pensyarah contohnya dek kerana kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13. Seperti yang Anwar Ibrahim pernah katakan (DI SINI)
Macam-macam boleh berlaku. Seperti mana yang berlaku ketika zaman Tun Abdulllah Ahmad Badawi menghadapi Pilihanraya Umum ke 12, di mana mendapat kajian populariti yang agak tinggi. Tetapi hakikanya di lapangan padang yang sebenar semasa PRU ke 12, apa yang berlaku? Sokongan populariti yang diwarwarkan sekarang samada mendahulu ataupun terus meningkat naik bukanlah satu “kayu ukur” yang sebenar. Tetapi yang bertitik tolak kepada pendirian, dan harapan anda semasa hari pengundian kelak?
P/S : Andakah sudah bersedia menghadapi saat-saat bubar parlimen 2013 tidak lama lagi? Sudah ada pilihan calon ahli politik mana dan parti politik mana yang bakal jadi pilihan anda?
PP/S : Belumpun belum lagi bubar parlimen 2013, kempen pilihanraya sedang rancak dijalankan ketika ini…
Panas Telinga Yob : Kene tipuuuu~~~ #rcisabah
Pengakuan Individu Ditipu Oleh Sindiket Penjualan IC! #RCI Sabah
Isu Kad Pengenalan dan kebanjiran pendatang asing di Sabah adalah satu bentuk peng"komersial"an Kad pengenalan. Kenyataan
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah jelas menunjukkan Tidak Wujud
apa yang dikatakan Projek IC oleh JPN atau pun Kerajaan Barisan Nasional. Apa
yang berlaku ialah Sindiket yang dibuat oleh individu-individu tertentu di
Sabah. Mereka ini yang kebanyakannya
sudah bermastautin lama di Sabah telah “mengkomersialkan” kononnya
mereka boleh mendapatkan IC dengan cara
mudah.
Sebuah
keluarga, Saudara Alif (nama sebenar), menyatakan kepada kami, dia kerugian
RM3,500 kerana mempercayai sindiket ini. Seorang lagi mangsa sindiket ini Puan
Berami (bukan nama sebenar) mengatakan beliau sudah mengeluarkan wang hampir
RM10,000.00 kepada sindiket-sindiket ini yang dikenali dengan nama “pengurus” kononnya
mereka mempunyai kenalan pegawai di JPN. Malah ramai lagi yang kami jumpa
menyatakan mereka tertipu dengan sindiket.
Sebaliknya,
Kerajaan Persekutuan sejak dahulu lagi sehingga kini dengan penubuhan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditransformkan oleh
kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional pada zaman Pak Lah, telah menangkap beratus-ratus
individu di Sabah sama ada di kalangan kakitangan JPN atau pun
individu-individu yang menjadi dalang sindiket IC ini.
http://mymassa.blogspot.com/2013/01/pengakuan-individu-ditipu-oleh-sindiket.html
WooooWWW Live From #rcisabah
LIVE (Legal Year) : Jawapan Peguam Negara ISU RCI Sabah
TAWAU, SABAH - Info yang kami terima daripada Ucapan Peguam Negara dalam satu Majlis Legal Year 2013 yang sedang berlangsung. Antara jawapan Peguam Negara apabila diajukan soalan oleh Para Wartawan adalah seperti berikut:
1. RCI melambangkan sikap keterbukaan Kerajaan Persekutuan, Perdana Menteri dan pihak Kehakiman Negara dalam isu IC di Sabah.
2. Tidak ada perkara yang hendak disembunyikan sebab itulah kerajaan mengambil keputusan mengadakan RCI.
3. RCI akan menerima sesiapa sahaja untuk bercakap, sama ada benar atau tidak benar, sama ada hearsay atau pandangan, berunsur politik atau tidak, yang penting RCI akan memberi peluang kepada semua pihak untuk menyampaikan pandangan mereka.
4. Pihak Kerajaan tidak akan mengganggu RCI menjalankan siasatan mereka. Mereka diberi kebebasan seluas-luasnya.
5. Semua keterangan yang direkodkan semasa prosiding RCI akan dipertimbangkan dan pihak RCI akan memberikan cadangan kepada Kerajaan untuk mengambil tindakan selanjutnya.
6. Jika terdapat kes yang melanggar Undang-undang pendaftaran, maka kes tersebut akan dibawa ke Mahkamah. Oleh itu, beri peluang kepada RCI untuk mendengar semua keterangan daripada semua pihak.
