Friday, 18 January 2013

Bukan Salah Saya...







"Tidak boleh salahkan Patrick Teoh." 

Subhanallah,....ni buta kayu ke buta hati perut....nasib baek aku ostat kalau tidak dah mencarut tahap gaban kat ko keBob...


“Kalau saya kutuk Teoh secara peribadi, ia tak akan selesaikan perkara ini sampai bila-bila,” katanya kepada Sinar Harian Online. Ini la statement yang Maharaja Lawak yg keBob pernah jadi juri...sebab itu la Bob, yang kor berasmaradana dengan puak Kafir Dap itu ngaper...Khalifah Tokong Penang tu selagi Allah tak bagi hidayah, selagi tu puak ni permainkan umat Islam....

Dalam ceramah kor pun bukan main nak salahkan kerajaan..tepuk dada tanya iman,....berjemaah la dengan orang yang beriman..yang benar benar beriman...




Cerita Pasal Lemak


"Sesungguhnya banyak jaringan keselamatan yang disediakan oleh sektor korporat dan Kerajaan akan lenyap disebabkan persaingan global dalam dunia yang rata, tetapi sebahagian daripada bentuk perlindungan seperti itu masih perlu untuk dikekalkan, malah diperbanyakkan. Seseorang yang mementingkan kesihatan akan mengetahui bahawa, terdapatnya "lemak yang menyihatkan" dan "lemak yang membahayakan" - namun setiap orang pasti memerlukan sejumlah lemak. Begitu jugalah halnya dengan sesetengah negara dalam dunia yang rata. Keselamatan Sosial adalah "lemak yang menyihatkan". Kita perlu menyimpannya. Sistem kebajikan yang tidak menggalakkan orang ramai bekerja adalah "lemak yang membahayakan".
-Terjemahan dari Buku The World Is Flat karya Thomas L. Friedman

Apabila Bawani mula diangkat sebagai wira kerana memperjuangkan PENDIDIKAN TINGGI (YURAN UNIVERSITI) PERCUMA, MyMassa ingin bertanya kepada para penyokong Bawani dan pembangkang:

ADAKAH PENDIDIKAN TINGGI PERCUMA ADALAH LEMAK YANG MENYIHATKAN ATAU LEMAK YANG MEMBAHAYAKAN?

Bagi MyMassa, sistem pendidikan tinggi di Malaysia adalah LEMAK YANG MENYIHATKAN. Pendidikan Tinggi memang percuma jika anda mendapat kelas pertama. Pinjaman PTPTN akan ditukarkan kepada biasiswa.

Tetapi jika sistem pendidikan tinggi percuma tanpa mahasiswa perlu berusaha, yang gagal pun tak perlu membayar yuran, tidakkah ianya menjadi LEMAK YANG MEMBAHAYAKAN?


Baca seterusnya di sini : http://mymassa.blogspot.com/2013/01/lemak-yang-menyihatkan-listen.html


*Besor Sebelah kate : Pembangkang yang dah naik lemak sekrang ni.

Wednesday, 16 January 2013

Pembangkang Tak Berhenti Ceramah Sewaktu Penyokongnya Menemui Ajal di Lokasi Ceramah



Al-Fatihah kepada seorang pendengar ceramah Pembangkang di Pengkalan Pegoh yang mati di lokasi ceramah politik Pembangkang, malam tadi akibat serangan jantung..

Mengikut cerita penuh daripada sahabat teman, Sekupang Dua, mangsa, Allahyarham Mohammad Puaad bin Ariffin menemui ajal di tempat kejadian.
Namun apa yang menyedihkan apabila ceramah tetap diteruskan lagi ketika arwah masih bergelut dengan nyawanya ketika itu. Apalah salahnya ceramah diberhentikan seketika dan memaklumkan kepada hadirin mengenai nasib yang menimpa arwah.

Arwah sedang diberikan bantuan.



Semasa kejadian, giliran V.Sivakumar yang tengah gila microphone bercerita mengenai isu tanah anugerah di Relai, Gua Musang, Kelantan oleh Pok Nik Ajis kepada pemimpin DAP - Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming sebanyak 10,256 ekar. Depa laa ni (Pembangkang) tengah menggelabah dok buat kononnya 'road tour' nak menafikan isu nie.

Pada teman, kalau la dah berkobar-kobar sangat nak berceramah pun, berhentilah sekejap untuk selesaikan masalah pendengar yang meninggal tu..ni kalau dah penyokong sendiri pun Pemimpin Pembangkang tak nak hormat, ini kan pulak berangan nak perintah Perak?? pigi dahh... 

Ada jugak pendengar / hadirin yang taksub sangat, siap ada yang cakap, "Takpelah, dia mati dalam JIHAD sebab sama-sama hadir dalam ceramah kiter" ..

Tapi teman pelik jugak sebab masa tu takde pulak Unit Anal Pas kutip derma kilat (guna plastik je) untuk disedekahkan kepada waris arwah. Yang kat KL masa #HKR112 haritu buat pulak?? Heran betul..

Sampaikan masa dah habis ceramah pun, hadirin / orang semua balik seperti macam takde ape yang berlaku kat situ..

Wallahua'lamm..

Pada teman, yang mati tetap mati. tapi yang hidup ni buatlah bertaubat banyak-banyak. Jangan asyik sangat nak berpolitik. Mari sama-sama kita sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada arwah.

"...Sesungguhnya Ajal dan Maut itu di tangan Allah S.W.T. ..."

Friday, 11 January 2013

TIPU DAYA SYAITAN DI # KL112



Pokcik datang ke kumpo di ramer ramer ni bok pok cik ? Ni hah depa kata ada perhimpunan masuk syurga.  Tu yang pakcik mai datang bawak bini muda ni...

La pakcik dah tipah tertipu dah ni pakcik...Ni jalan ke neraka pakcik....Tak pa lah pakcik pergi sorang bak mai bini pakcik tu kat saya...







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...