Kuala Lumpur -Tidak berpuas hati dengan kemelut politik yang
melanda Selangor sehingga menyebabkan PAS turut diheret sama, seoang lelaki
yang dipercayai sebagai ahli parti itu telah meluahkan rasa ketidakpuasan
hatinya.
Beliau yang
dikenali sebagai Harith A. Ghani mendakwa walaupun ramai tenaga pengajar parti
itu mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, namun mereka dikatakan lebih
cenderung untuk mengajar kebatilan, fitnah, mengumpat, ujub, takabbur dan
berbohong.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau
seperti yang dipetik:
Sukar untuk
menerima hakikat tetapi kebenaran walaupun pahit, perlu juga ditelan, perlu
juga dikhabarkan dan perlu juga didedahkan, biarpun akhirnya ibarat pepatah
orang Melayu, tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.
Siapa yang tidak
kasih kepada parti yang banyak berjasa kepada kita.
Walaupun mungkin
sebahagian daripada ‘jasa’ tersebut membuatkan kita terpaksa membuka lebih
banyak kitab, terpaksa menghadap lebih ramai guru dan terpaksa berdebat,
bermuzakarah dan berbahas semata-mata untuk memurnikan ilmu yang kita pelajari
namun, dilihat ‘ke belakang cermin’, hikmahnya membolehkan kita mengetahui dan
mempelajari lebih banyak disiplin ilmu.
Tidak dapat
dinafikan, sebilangan besar tenaga pengajar di dalam PAS, walaupun ijazah dan
kelulusan mereka bergulung-gulung, apabila mereka berada dalam lingkungan POLITIK
ISLAM, mereka lebih cenderung untuk mengajar kebatilan, fitnah,
mengumpat, ujub, takabbur dan berbohong.
Semuanya dibuat
atas nama PERJUANGAN ISLAM.
Apabila diberitahu bahawa mereka telah melakukan kemungkaran mahupun kebatilan,
mereka melenting dan cepat-cepat melabelkan kita sebagai ANJING
UMNO.
Walhal UMNO, PAS
tidak ada kaitan langsung dengan ISLAM walaupun ada yang mengajarkan bahawa
antara kedua-duanya, salah satu daripadanya adalah Islam Tulen.
Baik UBN mahupun
PAS, kedua-duanya lahir daripada fikrah keperluan duniawi yang mempunyai
tunjang mahupun hala tuju perjuangan yang berbeza walaupun akhirnya matlamatnya
tetap sama.
Perbezaan ideologi
politik sebenarnya tidak mengganggu akidah selagimana akidah itu mengandungi
pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan, kepercayaan kepada Allah
Taala dan kepada Rasul-Rasul-Nya daripada beberapa simpulan atau ikatan
kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperolehi iktiqad yang yakin,
kepercayaan yang putus sekira-kira menaikkan perasaan bekerja dan beramal
menurut sebagaimana kepercayaan itu.
Itu sedang berlaku
di dalam PAS.
Kalau ditanya,
mengapa pilih PAS… yang jahil tetapi mahu cari jalan pintas untuk masuk syurga
mahupun yang mahu dikatakan lebih Islam dari orang lain, akan kata PAS adalah
jalan hidupnya.
Yang waras dan tahu
membezakan antara batil dan haq akan mengatakan, PAS disokong dan didukung
kerana prinsip perjuangannya.
Manakala yang
terlebih muntahi pula akan berkata, PAS ada masa hadapan untuk berkuasa di
Malaysia kerana keperluan spiritual, akhirnya mengalahkan material.
Golongan pertama
dan golongan terlebih muntahi inilah yang paling ramai dalam PAS dan kedua-dua
golongan inilah yang paling banyak mendatangkan kerosakan kepada PAS dengan
pengeluaran hukum yang mereka fikirkan logik dan waras, tetapi sebenarnya sesat
dan serba menyesatkan terutama sekali yang membabitkan pentakfiran dan
melabelkan BODOH kepada orang Islam bukan PAS.
Perebutan jawatan
Menteri Besar Selangor semakin mendekatkan kita ke jurang kehancuran jemaah.
Segala ilmu yang
diajar selama ini, ternyata menjadi sia-sia apabila kita sendiri terperangkap
dalam mainan yang sepatutnya kita lebih mahir dan lebih berpengalaman
bersandarkan kepada hukum aqli – baik aqli dharuri mahupun aqli nazhari – serta
naqli.
Barangkali kerana
terlalu banyak membiarkan syaitan bermaharajalela, akhirnya yang tersembam
adalah kita sendiri.
Dan berita terbaru,
PAS Selangor yang diketuai oleh Iskandar Samad terpaksa tunduk kepada
gerombolan Khalid Samad apabila bersetuju untuk menamakan tiga orang calon
Menteri Besar DARIPADA PKR, bukannya dari PAS hanya kerana Anwar Ibrahim
semalam membidas TGHH dengan menyatakan KERUSI MENTERI BESAR SELANGOR
ADALAH HAK PKR.
Keputusan PAS
Selangor itu, kemudiannya menjadi senjata kepada Khalid Samad yang telah
diludah, disimbah air dan dimaki carut ketika keluar dari mahkamah untuk
memberitahu jemaah PAS agar keluar dari PAS sekiranya enggan menyembah dan
tunduk patuh kepada Anwar Ibrahim pada tubuh badan Wan Azizah.
Berguna lagikah
semua ilmu yang dipelajari menerusi usrah, tamrin, kuliyyah dan sebagainya
sebagaimana yang dianjurkan oleh PAS?
Atau ia sekadar
satu topengan untuk melindungi kemunafikan golongan yang mahu menggunakan
kesucian agama Allah Taala untuk kepuasan nafsu mereka, sebagaimana yang
dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan sebilangan PARASIT di dalam PAS?
Sungguh
mengecewakan kerana pucuk pimpinan akhirnya akur dengan kehendak orang luar
parti tanpa mengambil kira perasaan serta sokongan jemaah yang begitu setia
menjunjung setiap prinsip mulia parti.
# tak guna ilmu agama berkepuk-kepuk kalau masih suka melabel orang dengan perkataan tak elok, fitnah sana sini, suka putar belit dan hati penuh hasad dengki.
#patut la PAS tak hantar calon sendiri, dah ada kiblat baru rupanya--> anwar ketum & kak wan kipas!