Kesimpulannya semua pihak harus bersabar menunggu hasil siasatan RCI Sabah ini. Janganlah kita terpengaruh dengan pihak yang cuba menangguk di air yang keruh.
RCI Sabah : Siapa pun yang salah akan ditangkap
RCI Sabah: Kerajaan Sedia Ambil Tindakan – Peguam Negara
TAWAU: Kerajaan bersedia mengambil tindakan terhadap apa jua laporan dan resolusi daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang sedang menyiasat kehadiran pendatang asing tanpa izin di Sabah, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Beliau berkata sekiranya terdapat unsur jenayah maka tindakan akan diambil dan jika didapati terdapat sesuatu yang tidak betul ia akan diperbetulkan.
“Ya (kita sedia ambil tindakan). Kita semua mesti ingat, kalau kesalahan jenayah, kita akan ambil tindakan. Kalau ada perkara yang tak betul akan dibetulkan. Itu janji kerajaan. Itu sebab kita ada RCI. Kalau kerajaan tak mahu buat (RCI), tak ada RCI.
“Tetapi kita mesti ingat, apabila kita bercakap tentang pendakwaan jenayah ini, kita kena tengok lagi adakah cukup bukti. Dalam RCI ini apa-apapun orang cakap boleh diterima, tanpa buktipun kita terima. Bukti keterangan khabar angin pun kita terima.
“Tapi untuk kita ke mahkamah, kita kena tengok keterangan yang boleh diterima. Itu kita mesti tengok tetapi itu bukan satu alasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap orang yang telah buat salah. Tak ada. Tetapi kita akan mengambil tindakan tetapi mesti mengikut lunas-lunas undang-undang.
“Jika saya tidak mengikut lunas undang-undang, orang akan kata, oh saya tak adil atau kerajaan tidak adil,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan pembukaan Tahun Perundangan 2013 di Mahkamah Tawau di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong dan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.
Sehubungan itu, Abdul Gani meminta semua pihak supaya memberi kepercayaan penuh kepada RCI berkenaan yang disifatkannya setakat ini telah melakukan siasatan yang benar-benar mendalam dan menyeluruh dengan semua perkara dikeluarkan.
“Semua orang pun tahu, ramai yang kena tangkap (termasuk) yang ada kad pengenalan pun dikeluarkan (dalam siasatan RCI). Itu menunjukkan ketelusan kerajaan. Satu lagi, kalau dipandang dari segi ini, itu adalah betul-betul janji ditepati kerana Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) berkata dia akan membuat satu RCI yang telus dan dijamin perkara ini akan dibuat dengan cara telus dan baik. Kalau tidak takkanlah semua perkara ini keluar,” katanya.
“Dan saya sangat bangga dan sukacita dengan perkara itu kerana itu yangkita mahu. Sebab apa, kebenaran pasti wujud sepertimana yang ada. Jadi kita tunggu. Lagi satu, jangan kelam kabbut memikirkan perkara itu. Kerajaan tidak akan membuat satu RCI, kalau kerajaan memang salah takkan kerajaan tangkap sampai 98 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,” katanya.
Menurut Abdul Gani mungkin ada kesilapan telah dilakukan sebelum ini dan kesilapan itulah yang ingin disiasat sama ada dilakukan pegawai-pegawai kerajaan, atau kerajaan sendiri ataupun ada unsur penipuan ataupun rasuah seterusnya diselesaikan yang akhirnya menggembirakan semua pihak.
“Dan kesilapan itu kita mesti dibendung, adalah penting bagi negeri ini (Sabah), ini negeri saya. Kita mesti lakukan sesuatu. Jadi janganlah kelam kabut, kita tunggu dan tengok (lihat), biarlah RCI itu buat kerjanya dengan baik,” katanya.
http://merdeka-online.com/home/rci-sabah-kerajaan-sedia-ambil-tindakan-peguam-negara/
Badrul Amin Pendatang ASING????
Malaysiakini Cuba Tutup Fakta dan Rahsia Sebenar Berkenaan #RCI Sabah.
Sebelum ini MyMassa keluarkan bukti bahawa Zairil Khir Johari hanya menjadi warganegara selepas diangkat oleh Khir Johari di sini : http://mymassa.blogspot.com/2013/01/panas-pemimpin-dap-mangsa-pertama-rci.htmlKali ini MyMassa bongkarkan bagaimana seorang pemimpin PKR pula mendapat kerakyatan secara 'tidak sah' mengikut definasi pembangkang.
