Thursday, 28 February 2013

Video!! Anwar nyanyi Anak Kecil Main Api Depan Kapir




Dulunya pasti semua umat Melayu tak kira ideologi politik akan menyanyikan lagu ini.  Lagu yang meruntum perasaan ; lagu yang menaikkan semangat bangsa ; lagu yang menyatupadukan kita sesama melayu. Besor percaya ada antara kita akan menitiskan air mata menghayati lirik lagu ini terutamanya pada rangkap " Air Mata Darah Bercampur Keringat, Bumi Dipijak Milik Orang ".

Dari satu sudut lagu ini menunjukkan betapa dominannya kaum Bumiputera di negara Malaysia dan diikuti dengan kaum-kaum lain yang bebas melata di Malaysia.  Besor melihat bahawa lagu ini adalah lagu sejagat, lagu untuk semua bangsa..yang mana bangsa Melayu mewakili bangsa lain di Malaysia.  Tidak ada niat lain yang cuba diselindungi oleh pencipta lagu ini. 
Namun, ianya telah dirosakkan oleh seorang Melayu yang dulunya seorang Menteri menjaga hal ehwal bangsa Melayu menghasut kaum lain untuk menghukum akan lagu ini yang dianggap menidakkan kaum lain khususnya kaum Cina.
Wujud salah faham dikalangan orang Cina terhadap lagu ni..dan memang menyakitkan hati bila melihat seorang Melayu cuba menjatuhkan air muka orang melayu dihadapan Cina...fikir-fikirlah..
Semoga beri manfaat.




Lirik Lagu : WARISAN
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya-Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Di Antara Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Peribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang 

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Maha Perkasa
Janganlan Terlalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara

Melayu Kan Gagah Di Nusantara
Melayu Kan Gagah Di Nusantara
Melayu Kan Gagah Di Nusantara

Wednesday, 27 February 2013

TERKINI!!! 20 Kampung Pilihan Anwar Ibrahim



Wow..angin takde, ribut takde..tapi bole berderau darah Anuwar bila baca artikel nie.

20 kampung pilihan untuk dia berkuasa sepenuhnya, dah ada dalam dunia ni..nasib baik bukan di Malaysia..




Sebabnya…(teman zoom-in kan ayat tu..)
 
 
"Lelaki sejati" tu beb..wow…

  * hhiiyerkkk...tapi,kalau betul tak buat, berani bersumpah ke Anwar ni??

Tuesday, 26 February 2013

Isu BR1M : TG Hadi Awang Jelmaan Haman Zaman Firaun Mesir??




Mr. Eddy Awang @ Tuan Guru Haji Hadi Awang dah tercakap pasal pemberian BR1M sama seperti pemberian semasa zaman Firaun dulu ( zaman Mesir Purba). Kenapa 'Mr Eddy Awang' ? Sebab dia ni lah, PAS setuju Kalimah Allah digunapakai untuk agama lain. so, teman ubah la nama dia.

Mungkin hari ini Mr.Eddy merasakan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang kebetulannya sama macam Bantuan Rakyat 1Mesir, pun BR1M. tu yang membuatkan dia jelous..

Tapi kalau di tanya kenapa Mr.Eddy Awang ni tahu dulu Mesir pun ada BR1M?
Jawapannya kerana beliau juga boleh diumpamakan seperti jelmaan Haman masa zaman Firaun.

Sapa 'Haman' ?
Haman adalah satu watak yang namanya disebut di dalam Al-Qur’an, bersama-sama dengan Firaun. Watak ini dirakamkan di dalam tempat yang berbeza di dalam Al-Qur’an. Sebagai seorang yang paling kanan kepada Firaun.
 
Haman adalah seseorang yang hidup di Mesir pada zaman Nabi Musa AS. Ia dekat dengan Fir'aun dan terlibat dalam pekerjaan membuat bangunan, sebagaimana dipaparkan dalam Al Qur'an. Baca lanjut disini .

*Cerita pasal Haman ni, samalah juga macam Mr.Eddy Awang ni. Dalam PAS, dia merupakan orang paling kanan dengan Pok Nik Ajis. Bagi nasihat pun ntah macam apa-apa. Tengok saja bila Pok Nik Ajis cakap BR1M macam bagi ayam, lembu makan. laa ni dia pulak kata zaman Mesir. Haman lagi teruk daripada Firaun!! sama la macam Hadi Awang ni. Daripada duit BR1M tu la orang PAS bagi derma Tabung Milo Unit Amal PAS masa ceramah politik.

Zaman Firaun Mesir bagi bantuan untuk membolehkan rakyat Mesir menyembah Firaun yang mengaku sebagai Tuhan. Tapi zaman Transformasi Najib dengan BN bagi bantuan untuk membantu rakyat, bagi kesenangan kepada rakyat..Orang PAS pun sanggup buka kopiah ambil BR1M ni. apa citer Mr Eddy Awang oooiii!!!! piiiraaahh!!!

