Agak kome le apa yang tak kena ngan gambor ni.....baca le dulu cerita bawah ni......
KUALA LUMPRU 2 Ogos - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk
Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada sesiapa yang sudah hilang kepercayaan
kepada Umno tetapi mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan
datang, boleh menyertai Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu berhubung
perletakan jawatan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai ahli Majlis Tertinggi
Umno dan Ketua Umno Bahagian Beaufort.
"Jika mereka mahu terus bertanding dalam PRU, mereka yang keluar parti ini, mesti menyertai mana-mana komponen dalam PR.
"Mereka perlu ikut undang-undang sedia ada untuk menjadi calon dalam PRU," katanya kepada pemberita pada sidang media hari ini.
Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu
(UPKO), Datuk Wilfred Bumburing juga telah meletakkan jawatan sebagai
Pengerusi Barisan Nasional (BN) bahagian Tuaran, Ahad lalu.
Anwar turut berkata yang 'lompat parti' bukan satu isu kerana apabila
seseorang telah hilang kepercayaan dalam parti, pasti akan keluar dan
mencari parti lain.
"Apabila keluar parti, mereka mempunyai banyak pilihan untuk sertai
mana-mana parti dalam PR bagi meneruskan perjuangan. Saya beri galakan
kepada mereka untuk sertai kami dalam perjuangan PR.
"Asalkan mereka tidak menyokong Umno, saya tidak kisah kerana isu 'lompat parti' adalah pilihan individu," jelas beliau.
Di petik dari KL POS
Tapi Nuar ni pun satu tengin...sebenornya banyak dah pemimpin-peminpin dalam pakatan sendiri sebenornya yang telah hilang keyakinan terhadap beliau.Setakat Lajim Ukin ngan Wilfred Bumburing yang nak hampir 'expired' tu.. tak pe le...kome nak kome ambik le..Nuar berahi ni tak ingat ke dulu UMNO yang melonjakkan dia sampai jadi TPM...tetapi akibat dari salah laku dan macam-macam lagi kelaku yang tak berapa nak sihat dia disinggkirkan.Di sebabkan Nuar Berahi ni le jadi kucar-kacir dalam UMNO.Tetapi sekarang PM kita telah berjaya mengatasinya....syabas teman ucapkan pada PM kita....cuma teman takut terjadi macam mamat kat bawah ni............
Mamat ni telah tertipu....di kencing oleh PAS hidup-hidup.....
Tak tercalon kerana mamat yang namanya AKMAL...siapa mamat ni...???
Siapakah Akmal?
Akmal adalah menantu kesayangan Presiden Pas Haji Hadi Awang yang kini
menerajui politik Pas Larut selepas Kamaruddin dipaksa pencen dari
politik ditempat yang sama.
Berbalik
kepada penyertaan Dato Fauzi dalam Pas Larut sedikit sebanyak telah
meresahkan Akmal. Kaum puak Dato Fauzi mahukan Dato Fauzi menjadi calon
untuk pilihan raya akan datang kerana mereka tidak berapa berkenan
dengan Ust Akmal.
Mereka
tahu Dato Fauzi merupakan calon boleh menang berbanding dengan Akmal
yang dikatakan sombong dengan orang kampung. Dia hanya akan melayan
kuncu-kuncunya sahaja berbanding dengan Dato' Fauzi adalah dari Kampung
Pantai Besar tetapi Fauzi lebih popular di kampungnya berbanding Akmal
yang dianggap orang luar.
Dari kecil Akmal tidak pernah menetap di kampung malah ayahnya pun sejak
balik dari Sabah tidak pernah duduk di kampung, sebaliknya menyewa
rumah di Batu Kurau. Kini keluarga Akmal menetap di Kampung Jawa, Batu
14 Batu Kurau.
Ust Akmal dalam ucapannya di majlis penyerahan borang Pas oleh Dato
Fauzi pernah menyuarakan supaya Dato' Fauzi hanya layak dilantik
sebagai Pengerusi Bersih 4.0 bersama Ambiga sahaja tidak lebih dari itu.
Memang benar, kehadiran Fauzi di Larut telah mengancam kedudukan Akmal.
Pada 15 Julai lepas Akmal telah menghantar satu memorandum ke Majlis
Pimpininn Pas Pusat supaya menolak sebarang usul atau pencalonan Fauzi
untuk bertanding mana-mana kerusi Pas di Larut.
Hasil
memorandum itu Pas Pusat telah mengeluarkan satu surat arahan supaya
Dato Fauzi tidak boleh dicalonkan. Lihatlah betapa kuatnya pengaruh
Akmal dalam pemimpin Pas Pusat.
Dengan angkuhnya Akmal menamakan dirinya sendiri sebagai calon kerusi
Parlimen Larut, Nazri Din sebagai adun Kubu Gajah dan Dr Dhari sebagai
adun Selama. Ini lah rencana Akmal yang tak boleh diganggu gugat oleh
sesiapa sahaja termasuk Pas Pusat. Lihat surat dibawah:
Harapan
penyokong Pas Larut untuk melihat Dato Fauzi tidak kesampaian apabila
agenda jahat Akmal menantu Haji Hadi berjaya mengatasinya.
Kini
Dato Fauzi hanya layak menjadi pengerusi Bersih 4.0 dan layak disembur
dengan cecair kimia oleh bekas anak-anak buahnya dulu.
Ataupun Dato Fauzi hanya layak berada dipentas Pas untuk membodek Akmal supaya penyokongnya menyokong kepimpinan Akmal.
Kejadian ini
harus menjadi pengajaran kepada bekas pegawai tinggi kerajaan yang lain
yang terlalu beriya-iya untuk menyertai Pas agar dicalonkan dalam PRU13.
harus diingat Pas adalah parti politik biasa yang tidak lepas daripada
sikap pancung-memancung dalam mengekal diri mereka menjadi pemimpin.
Di petik dari Sg.Rapat Online
Jadi kome nak percaya ke Nuar Berahim ni???tengok gambar kat bawah ni.....
OOOOO........mental ropenya.....patut laaaaaaaaaaa.......