Pemimpin yang ingin kami kongsikan di sini bukan calang-calang orangnya tetapi seorang Ketua Propaganda Pembangkang! Orang yang kami adalah Badrulamin bin Bahron, Pengarah Penerangan Pejabat MB Selangor.
Nama : Badrulamin bin Bahron
No. Kad Pengenalan : 611204-71-5327
Baca Seterusnya di
http://mymassa.blogspot.com/2013/01/malaysiakini-cuba-tutup-fakta-dan.html
PRIME NEWS!!!! KARPAL mengucap depan MURSYIDUL AM PAS
KARPAL MENGUCAP DI HADAPAN NIK AZIZ -
HILANG SENGKETA LAMA KITA BINA IMPIAN BARU
SIAPA KATA ORANG ISLAM KONGSI KUASA DENGAN ORANG KAFIR KITA JADI KAFIR..FITNOH BELAKO PUAK TU WEH!!!
Saya mengucap hari jadi pada mu..kekasih hati ku kekasih hati ku.... |
KUALA LUMPUR 27 Jan - Kejadian berlaku semasa menyambut hari jadi yang ke - 82 Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 3.00 petang, bergema kediaman Karpal Singh di Jalan Scotland Pulau Pinang...dengan ucapan Selamat Hari Jadi Nik Aziz....
Sambutan hari jadi ini menempa satu sejarah kerana diraikan bersama-sama dengan pemimpin DAP yang begitu disayangi oleh pemimpin PAS itu. Sifat mudah lupa pemimpin PAS dan sifat ingin membantu kafir harbi terserlah dengan contoh dan teladan yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS ini. Bagi ahli PAS dan juga penyokong PAS, mereka lebih rela menyambut hari jadi di rumah bersama-sama keluarga dengan bacaan doa selamat untuk diberkati urusan dunia akhirat...
*Tobat lahom la kalau lepas ni ada penyokong PAS menyambut harijadi di rumah kawan-kawan pakatan depa...tapi pemimpin dah tunjukkan contoh...maka akan harus diikuti oleh kaum-kaumnya
pun.
Lanjutan kepada pertemuan yang bersejarah itu, jelas menunjukkan kesatuan antara umat Islam dan Kapir Harbi tetap utuh walaupun tsunami melandai. Sekadar untuk ingatan, kenyataan ini dikeluarkan oleh individu yang sama2 meraikan majlis mengucap itu :- takan lupa kot ?
Sejarah juga telah membuktikan pada zaman dahulu kenyataan berupa hasutan telah pun dibuat untuk menyakini akidah umat ISLAM terutama ahli UMNO bahawa untuk menjadi kafir tak susah, kita kongsi kuasa terus jadi kafir...
Semoga air ludah yang di ada dilangit mintak2 jatuh juga kata batang idung dan hati perut pemimpin mereka itu.
Semoga memberi manfaat pada si pembaca.
Sunday, 27 January 2013
INI SEBENARNYA
PETIKAN DARI mymassa...
ISU RCI DI SABAH : HANYA KEBENARAN AKAN MEMBEBASKAN BELENGGU RAKYAT
Rakyat Malaysia samada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak perlu menunggu hasil siasatan dari Suruhanjaya Siasatan Diraja sebelum membuat apa-apa spekulasi dan kesimpulan mengenai motif di sebalik pemberian kad pengenalan Malaysia kepada pendatang asing pada masa lampau. Ini bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran jelas tentang apa sebenarnya berlaku.
Sekiranya testimoni dari sesetengah pihak diterima bulat-bulat sebagai perkara sebenar, kita mungkin terperangkap dengan mempercayai sumber yang belum tentu sahih daripada satu hakikat kebenaran yang rumit. Lagipun, kenyataan oleh beberapa saksi pada hari ketiga siasatan telah disangkal oleh testimoni berikutnya pada hari keempat dan kelima. Perkara sebegini merupakan kebiasaan dalam siasatan yang dikendalikan secara terbuka dan berhemah.
Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mengambil langkah berani dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat isu kontroversi yang telah menjadi perbalahan dalam politik di Sabah selama lebih dari tiga dekad. Langkah ini menunjukkan kesediaan Kerajaan untuk menerima kebenaran tanpa mengira implikasi yang bakal ditimbulkan. Kebenaran yang bakal terungkai dari hasil siasatan ini akan membebaskan penduduk Sabah yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama dari keraguan dan syak wasangka yang telah menjadi duri dalam daging kepada hubungan etnik di Sabah.