Friday, 22 February 2013

EKSKLUSIF!!! Rating Siaran 'Soal Jawab' YB Ustaz Nasharuddin 4.3 juta Penonton!!!


Siaran rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual terbitan TV3, rancangan ‘Soal Jawab’ yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa daripada parti PAS sebagai tetamu undangan pada 6 Februari 2013 yang lalu seperti tidak disangka berjaya melakarkan sejarah tersendiri menerusi pertumbuhan kadar tontonan yang tinggi dalam Siri Rancangan Temubual televisyen di Malaysia pada tahun 2013 setakat ini.

Rancangan yang dibuat secara rakaman dari studio Media Prima, telah berjaya mewujudkan satu ‘benchmark’ tertinggi bagi rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi siri Rancangan Temubual di Malaysia, apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.3 juta (25.9 TVR) atau 72.6% (sumber: A.C. Nielsen Audience Measurement).

Secara purata, rancangan berbentuk temubual atau bual bicara hanya mencatatkan rekod 300,000 penonton sahaja. Namun atas faktor kekuatan tetamu undangan pada 6 Februari lalu, iaitu Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang baru sahaja digugurkan daripada Majlis Syura Ulama PAS oleh pimpinan tertinggi PAS pada 14 Januari 2013, jumlah penonton yang menonton rancangan tersebut meningkat mendadak sebanyak 4 juta kepada 4.3 juta penonton.

Secara kesimpulannya, kadar tontonan keseluruhan rancangan Soal Jawab pada 6 Februari lalu telah mencipta rekod baru dengan tontonan sebanyak 4 juta penonton, iaitu hampir ‘sebaris’ dengan jumlah penonton Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 27 yang telah diadakan pada 6 Januari 2013 lalu iaitu sebanyak 6 juta penonton.

Fenomena ini dilihat sebagai satu keadaan di mana medium televisyen di Malaysia telah dibuka luas untuk pemimpin politik berbicara mengenai kempen-kempen menjelang Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama lagi. Kemunculan tetamu undangan pada hari tersebut tidak perlu disangkal lagi kerana kemunculannya amat dinantikan oleh penganalisis dan pengikut politik tanahair yang sarat dengan isu semasa dan sensitif, seperti isu perpaduan kaum Melayu Islam di Malaysia, isu penggunaan Kalimah Allah, isu keakraban beliau bersama Perdana Menteri Malaysia dan isu kemasukan beliau ke dalam UMNO. Bukan sahaja melalui kaca televisyen, pendedahan oleh Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin pada malam itu juga dipancarkan menerusi laman web rasmi TV3 dan di laman web tonton.com.my .

Jumlah audience yang menonton secara online pula mencecah 95,312, juga menjadikannya satu rekod baru tontonan Siri Rancangan Temubual melalui online di Malaysia. Ditambah dengan adanya kemudahan internet mudah alih dan smartphone, tontonan secara ‘live streaming’ mencapai angka tertingginya pada permulaan rancangan tersebut, iaitu tepat pada jam 10.03 malam dengan 18,598 hits berbanding hanya 6,109 pada penghujung rancangan. Malaysia mencatatkan tontonan online tertinggi sebanyak sebanyak 98,435 tontonan, diikuti negara-negara lain seperti United Kingdom (4,542), Arab Saudi (3,431), Amerika Syarikat (3,068), Australia (2,956), Singapura (2,158), Indonesia (1,132) dan Brunei (1,009).

Bacaan tontonan yang dibuat ini tidak termasuk dengan jumlah siaran yang telah direkodkan oleh pengguna stesen televisyen berbayar Astro melalui dekoder Astro dan tontonan rakaman yang telah dimuatnaik ke laman web di internet, terutamanya Youtube dan blog-blog yang berunsurkan politik.

Rancangan Soal Jawab pada 6 Februari lalu telah membawa satu dimensi baru dalam penyiarannya yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai tetamu undangan yang datangnya dari pihak pembangkang di Malaysia. Siaran bertemakan "Nasharuddin - Berjuang Dalam Kontroversi" ditayangkan selama satu jam tersebut dilihat memberi satu impak negatif kepada barisan parti pembangkang, khususnya menjelang Pilihanraya Umum ke 13, apabila banyak pendedahan dibuat oleh tetamu tersebut yang menjawab kepada segala persoalan isu-isu semasa tanahair. Keberanian beliau selaku wakil parti politik daripada pihak pembangkang yang secara berani menerima jemputan bagi ditemubual oleh TV3 dengan membincangkan masalah dalaman parti secara terbuka di kaca televisyen, yang ditonton oleh masyarakat di seluruh dunia. (Dipetik dari sumber). 

*Siapalah puak PAS yang berani mengaku dah tengok TV3 masa tu. Pok Nik Ajis, Eddy Awang, Mat Saboon, Mustapa Ali nak ngaku ke??? haakktuuiihh!!!