Monday, 14 May 2012

 
Pada laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'.

Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar.

Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man.

Melihatkan kelibat DS Nizar yang duduk dimeja utama, barisan pimpinan BN berbesar hati menerima kedatangan DS Nizar dan dengan rasa tidak malu terus duduk di meja penceramah.

Kebanyakan yang hadir diceramah tersebut adalah orang-orang Kampar yang begitu mengenali DS Nizar serta keluarganya. Manakala yang datang berceramah menghentam beliau adalah orang luar.

Dengan kehadiran DS Nizar disitu, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya.

Tahniah buat DS Nizar yang berani datang secara berdepan, dan mengakui segala perbuatannya dulu dan bertaubat tak buat lagi.

Tahniha DS Nizar, niat hati untuk bersama-sama UMNO telah dibukakan hati oleh PenciptaNYA...











AMBIGA SAY: KENAPA SAYA PERLU TAKUT SAMA KAMU!!!
Terlebih dahulu kami ucap terimakasih kepada mymassa kerana sudi menyiarkan emel kami. Susulan itu, Kami Kumpulan Anak Muda Benci Ambiga (KAMBING) telah memutuskan perkhemahan yang dirancang di depan kawasan rumah Ambiga akan diadakan seperti berikut :


Masa : Selepas Solat Jumaat (18.05.2012)
Tempat : Perkarangan Lapang/Bahu Jalan/Tepi Jalan Rumah Ambiga 
No 67, Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara.
(*Nota: Sila Bawa Khemah masing-masing termasuk makan-minum sendiri)
Tuntutan KAMBING :

1. Menuntut Ambiga membersihkan Senarai Pengundi Hantu di dalam Majlis Peguam.
2. Menuntut Ambiga membayar kerugian yang ditanggung oleh DBKL, PDRM dan mana-mana pihak seperti peniaga dan individu sepanjang Bersih Kotor 3.0 pada 27 - 28 April 2012 yang lalu.
 
3. Menuntut Ambiga membayar pampasan kepada anggota keselamatan yang cedera dan seumpamanya.
4. Menuntut Ambiga mengganti kenderaan polis yang dirosakkan perusuhnya, dan kenderaan atau harta benda lain yang rosak seperti pagar, bunga, parit, kon penghadang dan sebagainya
5. Menuntut Ambiga membayar wang PTPTN peminjam-peminjam yang gagal dan tidak mahu membayar semula seperti Adam Adli dll.
6. Menuntut Ambiga memohon ampun kepada Raja Saudi kerana kemungkinan besar jemaah haji dari Malaysia akan bermasalah akibat perbuatannya mengotori bumi suci Madinah dan Makkah.
7. Menuntut Ambiga mengembalikan semula Hak Kewarganegaraannya dan berwarganegaralah di negara nenek moyangnya di Gujerat, India.
Sekretariat KAMBING.
Kuala Lumpur.
( kiriman emel di atas tidak diedit, emel pertama mereka di sini http://www.mymassa.blogspot.com/2012/05/sebuah-ngo-akan-berkhemah-depan-rumah.html )