Namun demikian, dalam konteks ini, rakyat tidak seharusnya terlepas pandang mengenai satu aspek kritikal dalam pemberian hak kerakyatan kepada warga asing;iaitu sejumlah besar daripada pendatang asing yang memegang kad pengenalan merupakan mangsa perang berlarutan di Mindanao yang telah melarikan diri dari tempat asal untuk berlindung di Sabah sejak tahun 70-an. Aspek kemanusiaan ini merupakan pertimbangan utama dalam pemberian hak kerakyatan, terutamanya untuk negara seperti Malaysia, sebuah negara yang berpegang teguh kepada keadilan dan berbelas kasihan.
Menyorot kembali sejarah kemerdekaan negara pada tahun 1957, sejumlah satu juta penduduk Cina dan India yang bermastautin di Malaya telah diberi kerakyatan dalam sekelip mata. Ini berasaskan beberapa faktor tertentu seperti peranan dan kepentingan mereka dalam sektor ekonomi iaitu getah dan bijih timah, ancaman pemberontak komunis dan yang paling utama ialah perpaduan kaum yang telah disyaratkan oleh British untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sebagaimana pandangan dari Tun Dr. Mahathir Mohamad, kepimpinan UMNO pada masa tersebut juga telah bersedia untuk mengenepikan pemberian hak kerakyatan secara konvensional dalam usaha untuk menarik semua penduduk Tanah Melayu untuk turut sama memperjuangkan kemerdekaan. Pendekatan ini amat berbeza dengan kepemimpinan negara berbilang kaum lain dimana dikotomi atau pengasingan telah wujud di antara pribumi dan bukan pribumi hasil dari pemerintahan penjajah seperti Indonesia dan Myanmar. Di negara-negara seperti itu, peraturan pemberian kerakyatan amat ketat bagi memastikan asimilasi antara komponen kaum yang wujud.
Sebaliknya di Malaysia, pemberian hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu dan bukan Bumiputera telah mengubah lanskap negara sama sekali. Tanah Melayu yang telah wujud melalui Kesultanan Melayu sejak berkurun lamanya kini cumalah satu komuniti kaum Melayu di dalam pelbagai komuniti kaum lain yang wujud dalam negara. Dalam erti kata lain, pemberian hak kerakyatan secara mudah kepada orang Cina dan India telah mengubah sifat dan ciri utama pembangunan negara. Disebabkan inilah, cabaran terbesar negara sejak 55 tahun yang lalu adalah menyesuaikan hak orang Melayu yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu dengan kepentingan bukan Melayu melalui integrasi kaum memandangkan kesemuanya merupakan rakyat Malaysia.
Jika dilihat dari satu sudut, perkara yang sama juga berlaku di Sabah, di mana penduduk Sabah turut melalui satu perubahan akibat dari pemberian hak kerakyatan kepada pelarian daripada negara jiran. Kaum Bumiputra bukan Islam yang merupakan kaum terbesar di Sabah sewaktu pembentukan Malaysia pada tahun 1963, telah hilang majoritinya kepada Bumiputra Islam. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan bimbang dan runsing penduduk yang terdiridari kalangan pelbagai kaum dan situasi ini haruslah ditangani dengan bijak dan berempati.
Menyeimbang dan mengharmonikan kepentingan kedua segmen Islam dan bukan Islam serta elemen Bumiputra dalam perkara ini memerlukan ketangkasan dan kebijaksanaan kepimpinan negara.Dalam perkara ini, negeri Sabah amat beruntung kerana mempunyai tokoh pemimpin seperti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang dikenali kerana kematangan fikiran beliau dan pengalaman politik yang luas telah berjaya mengekalkan keharmonian kaum dan agama di Sabah.
*Artikel ini adalah terjemahan dari artikel yang ditulis oleh bekas orang kanan Anwar iaitu Dr. Chandra Muzaffar di sini : Yayasan 1Malaysia
Friday, 25 January 2013
Puak PAS Persenda TMJ Pulak!!! Saja Cari Pasal.
Puak PAS memang anti dengan Sultan agaknya..dulu Si Nizar buat hal dengan Sultan Johor.
Kali ni akhbar lidah bercabang Pas, Haramkah pulak kutuk anakanda Sultan Johor, Tengku Mahkota Johor (TMJ) mengenai insiden bawa askar ke stadium Kelantan..
Harakah cuba nak 'main api' pulak dengan TMJ ??
" Teman nunggu ajer Rimau Selatan mengaumm."
Kali ni akhbar lidah bercabang Pas, Haramkah pulak kutuk anakanda Sultan Johor, Tengku Mahkota Johor (TMJ) mengenai insiden bawa askar ke stadium Kelantan..
Harakah cuba nak 'main api' pulak dengan TMJ ??
" Teman nunggu ajer Rimau Selatan mengaumm."
MELAYU LEMAH, INI JADINYA..
Malas nak cakap banyak, pakatan PAS bersama DAP untuk road to Putrajaya macam tak pernah baca sejarah. Si kapir laknat ni ada agenda....kita orang Melayu nak bergaduh demi jawatan...tak payah la nak berebut..kerajaan sedia ada dah baik...apa yang kurangnya ialah pemikiran orang bawahan PAS yang mempertahankan tah hape hape tah..negara islam, negara islam...selama ini tak islam ke?
Sekadar renungan di pagi Jumaat ini, jangan la kita nanti menjadi negara Palestin yang dulunya ada tanah sikit sikit jual pada Zionis
Tak tau???? lu pikir la sendiri....
Add caption |
Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan
( 11 Mei Jalan Bukit Bintang )
KL sekarang Cina punya ( 11 Mei Jalan Changkat Dolah )
Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control ( 12 Mei Jalan Tunku Abdul Rahman )
Menggunakan slogan " Malai Si " yang membawa maksud " Mati Melayu
" Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu "
( 11 Mei Jalan Bukit Bintang )
Melayu keluar..Apa lagi duduk di sini, kita hentam lu..sekarang kita ada kuasa ( 12 Mei Jalan Khir Kampung Baru
....semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis ( 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu )
Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata mata lancau
Butuh Melayu, Malai si pergi mati Melayu (12 Mei Jalan Canvel )
Wednesday, 23 January 2013
HOT!!! Bukti Pencacai Pembangkang masih ada dalam Kerajaan BN Perak!!
Email besorsebelah telah menerima 2 keping gambar yang sangat menarik..ayat penghantar email tersebut seperti ini (copy & paste) :
Tuan BesorSebelah, pencacai pembangkang masih ada saki bakinya dalam Kerajaan BN Negeri Perak.
Tengoklah poster hendak suruh orang bayar cukai tanah dengan 'cara memaksa'. Ini bukan cara Kerajaan BN Perak melalui Pejabat Tanah nak minta rakyat bayar cukai tanah.
Kasihan dengan Y.A.B Menteri Besar Perak dengan barisan Exco nya membina kepercayaan semula rakyat Negeri Perak sejak 2009. Orang kerajaan yang macam ini boleh digelar pengkhianat. Lebih-lebih lagi ini dah dekat nak PRU13. Wallahu'alam.
Mohon Tuan sebarkan. Terima Kasih.
"Ater, memang teman udah jangke.Beware!!!"
Tuan BesorSebelah, pencacai pembangkang masih ada saki bakinya dalam Kerajaan BN Negeri Perak.
Tengoklah poster hendak suruh orang bayar cukai tanah dengan 'cara memaksa'. Ini bukan cara Kerajaan BN Perak melalui Pejabat Tanah nak minta rakyat bayar cukai tanah.
Kasihan dengan Y.A.B Menteri Besar Perak dengan barisan Exco nya membina kepercayaan semula rakyat Negeri Perak sejak 2009. Orang kerajaan yang macam ini boleh digelar pengkhianat. Lebih-lebih lagi ini dah dekat nak PRU13. Wallahu'alam.
Mohon Tuan sebarkan. Terima Kasih.
"Ater, memang teman udah jangke.Beware!!!"
Ustaz Nasha ikut PM lagii...!!!
Ustaz Nasharuddin Mat Isa ikut YAB PM lagi. Kali ni ke Gaza.
Sebelum nie dia ikut YAB PM ke Mekah..
Ustaz Harun Din, Timbalan Mursyidul Am Pas, tolong nasihatkan Ustaz Nasha ni.
Dia ikut YAB PM bincang calon Pas kat sana tuu..tak tau lah lepas ni kot-kot Ustaz Nasha ikut PM ke tingkat 8 PWTC pulak.
"Majlis Syura, bincanglah pemecatan Ustaz Nasha ni supaya dia tak terikat dengan Bai'ah Pas."
Tuesday, 22 January 2013
Surat, Dato' Haron Din dan Rakan-rakan
SURAT, DATO' HARON DIN :AHLI PAS SERU MENANGKAN UMNO ELAK KEMUDARATAN LEBIH BESAR
YBHG. DATO DR. HARON DIN, YB. DATO DR. HASSAN ALI, YB DATO NASHARUDIN MAT ISA LAMBANG SEBENAR |
Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.
Kepada Yang Dihormati,
YBhg. Dato' Dr. Haron Din, YB. Nasharudin Mat Isa, YBhg. Dato Haron Taib, YBhg. Dato Ismail Kamus dan YB. Dato' Taib Azamudin.
Terlebih dahulu kita bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah dan kurniaNYA, kita masih ada kesempatan untuk berdakwah, beristigfar, bermunajat dan berdoa kepada ALLAH SWT. Kita semua, baik UMNO dan PAS, telah berusaha sedaya upaya mengangkat martabat dan kesucian agama Islam dan umat Islam untuk mendapat keredaan ALLAH SWT.
Menurut seorang pemimpin pemuda PAS di Selangor, Cukup-cukuplah perkawanan dengan DAP, lihatlah mudarat yang akan datang jika Pakatan memerintah. PAS tidak mampu menasihati malah tidak ada kekuatan untuk memimpin Pakatan, sudah sampai masanya PAS keluar dari Pakatan. Sekaranglah masanya, bukan selepas PRU13. Inilah masa untuk menunjukkan perpaduan ummah, dan menghancurkan musuh-musuh Islam terutama DAP.
Di Kedah malah di Kelantan, tok-tok guru pondok, dan orang-orang tua yang berumur 60 dan 70 tahun di kampung-kampung jika dulunya penyokong kuat PAS, kini sudah mula berkata, "kalau beginilah PAS hari ini, baik kita keluar PAS dan buat parti PAS baru seperti dulu". Inilah suara-suara pendokong-pendokong PAS asal yang kecewa. Bukan saya yang berkata perkara ini, saya hanya menulisnya, yang menyebutnya kepimpinan pemuda PAS yang pernah menjadi calon dalam beberapa PRU yang lepas.
Lihatlah juga, apabila Majlis Syura memutuskan Tidak Boleh menggunakan nama ALLAH SWT sebagai gantinama kepada GOD (agama Kristian), DAP melalui Pengerusinya Memberi Kata Dua kepada YB Dato Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am) dan YB Datuk Hj Hadi Awang (Presiden) supaya menarik balik keputusan Majlis Syura itu.
Baca seterusnya di http://mymassa.blogspot.com/2013/01/surat-dato-haron-din-ahli-pas-seru.html
Monday, 21 January 2013
Gelombang Merah Kelantan - Gambar yang akan buat Nik Aziz Gelabah!
Rakyat Kelantan mahukan perubahan! Amaran jelas daripada rakyat Kelantan kepada Kerajaan Negeri di bawah PAS. Kedatangan Najib memberikan semangat baru untuk rakyat Kelantan bangkit menolak PAS yang selama ini menjanjikan bulan dan bintang tetapi Kelantan tetap berada di takuk yang lama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan jika BN berjaya menang di negeri itu.
Projek terbabit merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan membabitkan 3,000 unit.
Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.
TUKAR! Acu Test Sepenggal!
Saturday, 19 January 2013
Cerpen Allah ini menhiris jantung kita
CERPEN ALLAH INI MENGHIRIS JANTUNG KITA
RUMAH ALLAH ST. JOSEPH LIM GUAN ENG 20 OKTOBER 2027 |
Apa dah bertukar menjadi Shopping Complex. Ya sungguh cantik Shopping Complex itu kata hatiku "The Guan Eng Shopping Center" Alor Setar.
Di sekolah-sekolah berselang seli dengan sebuah rumah batu seperti gereja tertera papan tanda "Rumah Allah St. Joseph Lim Guan Eng". Hatiku berdebar-debar, semakin kencang, merah pipiku semakin marak. Aku tak tahu aku marah atau panas cuaca.
Tetiba seorang anak kecil berlari-lari anak dan terjatuh tersepak batu di hadapanku.
"Kenapa nak, mari atok tolong bangunkan", aku berusaha membantu.
ANAK TUHAN JESUS KONONNYA MENYELAMATKAN DALAM BUKU CERITA, PERISTIWA 20/10/2027 |
"Tak apa uncle, saya boleh bangun. Imam (Father) sudah tunggu di rumah Allah(Gereja)".
Aku termangu. Imam! Rumah Allah! Rumah Allah yang mana. Keliru.
Tiba-tiba bunyi loceng yang sangat kuat..ting ting ting ting ting ting ting ting ting ting ting ting ting...13 kali. Angka kesukaan Ortodok kataku. Aku tahu dulu aku belajar di West Ham ramai orang hitam di sana. Bukan Azan, Rumah Allah ada Loceng! Aku semakin keliru dunia baru ini.
Di tepi rumah Allah (gereja) itu, beberapa orang yang memakai baju putih dan hitam, yang wanitanya kelihatan seperti rahib-rahib di West Ham. Mereka menjual buku-buku, dan aku mencuri-curi pandang tajuk-tajuk buku mereka.
Hatiku semakin gamat panas dan membara. antara tajuk-tajuknya, Tuhan-Tuhan Jesus, anak-anak Tuhan Jesus, Bapak-Bapak Tuhan Jesus, Jesus-Allah, Allah, bunyi-bunyian, replika-replika, patung-patung Jesus semuanya bernamakan Allah.
MP7, MP20, CD, DVD, Thumbdrive semuanya bertemakan Allah. Ada tajuk-tajuk "Yesus Allah", "Allah Our God" dan banyak lagi. Merah mata kemarahanku melihat-lihat semua itu seakan aku mau membakar semuanya.
Ya Allah Ya Tuhanku, ampuni dosa-dosa hambaMU ini, mengapa semua ini terjadi ya Allah. Astagfirullah Al Azim.
Kemudian saya menghampiri pondok bas. Di situ dua anak kecil berumur agak-agak 7 atau 8 tahun sedang bercerita. Si Cina bernama Harry Ah Chong di nametagnya, si Melayu bernama Aminah sahaja.
BUKU-BUKU CERITA TUHAN JESUS ALLAH BIBLE STORY |
Harry Ah Chong : Minah mana Allah kau?
Aminah : Allah kami tak boleh nampak!
Harry Ah Chong : Teroklah Allah kamu, Allah kami boleh nampak. Ini tengok ne Allah kami boleh terbang, Allah kami boleh selamatkan orang sakit.
Aminah : Wah hebatnya Allah kamu...
Ait mata panasku menitis menjatuhi pipiku. Bagaimana ini boleh terjadi?
Komen Editorial Mymassa : Bersambung tak sanggup kami membacanya lagi....kamu mahu kami teruskan atau setakat ini sahaja?
***Peristiwa di atas berlaku pada 20 OKTOBER 2027 iaitu hari lahir Hj Hadi Awang yang ke 120 tahun.
Credit to http://mymassa.blogspot.com/2013/01/cerpen-allah-ini-menghiris-jantung-kita.html
Friday, 18 January 2013
Bukan Salah Saya...
"Tidak boleh salahkan Patrick Teoh."
Subhanallah,....ni buta kayu ke buta hati perut....nasib baek aku ostat kalau tidak dah mencarut tahap gaban kat ko keBob...
“Kalau saya kutuk Teoh secara peribadi, ia tak akan selesaikan perkara ini sampai bila-bila,” katanya kepada Sinar Harian Online. Ini la statement yang Maharaja Lawak yg keBob pernah jadi juri...sebab itu la Bob, yang kor berasmaradana dengan puak Kafir Dap itu ngaper...Khalifah Tokong Penang tu selagi Allah tak bagi hidayah, selagi tu puak ni permainkan umat Islam....
Dalam ceramah kor pun bukan main nak salahkan kerajaan..tepuk dada tanya iman,....berjemaah la dengan orang yang beriman..yang benar benar beriman...
Cerita Pasal Lemak
"Sesungguhnya banyak jaringan
keselamatan yang disediakan oleh sektor korporat dan Kerajaan akan
lenyap disebabkan persaingan global dalam dunia yang rata, tetapi
sebahagian daripada bentuk perlindungan seperti itu masih perlu untuk
dikekalkan, malah diperbanyakkan. Seseorang yang mementingkan kesihatan
akan mengetahui bahawa, terdapatnya "lemak yang menyihatkan" dan "lemak yang membahayakan" - namun setiap orang pasti memerlukan sejumlah lemak. Begitu jugalah halnya dengan sesetengah negara dalam dunia yang rata. Keselamatan Sosial adalah "lemak yang menyihatkan". Kita perlu menyimpannya. Sistem kebajikan yang tidak menggalakkan orang ramai bekerja adalah "lemak yang membahayakan".
-Terjemahan dari Buku The World Is Flat karya Thomas L. Friedman
Apabila Bawani mula diangkat sebagai wira kerana memperjuangkan PENDIDIKAN TINGGI (YURAN UNIVERSITI) PERCUMA, MyMassa ingin bertanya kepada para penyokong Bawani dan pembangkang:
ADAKAH PENDIDIKAN TINGGI PERCUMA ADALAH LEMAK YANG MENYIHATKAN ATAU LEMAK YANG MEMBAHAYAKAN?
Bagi MyMassa, sistem pendidikan tinggi di Malaysia adalah LEMAK YANG MENYIHATKAN. Pendidikan Tinggi memang percuma jika anda mendapat kelas pertama. Pinjaman PTPTN akan ditukarkan kepada biasiswa.
Tetapi jika sistem pendidikan tinggi percuma tanpa mahasiswa perlu berusaha, yang gagal pun tak perlu membayar yuran, tidakkah ianya menjadi LEMAK YANG MEMBAHAYAKAN?
Baca seterusnya di sini : http://mymassa.blogspot.com/2013/01/lemak-yang-menyihatkan-listen.html
*Besor Sebelah kate : Pembangkang yang dah naik lemak sekrang ni.
Wednesday, 16 January 2013
Pembangkang Tak Berhenti Ceramah Sewaktu Penyokongnya Menemui Ajal di Lokasi Ceramah
Al-Fatihah kepada seorang pendengar ceramah Pembangkang di Pengkalan Pegoh yang mati di lokasi ceramah politik Pembangkang, malam tadi akibat serangan jantung..
Mengikut cerita penuh daripada sahabat teman, Sekupang Dua, mangsa, Allahyarham Mohammad Puaad bin Ariffin menemui ajal di tempat kejadian.
Namun apa yang menyedihkan apabila ceramah tetap diteruskan lagi ketika arwah masih bergelut dengan nyawanya ketika itu. Apalah salahnya ceramah diberhentikan seketika dan memaklumkan kepada hadirin mengenai nasib yang menimpa arwah.
Arwah sedang diberikan bantuan. |
Semasa kejadian, giliran V.Sivakumar yang tengah gila microphone bercerita mengenai isu tanah anugerah di Relai, Gua Musang, Kelantan oleh Pok Nik Ajis kepada pemimpin DAP - Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming sebanyak 10,256 ekar. Depa laa ni (Pembangkang) tengah menggelabah dok buat kononnya 'road tour' nak menafikan isu nie.
Pada teman, kalau la dah berkobar-kobar sangat nak berceramah pun, berhentilah sekejap untuk selesaikan masalah pendengar yang meninggal tu..ni kalau dah penyokong sendiri pun Pemimpin Pembangkang tak nak hormat, ini kan pulak berangan nak perintah Perak?? pigi dahh...
Ada jugak pendengar / hadirin yang taksub sangat, siap ada yang cakap, "Takpelah, dia mati dalam JIHAD sebab sama-sama hadir dalam ceramah kiter" ..
Tapi teman pelik jugak sebab masa tu takde pulak Unit Anal Pas kutip derma kilat (guna plastik je) untuk disedekahkan kepada waris arwah. Yang kat KL masa #HKR112 haritu buat pulak?? Heran betul..
Sampaikan masa dah habis ceramah pun, hadirin / orang semua balik seperti macam takde ape yang berlaku kat situ..
Wallahua'lamm..
Pada teman, yang mati tetap mati. tapi yang hidup ni buatlah bertaubat banyak-banyak. Jangan asyik sangat nak berpolitik. Mari sama-sama kita sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada arwah.
"...Sesungguhnya Ajal dan Maut itu di tangan Allah S.W.T. ..."
Friday, 11 January 2013
TIPU DAYA SYAITAN DI # KL112
Pokcik datang ke kumpo di ramer ramer ni bok pok cik ? Ni hah depa kata ada perhimpunan masuk syurga. Tu yang pakcik mai datang bawak bini muda ni...
La pakcik dah tipah tertipu dah ni pakcik...Ni jalan ke neraka pakcik....Tak pa lah pakcik pergi sorang bak mai bini pakcik tu kat saya...